Showing posts with label Info Fakta. Show all posts
Showing posts with label Info Fakta. Show all posts

Tuesday, 24 September 2013

Pernah Nampak Penghujung Tembok Besar China?


Tembok Besar China adalah salah satu daripada keajaiban senibina dunia.

Namanya terkenal di seluruh dunia, dan menjadi lokasi pelancongan wajib bagi sesiapa yang mengunjugi China. Tetapi adakah anda tahu dimanakah letaknya hujung Tembok China?

Tembok Besar China seperti dibangun melampaui batas kemampuan manusia. Rentetan peristiwa dan tragedi mewarnai pembinaannya, dua ribu tahun lalu, pada masa Dinasti Qing. Tembok ini dibangun atas perintah Kaisar pertama China iaitu Qin Shi Huang, untuk melindungi Kekaisaran China. Memerlukan waktu puluhan tahun iaitu dari 220-206 SM untuk menyiapkan tembok raksasa ini.

Tembok ini memanjang lebih dari 20,000 kilometer, membelah dataran luas dan gunung-ganang China.

Selain Top Lake di sebelah barat, hujung lainnya terletak di Shanhaiguan. Berada di timur China, Shanhaiguan dijuluki sebagai Old Dragon`s Head atau disebut juga Laolongtou. Hujungnya terapung di permukaan Laut Bohai. Tempat ini juga menjadi destinasi pelancongana kerana di atasnya terdapat menara pemantau dan sebuah kuil.

Shanhaiguan atau Shanhai Pass berlokasi dekat Kota Qinhunangdao, 300 kilometer sebelah timur Beijing. Shanhai Pass memanjang 5 kilometer, bermuara langsung ke laut Bohai.








Kisah Disebalik Kasut ADIDAS Yang Kita Tak Pernah Tahu

Gebruder dassler schuhfabrik ‘rennschuh’ – 1925, sprint shoe shoe size: 6 (UK), 176 g

Sejarah ADIDAS

Adi Dassler bermula kerjaya sebagai pembuat roti, tetapi semangat tinggi dan beliau lebih kepada pembuatan kasut sukan. pemilihan imej kasut dari syarikat pertama adi iaitu ‘gebruder dasher schuhfabrik’, yang kini dikenali sebagai adidas, termasuk kasut trek dan kasut padang, yang terdiri daripada kasut pecut untuk melompat cleats dari tahun 1920-an – yang dipakai dalam persembahan sukan Olimpik di pelbagai tempat dari 1920-1930 .

Di atas adalah kasut pecut pertama Adi Dassler, salah satu paten pertama beliau dari german pada tahun 1925, yang telah dibangunkan untuk memecut dan jarak pertengahan trek sehingga 800m dan mempunyai padang yang direka bio-mekanikal daripada 60mm. Kasut ini dari bahan yang diperbuat daripada kulit kambing.
lina radke-batschauer – modell waitzer – 1928, sprint shoe

helene schmidt – modell waitzer – 1928, sprint shoe















sumber :amekaw.com 


Monday, 23 September 2013

Kilang Membuat Tuala Wanita Tiruan Di China

China, sememangnya sinonim dengan produk tiruan. Terbaru, sebuah kilang membuat tuala wanita yang jelas merupakan sebuah kilang jimat kos telah diserbu pihak berkuasa negara itu kerana didapati menghasilkan tuala wanita tiruan namun melabelkannya sebagai tuala wanita berjenama. Namun tidak pula dinyatakan jenama apa. Mungkin… Jeng3..

Bagi kami, walaupun ianya tiruan asalkan pembuatannya mengikut piawaian, rasanya no problem. Tapi kalau tengok pada gambar, rasanya ramailah wanita yang ragu-ragu nak beli pad lepas ni walaupun terang-terang tercatat made in Malaysia. ERkkk










Saturday, 12 January 2013

Lagi Kisah Ulat!!Dalam Nasi Himpit Segera.Hati-hati!!

Peket nasi himpit segera yang didakwa mempunyai ulat dan kepompong serangga di dalamnya.
SERI KEMBANGAN – Selera sebuah keluarga di Taman Universiti Indah di sini untuk menikmati hidangan di pagi raya Aidiladha lalu terbantut apabila melihat banyak ulat dalam dua peket nasi himpit segera yang dibeli mereka di sebuah pasar raya di Seri Kembangan, hujung bulan lalu.

Yang menimbulkan tanda tanya, tarikh luput penggunaan nasi himpit itu masih lama iaitu Ogos 2014 menyebabkan mereka menolak kemungkinan ia rosak.

Ibu kepada empat anak yang hanya mahu dikenali sebagai Mia berkata, pada 25 Oktober lalu dia ke pasar raya di Seri Kembangan itu untuk membeli bahan masakan bagi sambutan Hari Raya Aidildha.

Katanya, dia mencapai dua peket nasi himpit segera di rak yang masing-masing berharga RM6.29.

Gambar kecil: Ulat yang kelihatan pada peket kecil nasi himpit dibeli Mia

Mia berkata, sebaik membuka bungkusan besar yang mengandungi 35 peket kecil nasi himpit segera untuk direbus pada keesokan harinya, dia terkejut apabila melihat banyak kepompong.

“Apabila diteliti, saya lihat hampir setiap bungkusan ada kepompong dan ulat, di plastik peket besar pula ada satu lubang kecil yang berkemungkinan menjadi ‘laluan’ ulat itu dapat tembus ke dalam peket kecil.

“Kesal dengan perkara itu, pagi raya itu juga saya ke pasaraya bagi memaklumkan apa yang berlaku,” katanya.

Menurutnya, selepas perkara itu dimaklumkan, dia melihat pekerja pasar raya mengosongkan rak di mana peket nasi himpit itu dipamerkan.

Bagaimanapun, Mia berkata, dia yang ke pasar raya itu sekali lagi pada 27 Oktober terkejut apabila melihat ada beberapa peket nasi himpit jenama sama yang dibeli pada mulanya itu diletakkan kembali di rak.

Katanya, dia membeli sepeket lagi jenama itu untuk melihat sama ada produk terbabit sudah ditukar kepada yang lain atau sebaliknya.

Jelas Mia, dia terkejut apabila mendapati peket kecil itu juga mengandungi ulat sama seperti dua peket yang dibeli sebelum ini.

Aduan katanya kemudian dibuat kepada Jabatan Kesihatan Daerah, namun tiada tindakan diambil.

Justeru menurutnya, dia meminta pihak berkenaan memantau perkara itu kerana bimbang kesihatan pengguna lain yang membeli barang sama selepas ini.

“Rasa sakit hati ditipu pembekal barangan, bagaimana ulat boleh bersarang di dalam peket itu sedangkan tarikh luput lambat lagi. Adakah kerana proses pembungkusan tidak mengikut prosedur, agensi berwajib kena pantau hal ini,” katanya.



Anda Suka Makan Speghetti??Kena Hati-hati!!

Saya ingin memesan kepada anda andainya anda membeli sauce tomato yang digunakan untuk memasak speghetti mestilah hati-hati.

Seorang rakan mengirim e-mail,dan kemudiannya email itu telah di muatkan dalam fb untuk kita share lagi.

Ini ceritanya;

"Semalam,setelah memasak nasi, udang goreng dan etc. Anak saya nak makan mee speghetti. Memandangkan bahan-bahannya semua cukup, saya pun masakkanlah. Bila speghetti dah selesai dimasak, anak saya Kamal pun bertanya, umi daging kecil yang masin sedikit itu daging apa? Si abang Salim pun jawab rasanya macam keju balls......dikunyah rasa asin-asin.

Anak saya Kamal makan sampai dua pinggan, sedap sangat spegetti Ummi masak dan kebetulan pula memang favouritenya, saya cuma sepinggan kecil sekadar nak rasa. Setahu saya sauce speghetti biasanya tomato dan kadang-kala ada mushrooms tetapi yang ini lain sedikit......

saya pun bergegas ke dapur, pergi lihat botol sauce yang diberi nama Italian Sausage for Speghetti keluaran PREGGO made in USA ..

Ligat mata baca label pada botol, hati dah tak sedap, tekak rasa mual macam orang hamil.
Tiba-tiba terlihat INGREDIENTS: tomato,bla-bla,bla-bla..... ... pork minced meat!

Astaghfirullaahalaziim........ ........ saya masak speghetti dan saucenya mengandungi babi. Yang dah termakan babi semuanya terperanjat!

Yang nak diet anak perempuan Maryam dan adik lelaki Muhammad terselamat kerana mereka makan nasi. Kuah sauce spegetti dengan kualinya sekali saya buang..

Yang tertelan spegetti babi terludah-ludah kesal tak sudah. Semoga Allah ampun dosa kerana alpa untuk membaca ingredients sebelum membeli. Saya kira sauce tomato manalah ada taruh daging babi........ ......... kata orang tua-tua mimpi makan daging babi nak dapat REZEKI tapi kalau makan bukan dalam mimpi apa nak jadi? 40 hari doa tidak dikabulkan Allah andainya makan benda-benda haram.

ASTAGHFIRULLAAHALAZIIM. Siapa-siapa ada air zam zam mintalah sedikit, saya nak bersihkan perut yang termakan babi...... tolonglah sampai sekarang rasa jijik dan mual. Taubat tak nak masak spegetti lagi. 

.......oo00oo......


Friday, 11 January 2013

[19 Foto] Info Menarik Pembuatan Mancis Kayu

Walaupun kecil-kecil begitu tp prosesnya sangat kompleks. Ini kita akan melihat proses pembuatan mancis api di kilang mancis api "FASCO" yang terletak di Russia.
Selama ni kita tahu guna je...tapi x pernah terpikir akan cara pembuatannya.

kilangnya
Ini batang kayu untuk dijadikan batang mancis
Pertama sekali kayu-kayu dimasukkan ke dalam mesin pemotong
kayu yang sudah dipotong, dibentuk menjadi lembaran tipis agar mudah dibentuk lagi menjadi batang-batang mancis yang kecil
Kemudian kayu yang tadi berbentuk lembaran tipis, dipotong menggunakan mesin agar menjadi batang-batang kecil
Dimasukkan dulu ke dalam kardus biar rapi
Sebelum dimasukkan ke dalam kotak mancis, ianyadi disimpankan terlebih dahulu agar kering cairannya
Sementara menunggu batang mancisnya kering, maka mereka menghasilkan kotaknya, ini adalah cetakan untuk mencetak kotak mancis
Warna-warna diperlukan untuk mencetak kotak mancis, agar lebih berwarna
Ini mesin pencetak kotak mancis
Hasil cetakan yang sudah siap tadi, dimasukkan ke mesin untuk dilipat secara automatik
Batang-batang mancis yang sudah kering dimasukkan secara automatik dengan mesin ke dalam kotak 
Haaaa....dah siap pun....cerewt gak kan??