Showing posts with label Info Gila. Show all posts
Showing posts with label Info Gila. Show all posts

Sunday, 13 January 2013

Video kepala lelaki ini tercabut dari badan


Kepala lelaki ini tiba-tiba tercabut dari badan

Ahli silap mata terkenal Ferguson @Ice Breaker telah membuat aksi yang sangat mengejutkan orang yang lalu-lalang di jalan San Luis Obispo, California. Apa tidaknya beliau secara tiba-tiba mencabut kepalanya hingga keparas dada. Ramai yang terkejut dengan kejadian yang tidak terduga ini.

Aksinya bermula bila ada orang yang berjalan-jalan di jalan tersebut, lalu beliau pura-pura terbersin dan kemudian kepalanya tercabut dari badan, kemudian beliau membetulkan semula kepalanya kepada kedudukan asal. (Lihat video di bawah untuk melihat aksi ajaibnya).
Tiba-tiba muncul lelaki ini sambil terbersin
Oopss ! Tercabut pulak kepala ni
Encik tolong pasang balik kepala saya ni
Eee . . .Seramnya
Aaa . . .Takutnya

LIHAT VIDEO :
 


Saturday, 12 January 2013

[Video] Gadis Pelik Ini Tiba-tiba Muncul

Peristiwa bermula ketika seorang wartawan sebuah televisyen sedang membuat liputan berita di sebuah bandar yang agak sibuk. Sewaktu rakaman sedang dijalankan secara live, tiba-tiba terjadi satu adegan terlampau yang tidak di sangka-sangka. Di mana secara tiba-tiba muncul seorang gadis yang berjalan selamba di belakang wartawan lelaki yang sedang membuat liputan berita itu dan terus menyelak skirt pendek yang dipakainya.

Sehingga menampakkan seluar dalam dan punggungnya tidak cukup dengan itu gadis ini beraksi seolah-olah model yang sedang memperagakan fesyen terkini secara live, sehinggakan wartawan lelaki itu tersipu-sipu malu. Tidak diketahui siapa gerangan gadis pelik ini.
Lihat Video . . .



Thursday, 10 January 2013

Aksi Berani Mati Baring di Landasan Keretapi

Kalau anda tidak cukup berani jangan saksikan video ini.

Seorang pemuda di India sanggup melakukan aksi berani mati.Saya jamin tidak ada mana-mana stuntman yang berani melakukannya.Kecuali pemuda yang satu ini.Aksi di lakukan di Pune Maharashtra India.

Jom! Saksikan video yang mengerikkan ini...




Monday, 7 January 2013

[5 Foto] Berhati-hati Apabila Beli Bungkusan Salad Segar Kerana...

Berhati-hati Apabila Beli Bungkusan Salad Segar Kerana...Cuba lihat bungkusan salad yang dikatakan sangat segar. Segar la sangat sehingga ada sesuatu protein dalamnya. 

#Agak-agak macam mana katak tu dapat oksigen?


Sunday, 6 January 2013

[7 Foto] Buang Kulit Badan Untuk Buat Tatoo

Kalau buat tatoo biasa apa barang..tengok pompuan nie..tatoo buang kulit punya ada berani nak buat haha.. 


Lelaki Yang Memasukkan Kucing ke Dalam Mesin Basuh Telah di Tangkap

Sakit...! itulah kalimat yang sesuai untuk Allan Staughton, 23tahun yang tergamak memasukan kucing kedalam mesin pengering dan memutarnya selama 12 minit hanya untuk keseronokkannya dan kejahilannya...

bahkan dimasukkan kedalam video online >_< Princess (nama kucing) sangat ketakutan dan patah gigi dan cedera dilidah akibat kekejaman Allan..!

video youtube telah dihapus... Allan tertawa terbahak-bahak ketika mempermainkan Princess di dalam pengering...

Princess sangat ketakutan dan akan menderita mental dan fisikal.

Sebelumnya Princess adalah kucing bekas kekasih Allan yg telah putus 4 setengah tahun yg lalu, dan dirawat oleh Allan.

Ketika diwawancara...Allan hanya memberitahu bahwa itu adalah "kejadian lucu"

Akibat perbuatannya, Allan dijatuhi hukuman 6 bulan penjara dan denda sebesar £20,000 atas kekejamannya terhadap binatang dan melanggar undang-undang kesejahteraan binatang 2006.

.....Kasihan Princess.. :( ... apa pendapat kamu tentang kelakuan Allan terhadap Princess..? Jangan kejam terhadap haiwan peliharaanmu... mereka jg tau merasakan sakit bila disakiti....)

kesian sikucing
kurang asam punyer jantan..dengan kucing dia beranilah....



Kejam! Budak Dihukum Gilis Tangan Dengan Lori Kerana Mencuri Roti

Menurut info yang diperolehi budak ini dihukum kerana mencuri roti..mungkin kerana dia kelaparan atau keluarganya tidak mampu menyaranya..tapi persoalannya kenapa manusia semakin kejam meletakkan undang-undang ditangan sendiri? 


Friday, 4 January 2013

Gila : Lelaki VS Wanita Apabila Putus Cinta

Perempuan : Bunuh Diri
Lelaki : Bunuh Orang
p/s : Bukan semua perempuan n lelaki buat camni..sesetengah jer.. dan ade jugak lelaki yang bunuh diri sbb putus cinta.. Hehe


Thursday, 3 January 2013

Program Paling Menjijikkan di TV


LONDON: Sebuah rancangan televisyen dijangka mencetuskan kemarahan apabila ia memaparkan adegan kanibal yang menyaksikan dua penyampainya memakan daging manusia.

Hos terbabit, Dennis Storm memakan daging rakannya , Valerio Zeno, manakala Zeno pula memakan daging Storm.

Storm dan Zeno dilihat duduk di meja yang disinari cahaya lilin untuk memakan daging terbabit.

Akhbar The Sun memutuskan untuk tidak menyiarkan gambar pasangan itu memakan daging berkenaan.

STORM menjalani pembedahan memotong daging pinggulnya.

Namun, persediaan untuk acara itu disiarkan dalam klip daripada program berkenaan yang dijadual disiarkan menerusi saluran televisyen Belanda, BNN, hari ini.

Storm yang sebahagian pinggulnya dipotong untuk rancangan itu berkata: “Agak pelik untuk melihat mata rakan kita apabila anda mengunyah daging perutnya.

“Kami ke pemotong daging, ke pakar bedah dan ke studio, kemudian kami merenung satu sama lain dan makan.

“Chef memasaknya dalam kuali dengan minyak matahari. Kami tidak mencampurkannya dengan garam atau lada hitam kerana ingin tahu rasanya.”

Menurut Storm, tujuan program itu yang berjudul Proefkonijnen dalam bahasa Belanda ialah untuk memberi jawapan secara terbuka terhadap persoalan ganjil.

Bercakap dalam wawancara dengan ABC News, dia berkata: “Bahagian melucukan pertunjukan ini ialah untuk mendapatkan jawapan mudah kepada soalan bodoh seperti: ‘Bolehkah anda bercukur dengan sos tomato’ atau ‘Adakah orang buta boleh memandu.’

“Dan kami ingin tahu bagaimana rasa daging manusia. Ia hanya daging yang besar beberapa sentimeter dan kini saya ada cerita menarik mengenai parut pada tubuh saya.” – Agensi



Satu Isteri, Dua Suami….Satu Katil! Gila!


Lelaki beristeri lebih daripada seorang bukanlah sesuatu yang janggal, bagaimana pula kalau si isteri bersuami dua, sudah tentu bunyinya pelik.

Dan bagaimana pula kalau si isteri itu tadi berkongsi katil dengan kedua-dua suaminya itu? Itu bukan janggal, bukan pelik…tetapi itu GILA namanya!

Tetapi itulah yang terjadi di Ponorogo, Jawa Timur, Indonesia.

Kisahnya begini.

Umi Khasanah, berusia 44 tahun, mencari rezeki dengan mengumpul barang-barang lama dan telah pun berkahwin dengan suaminya, Saiful.

Kemudian hadir Hadi (47 tahun) dalam hidup mereka.

Hadi, seorang kakitangan pusat kesihatan sebelum itu telah diusir keluarganya kerana ditangkap berkhalwat dengan seorang gadis.

Hampir dua tahun lamanya Hadi tinggal menumpang di rumah suami isteri itu.

Bagaikan sebuah drama televisyen, Hadi tiba-tiba jatuh cinta dengan Umi Khasanah…dan cintanya bersahut!

Entah bagaimana, kedua-duanya berjaya dikahwinkan walaupun Umi Khasanah sudah pun bersuami.

Lebih menjelikkan, ketiga-tiga mereka berkongsi katil dan Saiful dikatakan selamba saja menyaksikan isterinya melakukan hubungan seks dengan ‘madunya’ itu.

Bagaimanapun kisah rumah tangga ‘pelik’ itu berjaya dihidu penduduk kampung yang kemudiannya melaporkan perkara itu kepada pasukan polis.

Akhirnya ketiga-tiga mereka telah ditangkap.

Penulis tak tahu nak kata apa lagi…dunia akhir zaman.



Wednesday, 2 January 2013

[7 Foto] Gila! Ubah Wajah Jadi Anjing!


Tahun lalu heboh di kalangan pengguna rangkaian sosial di Brazil bila seorang seniman yang tidak disebutkan namanya mengambil bangkai kepala anjing untuk dilekatkan secara kekal ke wajahnya dengan alasan seni dan kelihatan menjadi seperti manusia anjing sebenar melalui satu pembedahan.
Hasilnya kelihatan sempurna menjadi manusia anjing. Namun pakar pembedahan berpendapat perkara itu tidak akan boleh kekal kerana darah manusia dan anjing berbeza dan tidak mungkin disatukan sehingga lama kelamaan kepala anjing yang menyatu tersebut akan membusuk.

Tidak disebutkan bagaimana lanjutan nasib si seniman bodoh ini.

Seharusnya, seni itu menghasilkan keindahan. Tetapi “seni” menurut seniman ini nampaknya tidak ada satupun yang mencerminkan keindahan, yang ada malah dilihat bodoh.

Orang lain banyak yang ingin tampil lebih kacak, atau lebih cantik dan sexy, atau separah-parahnya menukar jenis kelaminnya tapi orang ini malah ingin menjadi makhluk yang lebih rendah. Sungguh kemusnahan moral yang sangat rosak teruk.