Showing posts with label Info Pelik. Show all posts
Showing posts with label Info Pelik. Show all posts

Friday, 27 September 2013

7 Selebriti Hollywood Yang Slumber Jer Tunjuk Bulu Ketiak

Ada kalanya ketika sedang tak muncul di depan awam, selebriti pun malas mempersolek diri dan tak mencukur bulu ketiaknya. Namun ada juga yang sengaja menumbuhkan rambut ketiak dengan sengaja. Ini beberapa di antaranya.

Aktris Hollywood ini memang mengaku sering malas bercukur
Julia Robert

Komedian cantik Sarah Silverman dengan bangga memamerkan, hmm.., "kebunnya"
Sarah Silverman

Untuk perannya di film "Don't Move", aktris Penelope Cruz harus membiarkan semua bulu di tubuhnya tumbuh lebat. Beginilah hasilnya.
Penelope Cruz

Aktris Italia Sophia Loren tetap bertahan jadi bom seks selama puluhan tahun meski ia tak pernah bercukur.
 Sophia Loren

Drew Barrymore

Britney Spears

Gaga membiarkan bulu ketiaknya "panjang, kemudian mewarnainya dengan warna turquoise sama dengan rambutnya.
Lady Gaga


Thursday, 26 September 2013

RARE!! Hidung Atas DAHI !!


Beijing: Seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Xiaolian mempunyai hidung baru yang tumbuh di dahinya.

Xiaolian, 22, menjalani rawatan bagi menggantikan hidung asalnya yang cacat selepas dijangkiti virus di sebuah hospital di Fuzhou, wilayah Fujian. Xiaolian, mengalami kecacatan di bahagian hidungnya akibat kemalangan jalan raya pada Ogos tahun lalu dan doktor yang merawatnya gagal memulihkan hidungnya.

Ekoran nahas yang dialaminya, hidung Xiaolian mengalami jangkitan dan tulang hidungnya terjejas.
Doktor tidak mempunyai pilihan lain tetapi terpaksa menjalankan prosedur yang membolehkan hidung barunya tumbuh di dahi bagi menggantikan hidung asalnya.



Hidung itu direka dengan menanam tisu kulit ke dahi Xiaolian Ia dipotong mengikut bentuk hidung dan disokong oleh tulang rawan yang diambil daripada rusuk Xiaolian.

Pakar bedah berkata, hidung baru itu tumbuh dengan baik dan pembedahan transplan akan dijalankan dengan secepat mungkin. - Agensi



Wednesday, 25 September 2013

Body Implan Yang Super SENGAL

Kenapa sengal? Korang tengok lah sendiri.. Dah bagi rupa bentuk muka dan badan yang elok, diubah-ubah menjadi macam alien je tengok. Kat Malaysia tak tahu la ada ke tidak orang yang buat macam ni.. Taksub ke apa??











Hancurkan Kereta Mewah BMW Kerana Bengang


Seorang pemilik BMW M6, memusnahkan kereta mewahnya di depan tempat penyelenggaran Frankfurt Motor Show 2013. Dia membuat demikian, kerana pemilik ini kesal dengan layanan terhadap keretanya.

Dengan menggunakan kapak dan tukul, pemilik "Hadi Pourmohseni" yang dibantu oleh kawannya Kumpel Thomas Brunner menghancurkan seluruh bahagian kereta mewah Jerman tersebut. Demikian dipetik dari Worldcarfans, (18/9/2013).

Aksi protes yang dilakukan lelaki dari Itali ini menjadi tontonan awan. Pemilik memang dengan sengaja menghancurkan kereta miliknya, sebagai bentuk protes terhadap BMW kerana telah menolak perbaikan atas kerosakan keretanya tersebut.

Perniaga kelahiran Iran ini pada awalnya membeli BMW M6 dari sebuah diler BMW di Itali. Tidak lama selepas pembelian, Hadi merasakan kerosakan serius pada keretanya dan telah membawa kereta mewahnya tersebut ke pusat service BMW di Itali sebanyak 10 kali, namun kerosakan pada keretanya tidak dapat diselesaikan.

Pemilik mengatakan aksi protesnya ini tidak akan berhenti di Frankfurt saja. Kereta yang telah dihancurkan ini akan kembali diperbaikinya dan akan kembali melakukan aksi gilanya ini di depan bangunan parlimen Jerman, agar BMW benar-benar mendengar keluhannya.




Misteri Batu Bergerak Sendiri


Batu-batu misteri itu tersebar di Racetrack Playa, Death Valley, California. Sebuah jejak berpola zig-zag merupakan sebuah bukti bahawa batu ini telah berpindah sejauh 250 meter hanya dalam satu kali musim sejuk saja. Ada sekitar 150 batu besar seperti itu namun tak seorang pun pernah melihat batu-batu itu bergerak.


Pada tahun 1972 sejumlah saintis datang untuk meneliti batu misteri tersebut. Meraka menamaikumpulan batu dan melakukan survey selama 7 tahun. Sebuah batu seberat 350 Kg mereka beri namaKaren. Selama diteliti, Karen tidak bergerak sama sekali.

Namun, satu tahun kemudian selepas kajian tersebut, mereka kembali ke tempat tersebut dan mendapati Karen hilang. Karen kemudian ditemukan sekitar lebih dari setenggah batu dari tempatKaren sebelum dijumpai.


Pasukan penyelidik terus mempelajari fenomena tersebut dan mereka yakin bahawa musim sejuk dan angin kencang, yang boleh mencapai lebih dari 90 batu per jam, bertanggung jawab atas gerakan batu misteri itu. Percaya atau tidak terpulang pada anda untuk percayai .sumber





Tuesday, 24 September 2013

Pelik Tapi Benar - Wanita Berubah Menjadi Tua Dalam Satu Malam!!


Pakar-pakar perubatan di selatan Vietnam menawarkan untuk membantu seorang wanita berusia 26 tahun yang kulitnya berkedut dalam satu malam saja, membuatkan dia kelihatan 30 tahun lebih tua, media tempatan di sana melaporkan.

Tiga hospital di Bandar Raya Ho Chi Minh City telah menawarkan Nguyen Thi Phuong perundingan dengan pakar-pakar selepas akhbar Tuoi Tre menerbitkan gambarnya pada hari Ahad.

Kulit Phuong berkedut tetapi dia masih mempunyai rambut dan postur wanita muda, kata akhbar itu. Keadaan dirinya telah membingungkan doktor-doktor tempatan.

Menurut laporan itu, masalah Phuong bermula pada tahun 2008 selepas dia makan makanan laut dan mukanya tercetus ruam. Dia diberi ubat dermatitis, tetapi selepas mengambil selama seminggu, mukanya bengkak dan gatal-gatal muncul di kulitnya.

"Apabila kami berkahwin, Phuong adalah seorang gadis yang cantik," suami Phuong, Nguyen Thanh Tuyên, 34, dipetik sebagai berkata.
"Adalah sukar untuk bercakap secara terbuka mengenai perkara-perkara suami isteri ini, tetapi fahamilah bahawa saya masih mencintai isteri saya," katanya.




Kembar Siam Keluar Dari Mulut


Bandung: Ketika Aep Supriatna melihat bayi yang baru dilahirkan isterinya 19 September lalu dia sangat terkejut kerana mendapati zuriatnya itu merupakan kembar siam.

Lebih mengejutkan Aep, 36, bayi pertama lahir dalam keadaan biasa tetapi kembarnya keluar dari mulut. Menurut Aep, isterinya Yani, 33, bersalin di rumah mereka di Kampung Cikadu di daerah Cipeundeuy, Bandung Barat.

“Anak pertama kali normal tetapi yang ini nampaknya kembar siam,” katanya. Aep berkata, sebaik saja bayi itu dilahirkan dengan bantuan bidan, ia diarahkan segera dibawa ke hospital tetapi dia tidak mengetahui apa yang sebenarnya berlaku. Hanya selepas itu, kata Aep, dia dimaklumkan anak ketiganya itu kembar siam.

“Saya sangat terkejut,” katanya. Bayi pertama adalah lelaki dan diberi nama Ginan Septian Nugraha dan disahkan sihat.

“Bagaimanapun rongga mulutnya penuh kerana berisi tubuh bayi kedua,” katanya.


Monday, 23 September 2013

PELIK! Khinzir Melahirkan Anak Mirip Gajah (2 Foto)

Sesuatu yang agak mengejutkan apabila seekor khinzir telah melahirkan seekor anak yang pelik. Pelik yang dimaksudkan di sini adalah anaknya mirip seperti seekor anak gajah. Buktinya, anda boleh lihat sendiri gambar di bawah ini. Biarpun tidak sama 100%, tetapi fizikal seperti belalai membuktikan ia seperti seekor anak gajah. Bagaimanapundifahamkan, anak khinzir tidak bertahan lama lalu mati setelah beberapa jam dilahirkan.


Masyarakat Anhui, China, geger.Seekor babi melahirkan anak yang mirip gajah, lengkap dengan belalainya.
Anak babi itu saiz nya sama seperti anak babi baru lahir yang lain cuma anehnya, Cuping telinganya lebar dan mempunyai belalai. Khinzir ini lebih mirip gajah kecil.



Anak babi ini lahir di kandang milik Li. Khinzir ini antara 7 khinzir yang lahir dari seekor babi.
Kejadian itu sangat aneh kerana salah satu daripada 7 anak babi yang lahir itu berwajah seperti anak gajah. Setelah ditimbang, beratnya mencapai 1.000 gram.

Tapi, anak babi gajah ini, tak dapat hidup lama kerana tiada susu. Ia hanya bertahan selama sembilan jam.


Keadaan Bilik Apartment Yang Sungguh Sempit Di China (13 Gambar)

Kesempitan hidup dan dengan populasi yang terlebih sudah merupakan antara penyebab golongan pertengahan (middle class) di China hanya mampu tinggal di apartment yang pada pandangan mata kami sungguh sempit dan menyedihkan.

Dengan bayaran yang rendah, mereka rela untuk hidup dalam ruang yang begitu sempit. Tak ada ruang untuk privasi. Malahan bilik mandi di apartment ini tidak dipisahkan oleh tembok konkrit sebaliknya hanya dipisahkan dengan tirai. Sedey bukan? Tapi mereka nampak selesa dengan keadaan tersebut. Syukurlah. Sekarang anda lihat sendiri keadaan apartment yang sadis di China itu.
















Friday, 20 September 2013

Pekerja binaan jumpa ‘lintah gergasi’

Sungai Siput: Beberapa pekerja binaan yang sedang menggali longkang berhampiran kawasan perindustrian di Kampung Muhibbah, di sini, bertempiaran melarikan diri sejurus terserempak haiwan aneh seperti ‘lintah gergasi’, pagi semalam.
Haiwan bertubuh lembik seberat 25 kilogram dan panjang hampir dua meter itu menggerunkan penduduk berikutan turut mempunyai bentuk muka menyerupai anjing.
Pekerja yang enggan namanya disiarkan berkata, haiwan itu ditemui di dalam longkang yang digali mereka pada jam 10.15 pagi.

Menurutnya, dia yang terkejut dengan penemuan haiwan itu menghubungi Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Sungai Siput untuk menangkap haiwan itu.

“Saya tidak pasti sama ada ia ular berikutan tubuhnya lembik seperti lintah. Malah, kulit haiwan itu agak kasar seperti kulit biawak.

“Ini kali pertama saya melihat haiwan pelik seumpama itu. Saya memang terkejut dan hairan bagaimana haiwan itu berada di dalam lubang yang digali,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Angkatan dan Latihan Operasi JPAM Leftenan A Balasubramaniam berkata, tiga anggotanya dihantar ke lokasi kejadian untuk menangkap haiwan aneh itu.

Menurutnya, petugas JPAM turut terkejut berikutan tidak pernah berjumpa haiwan seumpama itu sebelum menangkap dan membawanya pulang ke pejabat JPAM, di sini.

“Kami sendiri pelik dengan haiwan itu berikutan ia tidak agresif sebaliknya mempunyai tubuh lembik dan menggerutu.

“Namun, akhirnya kami dimaklumkan ia sejenis ular air dipanggil ular guni buruk atau ular karung guni yang dikategorikan sebagai ular air tawar,” katanya

p/s: rupa mcm ular + biawak. tp nampak klakar lak muka natang ni...


Sunday, 13 January 2013

[Video] Seram Kelibat Naga Di Langit Jiangxi China

Seorang pemuda dari Fuzhou China timur, Daerah Jiangxi mendakwa telah mengambil gambar naga terbang dilangit. Menurut Guan Mulin dia mengambil gambar tersebut semasa dia sedang memandu kereta.

Dia berkata “Saya sedang memandu dan saya melihat orang-orang melihat ke atas, jadi saya berhentikan kereta saya dan melihatnya”

Guan berkata dia melihat naga terbang diatas awan “ia kelihatan seperti 2 ekor naga berenang-renang di langit, atau seperti seekor naga dengan kepala dan ekornya yang muncul dari balik awan”

Guan menambah kejadian itu berlaku selama beberapa minit sebelum akhirnya naga itu menghilang.

Lihat Video Amatur Yang Sempat Dirakam . . .




[4 Foto] Pemuda ini sedang membelah perut Naga

Naga merupakan makhluk mitos atau khayalan sahaja, yang bererti tidak mungkin ada di dunia nyata, tetapi di China ada seorang pemuda yang sedang membelah perut seekor Naga.

Mungkin untuk dijadikan ubat kuat. Tidak banyak maklumat yang didapati disebalik gambar ini, juga tiada sebarang maklumat tentang pemuda ini dan dimana dia menangkap Naga ini. Segalanya di rahsiakan.
Ramai yang mengatakan Naga ini adalah palsu, tetapi setelah pemeriksaan lebih dekat dari gambar-gambar diatas didapati Naga yang dipegang pemuda ini memang Naga asli, Inilah buktinya :

1 - Pemuda dalam gambar ini menunjukkan reaksi semulajadi seorang manusia semasa membelah perut seekor binatang (dia tidak sedar kamera mengambil gambarnya)
2 - Ada seekor anjing yang sedang memainkan ekor Naga tersebut dan ini jelas bukan rekaan photoshop.
Ulasan alamcyber2020-Mungkin binatang berbentuk Naga ini wujud di negara China. Cuma tidak di dedahkan oleh media sahaja atas sebab-sebab tertentu. Terpulang kepada anda untuk mempercayainya atau pun tidak.