Wednesday, 2 January 2013

10 Detik Suka Duka Anggota Beruniform

Disiplin antara elemen paling utama kepada setiap individu yang bekerja. Jika tiada disiplin dalam diri, kita sendiri boleh bayangkan hasilnya nanti. Lebih berat jika salah satu tugas kita ialah membimbing dan menunjukkan contoh yang baik kepada orang lain. Tersilap buat, mata orang ramai akan cepat tertumpu kepada kesilapan atau perkara tersebut. Contohnya seperti dalam gambar-gambar di bawah. 
Kantoi menggunakan telefon bimbit semasa memandu. Korang pun sama kan?
Kantoi meletakkan kereta merata-rata?!
Kantoi menggunakan ruang letak kereta OKU?!
Apa yang kantoi?
Kemalangan boleh berlaku tanpa mengira harga kereta...
dan jenis kereta.
Tak naik kereta sekali pun, kemalangan masih boleh berlaku.
Bila kemalangan, banyaklah 'nombo' naik konon-kononnya...
Ini lebih baik!
Dan buat baik dibalas baik.

Harap maklum, mereka juga manusia biasa seperti kita. Ambil yang elok, buang yang tak sepatutnya.




[14 Foto] Sebelum dan Selepas 'Awek Bina Badan'

Yeon Woo Jhi dari Seoul, South Korea merupakan awek bina badan yang berjaya di negaranya. Lihat gambar sebelum dan selepas perubahan bentuk tubuh badannya daripada ayu ke sasa. Bagi admin, bentuk tubuh begini sangat mengerikan atau menakutkan!

pic from asiantown.net


Lawak ! Alahai Murid Sekolah

Disuruh berdiri, dikatakan mendera. Diberi kerusi, disalah guna. Cikgu pun dah naik pening dengan pelajar sekarang. Tak kisahlah, asalkan tak menyusahkan orang lain sudah. Mungkin salah cikgu jugak sebab tak memberi pendedahan awal cara menggunakan kerusi dengan betul.




Mayat wanita dalam Perodua Viva

KULAIJAYA – Misteri kereta mencurigakan di kawasan kebun rambutan berhampiran Kampung Desa Idaman, Sedenak, di sini, akhirnya terjawab apabila polis menemui mayat wanita yang dibungkus dengan plastik hitam, semalam.
Mayat wanita ditemui dibungkus dengan plastik hitam dalam kereta.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Asisten Superintendan Mohd Kamil Sukarmi berkata, mayat itu ditemui pada bahagian tempat duduk pemandu dan terdapat kesan bakar pada tempat duduk berkenaan..

“Mayat ditemui selepas pihak polis menerima panggilan dari orang awam sekitar jam 7.20 pagi.

“Berdasarkan siasatan awal, mayat berkenaan dipercayai cuba dibakar berikutan terdapat kesan kebakaran di tempat duduk pemandu.

“Bagaimanapun, tindakan itu mungkin tidak berjaya disebabkan kekurangan oksigen di dalam kenderaan jenis Perodua Viva berwarna putih itu,” katanya kepada Sinar Harian mengesahkan kejadian, di sini, semalam.
Anggota polis mengangkat keluar mayat dari kereta untuk dibawa ke hospital bagi proses bedah siasat.
Mohd Kamil berkata, hasil pemeriksaan, polis mendapati barang peribadi seperti kad pengenalan atau telefon bimbit milik mangsa tidak dapat ditemui.

"Tetapi kami percaya mangsa baru sahaja meninggal dunia beberapa jam sebelum dia ditemui orang awam dan kita masih menyiasat punca kejadian,” katanya.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut juga turut mendapati kenderaan terbabit menggunakan nombor pendaftaran dan cukai jalan palsu milik kenderaan sebenar yang berada di Kelantan.

“Punca sebenar kematian atau kesan kecederaan dialami mangsa juga masih belum dapat dikenal pasti dan mayat telah dibawa ke hospital untuk bedah siasat,” katanya.

Sementara itu, salah seorang penduduk yang ingin dikenali sebagai Wak Jalil, 50, berkata, dia menyedari kereta itu diparkir dalam kebun sejak tengah malam kelmarin, namun menyangka kenderaan itu milik pekebun di lokasi berkenaan.

“Sejak dari malam tadi (kelmarin), saya perasan ada kereta di kebun itu, tetapi tidak berani untuk tinjau lebih dekat sebab keadaan terlalu gelap dan saya fikir kenderaan itu mungkin milik tuan kebun.

“Bagaimanapun, pagi ini kawasan kebun mula dipenuhi orang ramai selepas mendapati terdapat mayat berada di dalamnya.

“Kenderaan itu mungkin milik penduduk luar kerana saya tidak pernah melihatnya di sekitar kampung ini sebelum ini,” katanya.

Sumber


[24 Foto] Kreatif Lukisan 3D Jalanan Yang Menakjubkan

Lukisan 3D jalanan merupakan seni kreatif yang sangat hebat oleh pelukis profesional. Lukisan yang dilukis pada kaki lima bangunan dan di ruangan pejalan kaki telah menarik perhatian ramai. Bakat yang ada pada pelukis ini sangat menakjubkan, dia mampu melakar sebuah lukisan 3D walaupun pada dinding dan jalan.

Lukisan 3D ini mengisahkan Sluggo adalah makhluk comel hijau yang tinggal di jalanan diAnn Arbor, Michigan dan dicipta oleh David Zinn.
credit : piximus