Thursday, 12 September 2013

Nabila Kemalangan, Ramai Memihak Amy Search Dan Isteri




KL, 11 SEPT 2013: Sebaik saja portal murai.com.my menyiarkan pengakuan daripada isteri Amy Search iaitu Nourish mengenai kisah di sebalik kemalangan yang menimpa Nabila Huda, ramai naik angin dengan Nourish di laman sosial, semalam.

Malah, ada yang melemparkan tohmahan mengatakan Nourish sengaja membesar-besarkan cerita keluarga yang tidak sepatutnya diberitahu kepada pihak media. Namun, Murai Batu percaya Nourish sangat mengambil berat terhadap apa yang berlaku di antara suami, anak tiri dan cucu tirinya itu. Sebab itulah dia mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Buktinya, sebaik saja kenyataan Nourish keluar,  Amy Search sendiri telah menyiarkan posting yang menguatkan lagi luahan Nourish. Kenyataan itu telah dibuat Amy menerusi laman Instagram miliknya iaitu @akuamysearch yang tertera gambar bulan sabit.

Menerusi posting tersebut, Amy telah melayangkan status berbunyi:

Ada yang menanti kepulangan atau panggilan seorang yang dikasihi dari pagi Syawal hingga berakhirnya Syawal. Walau pun sepi namun doa tetap dihimpun hingga mati dan kemaafan tetap diberi...KASIH IBU BAWA KE SYURGA.."KASIH AYAH BERGALANG NYAWA...KASIHILAH AYAH IBU KAMU SEPERTI MANA MEREKA SANGAT MENYAYANGI KAMU"

Susulan dari entry tersebut, ramai yang memberikan komen dan mengatakan mereka sedih membaca luahan Amy itu. Malah, Amy turut membalas komen-komen tersebut dengan komen berbunyi...Bukan wang yang dinantikan tetapi permata hati yang ingin dipeluk, cium dan memaafi dosa walau sebesar dunia.

Apa yang penting, dari Instagram ini, jelas sudah membuktikan Amy berada di pihak yang sama dengan isterinya Nourish. Malah, ia juga menggambarkan Nourish bukan sengaja membuat cerita tersebut.

Namun, sudah jadi lumrah dan adat, status ibu tiri selalunya sering digambarkan sebagai wanita yang bengis dan jahat dalam drama-drama tempatan.

Diharap selepas ini hubungan Amy-Nabila Huda anak beranak akan jadi lebih bertambah baik. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pulak hubungan sesama darah daging. Mana-mana keluarga pun ada mengalami masalah anak beranak. Itu perkara normal. Yang penting,kita harus saling bermuhasabah, bermaafan dan melupakan perkara-perkara yang boleh mengeruhkan lagi suasana.

kredit : Murai.com.my


Tragedi Rumah Pengasuh : Kepala Bayi 6 Bulan Retak

Klang: Seorang bayi perempuan berusia enam bulan dilaporkan kritikal selepas mengalami pendarahan serta retak bahagian tengah kepala selain beberapa kesan lebam di lutut dipercayai didera dalam satu kejadian di Jalan Telok Gadong Kecil, di sini semalam.

Kejadian disedari jam 10 pagi semalam selepas pengasuh Nur Sofea Insyirah menghubungi bapa bayi itu, Mohd Shahril Ahamad, 28, memaklumkan anaknya mengalami kesukaran bernafas sebelum bergegas membawa mangsa yang tidak sedarkan diri ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.

Ketua Polis Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, setakat ini polis sudah menahan seorang wanita bagi membantu siasatan di rumahnya, kira-kira jam 2.30 petang. Menurutnya, wanita berkenaan yang juga pengasuh bayi itu disyaki mendera mangsa sehingga menyebabkan mangsa mengalami retak tengkorak kiri, pendarahan di tengah otak dan lebam di dahi serta lutut.

“Penahanan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Seksual/Kanak-kanak (D11) Ibu Pejabat Daerah (IPD) Klang Selatan sejurus menerima laporan bapa mangsa.

“Polis juga sudah merakam percakapan keluarga, saudara mara dan jiran mangsa bagi membantu siasatan,” katanya.

Sementara, di HTAR Mohd Shahril dilihat beberapa kali memeluk isterinya, Siti Safrizah Ahmad, 25, yang hampir pitam di perkarangan Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) kerana tidak sanggup melihat keadaan anak mereka dan setakat jam 8.30 malam tadi (kelmarin) keadaan mangsa dilaporkan semakin kritikal.



NUR Sofea kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah.

Difahamkan, ketika kejadian, bapa mangsa berada di Pulau Indah atas urusan kerja sementara ibunya pula sedang bekerja di Poslaju Jalan Raya Timur.

Sejurus dimaklumkan kejadian itu, pasangan terbabit bergegas ke rumah pengasuhnya untuk melihat keadaan anak mereka sebelum bergegas ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) selepas anak sulung mereka itu tidak sedarkan diri.

Nenek mangsa yang mahu dikenali sebagai Umi berkata, cucunya dihantar ke rumah pengasuh berkenaan sejak cucunya berusia dua bulan dengan bayaran RM300 sebulan. Difahamkan, pada awalnya, pengasuh terbabit tidak mahu menjaga cucunya dengan alasan mempunyai dua anak lain.

“Namun, disebabkan suami pengasuh berkenaan rakan sekerja anak saya, dia seakan terpaksa bersetuju menjaga Nur Sofea atas pujukan suaminya. “Sehingga Syawal baru-baru ini, saya mengesan kesan melecet pada dahinya dan juga beberapa kesan lebam pada tubuhnya sebelum menerima panggilan telefon daripada anak saya memberitahu cucunya itu sudah ditempatkan di NICU,” katanya ketika ditemui di HTAR, semalam. Katanya, pengasuh terbabit memberikan alasan kesan lecet pada dahinya adalah akibat tergesel di permaidani rumahnya ketika cucunya bermain bersama anak pengasuh terbabit yang berusia enam tahun. Selain itu, pengasuh berkenaan juga memberikan alasan lebam di dahi adalah kerana botol susunya terjatuh di atas dahinya ketika sedang minum susu. “Saya tidak sangka pengasuh terbabit sanggup melakukan perkara kejam ini kepada cucu saya dengan memberikan alasan yang tidak masuk akal,” katanya.

kredit : harian metro


Teknik Baru Isi Borang Kerja

Contoh Isi Borang Untuk Kerja Kosong



Disini ada tips/teknik untuk kita semua mengisi borang kerja kosong. Mana tau ada rezeki.. Contoh :

Name : Ajoi
Age : Still young
Sex: Never. Still under age
Religion: I only have experience praying my cat which dead 2 years before
Race: I love to race. How u know?
Nationality : I don’t like National. I prefer Sanyo
IC No.: 6735
Tel No.: My house no telephone
HP No.: Nokia 3310
Address: Jelutong, Penang
City: Nurhaliza?
Postcode: I never post anything
Country: I love travel to London
Status: Secret
EmailAddress : Hotmail
Education Background : My teacher said, not bad
Working Experience : Last time I got sell pirate VCD
Father’s Name : Daddy
Father’s IC No. : U ask him
Mother’s Name : Mummy
Mother’s IC No. : U ask her
Expected Salary : As much as u can pay
When can start work? : Depends on my mood
Highest Qualification : Very high
Grade : Also very high
College/University : College
Signature : Can I use chop??

Hee.. :) ada bran??


Wednesday, 11 September 2013

Lawak Vol. 1


JANGAN MENYAMPUK!

Satu hari ketika dalam perjalanan balik dari Ipoh, aku singgah sekejap di KLCC.
Ada sesuatu untuk aku beli. Ketika aku sedang mencari barang dibeli, tiba-tiba perut
aku terasa memulas. Apalagi aku pun terus bergegas ke tandas yang terdekat. Masuk saja ketandas
aku tengok ada 3 bilik air. Bilik air yang di tengah bertutup, jadi aku pegi yang
disebelahnya. Baru saja aku duduk, aku terdengar orang dari sebelah bersuara,

“Haa, camna sekarang ?”
Aku pun bukan suka nak berbual dengan orang yang aku tak kenal. Entah macamana untuk tidak menghampakan orang, akhirnya aku balas juga,
Ok gak ler”.
 Kemudian suara tu bertanya lagi,
Kau nak gi mana ni??
Iskk… Aku mula rasa musykil… tapi aku balas,
“Aku nak balik, singgah sini nak beli barang sikit”
Lepas suara tu bertanya lagi,
“Bila kau nak gerak ni??”Aku selamba jer kata,
“Lepas aku sudah ni, habis beli aku chow la”.
Kemudian aku terdengar lagi suara org sebelah tu berkata
“Hei, aku call kau balik lepas ni, tiap kali aku tanya soalan kat kau, mamat bodo sebelah aku ni asyik jawap jer!!!

CUTISAKIT

Suatu hari, Salmah ponteng sekolah. Dia telefon guru kelasnya dan menyamar sebagai ibunya.

Salmah : Hello, adakah itu Cikgu Aminah binti Ali, guru kelas tahun 6 hijau?
Cikgu : Ya, saya.
Salmah : Cikgu, hari ini Salmah tidak dapat hadir ke sekolah kerana sakit.
Cikgu : Ok...ok..., er...boleh saya tahu siape yang sedang bercakap?
Salmah : Emak saya...

NYONYA MEI LEE

Pada suatu hari, seorang Nyonya bernama Nyonye Mei Lee datang ke KL untuk kali pertama selepas menang loteri. Beliau check-in disebuah hotel mewah dan seorang pelayan membawakan begnya menuju ke Bilik penginapan Nyonya Mei Lee. Nyonya Mei Lee dengan girangnye mengikuti langkah-langkah pelayan itu dan ketika pelayan tersebut menutup pintu,

Nyonya Mei Lee melihat ke sekeliling. Beliau tetiba menjadi marah lalu berkata kepada pelayan tersebut.

"Eksekius mi, lu jangan ingat wa tua, mali dari kampung, tatak tau duduk hotel.. sudah baya latut latut, lu kasi ini bilik ka??! kicik!! tatak tibi, tatak lemari tatak apa pun??? katil mau titun pun tatak????, haiyyaaa.. mau tipu olang ka??!!" 

Lalu pelayan itu pun menjawab,

"Sabar Nyonya, ini baru lift, maaa...."




Cinta Akan Menang



Cinta Akan Menang atau Love will Prevail; Itulah Judul dari Lagu Maher Zain yang sangat khusus diberikan untuk mendukung Penduduk Syiria yang sedang di tindas. Lagu yang maknanya sangat mendalam. Videonya sendiri sederhana tetapi sarat dengan Makna….




Lirik Lagu Love will Prevail – Maher Zain
There’s no fear in my heart
Got nothing left to lose
I saw my loved ones die
Oh, I swear that I won’t give in
By God you’ll never win
I’ll fight for what’s right
And nothing can stand in my way
Even if I get knocked down
I will stand my ground
And I’ll never

Hide or run away
Love will prevail
By God it will
Love will prevail
I refuse to fail
Love will prevail

Life’s become so cheap
So many orphans weep
They forgot how to smile
Oh, I cannot understand
Just how somebody can
Murder an innocent child
I swear their lives won’t be lost in vain
Even if I get knocked down
I will stand my ground
And I’ll never

Hide or run away
Love will prevail
By God it will
Love will prevail
I refuse to fail
Love will prevail

God made me free
You can’t take that away from me
Freedom is my destiny
I have a dream
And my dream is to see
To see all my people smile
See all of them free and proud
I feel the wind of peace
‘Cause with hardship comes ease
That’s why I won’t lose faith
And I know that God is Great

So, I’ll never
Hide or run away
Love will prevail
By God it will
Love will prevail
I refuse to fail
Love will prevail
I won’t run away
Love will prevail
By God it will
Love will prevail
I refuse to fail
Love will prevail
Maher Zain juga membuatkan Lagu ini dalam Versi Bahasa Arab dengan judul (Maher Zain – Alhubbu Yasood). Jom tengok video lagunya dibawah ini





Lagu ini boleh dibeli di iTunes untuk membantu pembebasan #FreeSyiria | #Syria, semua keuntungan penjualan akan diberikan untuk gerakan ini.


Perbandingan Kamera Lumia 920, iPhone 5 & Galaxy SIII


Walaupun dah ada LUMIA 925 dan Samsung S4, masih ramai lagi yang masih menggunakan LUMIA 920 dan SIII.

Walaupun dah ada produk baru, Nokia Lumia 920 kelihatan sangat powerful dan berhasil meng KO Samsung dan Iphone dengan cantik pada test Low Light nya. tak percaya? Jom tengok Video Perbandingan Kamera Lumia 920, iPhone 5 & Galaxy SIII yang berdurasi 43 Detik ini.



#TimeToSwitch itulah slogan yang digunakan Lumia 920. Lumia 920 juga dinobatkan oleh Engadget sebagai Gadget 2012 memang sangat osem fungsi Kameranya.

Galeri Hasil Capture (Galaxy SIII, iPhone 5, Lumia 920)








Gambar ‘Anu’ Itu Bukan Milik Saya – Adi Putra

Selepas hampir seminggu berdolak-dalik berhubung dakwaan skandal dengan isteri orang, pelakon terkenal Adi Putra (gambar) semalam menegaskan dia langsung tidak mengenali wanita bernama Aida dari Johor yang dikaitkan dengannya.

Kenyataan itu sekali gus menafikan mesej dan gambar-gambar lucah yang dikatakan dihantar menerusi aplikasi WhatsApp Messenger pada awal Ogos lalu lalu kepada Aida adalah miliknya.

Menurut Adi Putra, 32, pada awal Ogos lalu dia masih berada di Mekah kerana menunaikan umrah dan tidak mungkin dia boleh melakukan perbuatan tersebut.

“Secara jujurnya saya tidak mengenali wanita itu dan mana mungkin saya melakukan perbuatan itu di Tanah Suci,” ujarnya pada majlis sidang akhbar pelantikannya sebagai duta produk kecantikan Fereena Beauty Care di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam.