Friday, 20 September 2013

Pekerja binaan jumpa ‘lintah gergasi’

Sungai Siput: Beberapa pekerja binaan yang sedang menggali longkang berhampiran kawasan perindustrian di Kampung Muhibbah, di sini, bertempiaran melarikan diri sejurus terserempak haiwan aneh seperti ‘lintah gergasi’, pagi semalam.
Haiwan bertubuh lembik seberat 25 kilogram dan panjang hampir dua meter itu menggerunkan penduduk berikutan turut mempunyai bentuk muka menyerupai anjing.
Pekerja yang enggan namanya disiarkan berkata, haiwan itu ditemui di dalam longkang yang digali mereka pada jam 10.15 pagi.

Menurutnya, dia yang terkejut dengan penemuan haiwan itu menghubungi Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Sungai Siput untuk menangkap haiwan itu.

“Saya tidak pasti sama ada ia ular berikutan tubuhnya lembik seperti lintah. Malah, kulit haiwan itu agak kasar seperti kulit biawak.

“Ini kali pertama saya melihat haiwan pelik seumpama itu. Saya memang terkejut dan hairan bagaimana haiwan itu berada di dalam lubang yang digali,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Angkatan dan Latihan Operasi JPAM Leftenan A Balasubramaniam berkata, tiga anggotanya dihantar ke lokasi kejadian untuk menangkap haiwan aneh itu.

Menurutnya, petugas JPAM turut terkejut berikutan tidak pernah berjumpa haiwan seumpama itu sebelum menangkap dan membawanya pulang ke pejabat JPAM, di sini.

“Kami sendiri pelik dengan haiwan itu berikutan ia tidak agresif sebaliknya mempunyai tubuh lembik dan menggerutu.

“Namun, akhirnya kami dimaklumkan ia sejenis ular air dipanggil ular guni buruk atau ular karung guni yang dikategorikan sebagai ular air tawar,” katanya

p/s: rupa mcm ular + biawak. tp nampak klakar lak muka natang ni...


Rozita Che Wan Pakai Ketat Kerana Mahu Jaga Badan

Rozita Che Wan sememangnya terkenal sebagai seorang selebriti yang gemar berpakaian cantik. Pakaian yang dikenakan biasanya menunjukkan susuk tubuhnya yang tinggi dan langsing walaupun mencecah usia awal 40′an.


Hari ini melalui mStar Online, Rozita memberitahu yang dia gemar memakai pakaian ketat untuk menjaga bentuk tubuhnya agar kekal langsing.

Sebenarnya dari dahulu lagi saya suka memakai baju-baju yang mengikut tubuh badan. Memakai baju-baju ketat dapat memudahkan kita kesan kegemukan kita.Dan bila kita pakai baju ketat, ia sekali gus membuatkan kita berdisiplin dalam pemakanan dan hanya memakan makanan dalam jumlah sedikit agar perut tidak nampak menggelebeh.

Kalau difikirkan, memang ada benarnya kata Rozita. Kalau baju dah tak muat tu, maknanya kena berdietlah tu kan?

Dia juga berkata yang dia hanya mengehadkan amaun makanan yang dimakan, bukan jenisnya. Menurut Rozita juga, dia tidak begitu gemar mengikut trend fesyen.

Memang saya tak ikut trend kerana ada jenis-jenis fesyen yang tidak bersesuaian dengan diri saya. Seperti sekarang, ramai yang menyukai baju jenis ‘peplum’ tetapi bukan saya kerana ia langsung tidak bersesuaian dengan diri saya yang memiliki badan pendek tetapi kaki yang panjang. Bagi saya, tidak perlu nak terlalu mengikut trend sehingga menjejaskan penampilan diri.



Bayi Itu Adalah Anak Angkat Saya – Jue Aziz

Menghilangkan diri selama satu tahun nampaknya telah menimbulkan beberapa persoalan orang ramai terhadap Jue Aziz. Tambahan pula apabila Jue Aziz muncul dengan seorang bayi. Ramai yang menganggap Jue menghilangkan diri kerana mengandung. Namun sebenarnya, bayi yang sering dilihat bersama Jue itu adalah anak angkatnya, bukan anak kandung.


Malah Jue Aziz turut mengakui yang dia menyusukan bayi tersebut. Senanglah bila anak angkatnya dah besar nanti. Keputusan untuk mengambil anak angkat ini kerana Jue masih belum menemui jodohnya. Kata Jue kepada Berita Harian:-

Saya bukanlah manusia kejam. Saya ada didikan agama. Takkanlah saya tergamak mengatakan zuriat sendiri sebagai anak angkat. Apa perasaan anak saya apabila besar kelak jika dia tahu perkara sebenar?
Bayi itu adalah anak angkat yang saya bela sejak setahun lalu. Saya teringin memiliki zuriat sendiri, tetapi tuhan belum menemukan jodoh saya. Soal jodoh adalah ketentuanNya, saya tidak tahu bila impian untuk berumah tangga akan tercapai. Jadi saya buat keputusan untuk mengambil anak angkat



Hmmm. Mana tahu dengan kebaikan yang dilakukan oleh Jue Aziz ini, akan ada hati lelaki yang terbuka untuk masuk meminang dirinya. Memang terserlah sisi penyayang Jue ketika bersama anak angkatnya ini. Jue juga turut kecewa apabila keikhlasannya untuk membesarkan anak angkat dipertikai orang ramai.

Jahat sangatkah artis seperti saya hingga tidak layak untuk ambil anak angkat? Bila artis ambil anak angkat, macam-macam cerita orang buat. Lebih teruk ada yang tergamak menuduh itu zuriat saya sendiri di atas keterlanjuran yang dilakukan.
Saya hendak bertanya, adakah selama ini mereka nampak saya bersembunyi? Kalau betul saya mengandung, tentu cerita itu sudah tersebar luas. Secara logik, macam mana saya hendak sorokkan perut yang kian membesar sedangkan hari-hari saya berada di set penggambaran


Pedulikanlah kata-kata orang. Bukan semua orang faham dengan pengorbanan yang kita lakukan. Yang penting, Jue bahagia dengan anak angkat tercinta. Mulut manusia memang tidak boleh ditutup. Apa pun, sama-samalah kita doakan agar Jue cepat-cepat bertemu jodoh. Jaga anak berdua dengan suami tentu lebih seronok









Foto Yasmin Hani tayang perut buntingnya!!

Foto Yasmin Hani tayang perut buntingnya!! 





Foto-foto yang tersebar itu kerana Yasmin begitu seksi dan kelihatan seperti dia hanya berseluar dan bertiub hitam yang hanya menutupi buah dadanya sahaja. Perutnya ditayang serta dilukis cantik seperti bentuk dedaun.

Jika dilihat memang sangat comel. Tetapi tindakannya itu ternyata silap kerana foto itu telah dikritik dan dikecam oleh peminat terutama golongan Melayu di beberapa ruangan laman sesawang kerana mereka merasakan caranya itu tidak sopan dan tidak melambangkan budaya Melayu dan agama Islam.

Sebenarnya foto itu merupakan sesi fotografi untuk kehamilannya di sebuah studio. Tapi, tak tahu bagaimana ianya boleh tersebar dengan begitu meluas sedangkan Yasmin sendiri tidak memuat naikkan gambar-gambar itu di mana-mana laman sosial miliknya. Biasalah, orang kita ni, kalau perkara seperti itu laju sahaja tersebar.


Friday, 13 September 2013

Jules Schratter Tak Boleh Berenggang Dengan Yuna?





Komposer, pemuzik dan penyanyi, Yuna dari dulu hingga kini sekerasnya menafikan kisah cintanya dengan lelaki mat salleh yang bernama Jules Schratter. Mengapa sehingga kini Yuna masih lagi mahu merahsiakan hubungannya dengan jejaka kacak itu, sedangkan Jules sendiri pula mengambil pendekatan yang berbeza.
Maksuda pendekatan berbeza itu adalah, Jules seorang terbuka untuk bercerita mengenai hubungan yang terjalin di antara dia dengan Yuna, lebih-lebih dalam laman Instagram miliknya yang sering saja dipenuhi foto-foto serta video bersama Yuna.

Bukan sahaja foto, malah dengan ayat-ayat yang digunakan oleh Si Jules ini, seolah-oleh dia sedang in love giler dengan Yuna. Malah dalam 'caption satu atau dua keping gambar Yuna seorang yang dimuat naik Jules dalam Instagramnya itu, dia turut menyebut bahawa dia adalah lelaki paling bertuah.

Apa yang dimaksudkannya dengan bertuah itu, tak pastilah. Adakah maksudnya dia lelaki bertuah yang berjaya menambat hati gadis bertudung itu? Atau adakah dia bermaksud hanay dia seorang saja yang berpeluang merakamkan gambar Yuna? Hanya Jules saja yang tahu.

Tapi, daripada apa yang diperhatikan, Jules memang selalu bersama Yuna. Paling manis ketika Jules memuat naik video dia dan Yuna ketika berada di airport. Mereka duduk sambil menyaksikan sunset dan juga kapal terbang yang berlepas di depan mata. Time tu diaorang nampak sangat sweet! Hahaha

Lebih mengukuhkan lagi hubungan cinta mereka ini, bila dengar mereka sama-sama pulang ke Malaysia untuk temani Yuna untuk mengadakan konsert solonya di Istana Budaya baru-baru ini.

Jules menonton hampir setiap malam konsert Yuna untuk memberi sokongan buat penyanyi dan pemuzik berbakat itu. Dengarnya dia masuk percuma! Wah, bertuahnya Jules dapat menyaksikan konsert Yuna yang harga tiketnya ratusan ringgit itu.

Bertuah juga Yuna kerana dapat kekasih mat salleh yang begitu loving dan caring hingga sanggup menamaninya ke mana sahaja. Senang kata mereka ni seperti susahlah nak berenggang!


kredit : murai.com.my


Hak Penjagaan Anak : Suami Atau Isteri?


Sepasang suami isteri baru bercerai dan mereka bertengkar untuk tentukan hak penjagaan anak tunggal mereka. Lepas tu mereka pun pegi ke pejabat agama, jumpa kadi untuk minta nasihat.

kadi tanye kat pompuan tu… . “kenapa awak rasa awak yang paling layak bela anak tu?

pompuan tu jawab… “saya yang mengandungkan anak tu. saya yang melahirkan anak tu. dia keluar dari perut saya.”

si jantan (suami) terkedu sebab dia tau pas ni kadi akan tanye dia lak. ahhh… sudah… mende aku nak goreng kadi ni… .

kadi pun tanye si jantan… “hah… kamu… .bagi alasan kenapa anak tu kamu yang patut bela”

“tuan kadi… kalaulah saya ada syiling seringgit, dan saya ‘masukkan’ dalam vending machine, pas saya ‘tekan satu butang pilihan, maka keluarlah setin air minuman. saya nak tanye tuan..air tin yang keluar dari mesin tu hak saya atau hak mesin?”

jawab kadi..”hak kamu le..”

jantan tu kata lak..”hah… sama le kes ni pun. Kan tuan… kan… kan “

P/S :  Jgn samakan isteri anda macam vending machine.





Thursday, 12 September 2013

Isu Gambar Bogel, Bikin Ika Nabila Mengamuk



Instagram tidak lepas lari daripada pelbagai kontroversi dan penyalahgunaannya sehingga boleh menimbulkan isu salah faham dan sebagainya.

Baru-baru ini, pelakon yang boleh dikategorikan penuh kontroversi, Ika Nabila dikatakan mengamuk di laman Instagram miliknya gara-gara terdapat peminat yang biadap memberikan komen di ruangan komen gambarnya.

Ceritanya bermula apabila Ika Nabila telah berkongsi gambar-gambar percutiannya di Thailand dan sebahagian dari gambar-gambar itu memang diakui agak seksi.

Namun isu tercetus apabila salah satu gambar bekas bintang AF6 telah mendapat maklum balas daripada seorang peminat yang boleh dianggap biadap .

Komen tersebut telah dibuang namun difahamkan peminat tersebut meminta Ika memuatnaik gambar bogelnya. Sentap dengan komen tersebut, Ika memuat naik gambar anjing di tepi pantai sambil membalas,

"Naked picture? There you go! Tak payah biadap nak request gambar bogel ke bikini ke.. pi suruh mak kau, adik kakak kau post gambar bogel diorang kalau dah sangap sgt. Btw ini instagram aku suka hati aku lah nakpost gambar b*b* hutan sekalipun :) if you got an eyesore, Unfollow me as simple as that.. aku tak hadap lah followers takde adab mcm korang :)"

Amboi marah betul nampaknya Cik Kak kita ini. Tapi memang patut pun Ika Nabila mengamuk sebegitu kerana tindakan orang yang komen itu pun dah nampak kurang ajarnya. Nak tegur ada caranya. Bagi salam dulu.

Pandai-pandailah jaga kain sendiri, nak tegur orang pun ada caranya. Cari kelemahan sendiri dulu sebelum nak provoke atau cari pasal dengan orang lain.

Kredit : murai.com.my