Thursday, 26 September 2013

RARE!! Hidung Atas DAHI !!


Beijing: Seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Xiaolian mempunyai hidung baru yang tumbuh di dahinya.

Xiaolian, 22, menjalani rawatan bagi menggantikan hidung asalnya yang cacat selepas dijangkiti virus di sebuah hospital di Fuzhou, wilayah Fujian. Xiaolian, mengalami kecacatan di bahagian hidungnya akibat kemalangan jalan raya pada Ogos tahun lalu dan doktor yang merawatnya gagal memulihkan hidungnya.

Ekoran nahas yang dialaminya, hidung Xiaolian mengalami jangkitan dan tulang hidungnya terjejas.
Doktor tidak mempunyai pilihan lain tetapi terpaksa menjalankan prosedur yang membolehkan hidung barunya tumbuh di dahi bagi menggantikan hidung asalnya.



Hidung itu direka dengan menanam tisu kulit ke dahi Xiaolian Ia dipotong mengikut bentuk hidung dan disokong oleh tulang rawan yang diambil daripada rusuk Xiaolian.

Pakar bedah berkata, hidung baru itu tumbuh dengan baik dan pembedahan transplan akan dijalankan dengan secepat mungkin. - Agensi



Wednesday, 25 September 2013

NGERI!! Kilang Organ Manusia Yang Mengerikan di Rusia


Sebuah kilang di Rusia membedah badan manusia untuk mengambil buah pinggang, kornea mata, dan lain-lain bahagian tubuh manusia untuk dijual.
Cuba perhatikan gambar-gambar ini suasana didalam kilang yang membedah mayat-mayat yang mati dalam kemalangan,mayat yang tidak dituntut ataupun mayat mereka yang setuju untuk mendermakan organ mereka.

Mayat-mayat yang telah mati kerana memandu dalam keadaan mabuk, mereka yang merempat sendirian kerana mati akibat beku di musim sejuk serta mayat penghuni penjara yang tidak dituntut telah dikumpulkan serta dijual kepada beberapa Universiti di seluruh dunia.

Tulang kaki pula dieksport kepada farmasi di Ireland dan Jerman untuk menghasilkan bahan yang digunakan untuk menampal gigi yang berlubang dan amat popular di Eropah.











Gaji Pengemis RM127,000 Setahun!

Ken Johnson, 52, Pengemis Paling kaya di dunia, Pendapatannya mencecah USD40,000 setahun atau lebih kurang RM127 ribu. Dia selalu memulakan kerja meminta sedekah berdekatan dengan kedai Myer di Sydney Central Business Discrict selama 16 jam sehari.

Berbekal sebuah papan tanda disampingnya, dia berjaya mengumpulkan wang USD120/RM380 sehari daripada para dermawan.


Tulisan yang dibawanya berbunyi
 “Perlu bantuan untuk kos sara hidup keluarga dan membeli ubat. Pembayaran penuh sangat membosankan. Tinggalkan saya sendirian jika anda orang yang tidak sopan dan kasar”.
 Dengan cara sebeginilah Lelaki yang berasal dari Newcastle ini menyara dirinya di George and Market St.
“Saya kecewa jika mengemis sepanjang Jumaat kerana hanya mampu memperolehi RM700.00 sahaja,” 

Dia menambah dia akan pulang apabila telah mendapat wang yang cukup atau memang ingin pulang, tapi jika hari yang baik, dia akan duduk lebih lama daripada hari biasa. Ketika Sunday Telegraph menemuinya, hari tersebut dia bernasib baik kerana dalam tempoh 20 minit, dia berjaya memperolehi sekitar RM75





Body Implan Yang Super SENGAL

Kenapa sengal? Korang tengok lah sendiri.. Dah bagi rupa bentuk muka dan badan yang elok, diubah-ubah menjadi macam alien je tengok. Kat Malaysia tak tahu la ada ke tidak orang yang buat macam ni.. Taksub ke apa??











Unik! Karya Seni Menakjubkan Dengan Bulan


Siapa yang tidak suka memandangi keindahan bulan? Bentuknya yang bulat sempurna dan memancarkan cahaya kekuning-kuningan membuat semua orang terkagum akan mahakarya sang Pencipta.

Bulan ternyata boleh juga menjadi salah satu bahagian dari karya seni ! Sekurang-kurangnya inilah yang dilakukan oleh Laurent Laveder, seorang jurugambar dan astronomi amatur berasal dari Perancis. Kecintaannya terhadap astronomi tidak hanya sekadar mengamati benda-benda luar angkasa saja, namun juga diabadikan ke dalam detik-detik yang unik.

Ia kemudian menciptakan sebuah karya seni dengan judul Siri Bermain dengan Bulan (Moon Games). Berbagai macam bentuk kegiatan dapat dipadukan dengan keindahan bulan seperti, suasana tenang saat membaca buku, keceriaan anak-anak hingga menjadi objek sebuah lukisan.

Untuk mengambil setiap momen ini, Laurent mengatakan bahawa ia harus selalu mempersiapkan setiap project dengan sempurna. Momentum mengambil gambar bulan haruslah sempurna kerana, dalam hitungan detik Bulan akan terus meninggi di angkasa.


sumber :zamrispoon.blogspot


Hancurkan Kereta Mewah BMW Kerana Bengang


Seorang pemilik BMW M6, memusnahkan kereta mewahnya di depan tempat penyelenggaran Frankfurt Motor Show 2013. Dia membuat demikian, kerana pemilik ini kesal dengan layanan terhadap keretanya.

Dengan menggunakan kapak dan tukul, pemilik "Hadi Pourmohseni" yang dibantu oleh kawannya Kumpel Thomas Brunner menghancurkan seluruh bahagian kereta mewah Jerman tersebut. Demikian dipetik dari Worldcarfans, (18/9/2013).

Aksi protes yang dilakukan lelaki dari Itali ini menjadi tontonan awan. Pemilik memang dengan sengaja menghancurkan kereta miliknya, sebagai bentuk protes terhadap BMW kerana telah menolak perbaikan atas kerosakan keretanya tersebut.

Perniaga kelahiran Iran ini pada awalnya membeli BMW M6 dari sebuah diler BMW di Itali. Tidak lama selepas pembelian, Hadi merasakan kerosakan serius pada keretanya dan telah membawa kereta mewahnya tersebut ke pusat service BMW di Itali sebanyak 10 kali, namun kerosakan pada keretanya tidak dapat diselesaikan.

Pemilik mengatakan aksi protesnya ini tidak akan berhenti di Frankfurt saja. Kereta yang telah dihancurkan ini akan kembali diperbaikinya dan akan kembali melakukan aksi gilanya ini di depan bangunan parlimen Jerman, agar BMW benar-benar mendengar keluhannya.




Misteri Batu Bergerak Sendiri


Batu-batu misteri itu tersebar di Racetrack Playa, Death Valley, California. Sebuah jejak berpola zig-zag merupakan sebuah bukti bahawa batu ini telah berpindah sejauh 250 meter hanya dalam satu kali musim sejuk saja. Ada sekitar 150 batu besar seperti itu namun tak seorang pun pernah melihat batu-batu itu bergerak.


Pada tahun 1972 sejumlah saintis datang untuk meneliti batu misteri tersebut. Meraka menamaikumpulan batu dan melakukan survey selama 7 tahun. Sebuah batu seberat 350 Kg mereka beri namaKaren. Selama diteliti, Karen tidak bergerak sama sekali.

Namun, satu tahun kemudian selepas kajian tersebut, mereka kembali ke tempat tersebut dan mendapati Karen hilang. Karen kemudian ditemukan sekitar lebih dari setenggah batu dari tempatKaren sebelum dijumpai.


Pasukan penyelidik terus mempelajari fenomena tersebut dan mereka yakin bahawa musim sejuk dan angin kencang, yang boleh mencapai lebih dari 90 batu per jam, bertanggung jawab atas gerakan batu misteri itu. Percaya atau tidak terpulang pada anda untuk percayai .sumber