Wednesday, 9 October 2013

Subhanallah, Masjid Ini Dibina Di Bawah Tanah

Di Abu Dhabi, terdapat sebuah masjid yang dianggap unik bagi penduduk tempatan di sana. Masjid ini telah dibina dengan berkedudukan di bawah tanah. Menarik!

Pernahkah anda melihat sesebuah masjid itu dibina tanpa sebarang reka bentuk luaran, namun dibina di bawah tanah. Masjid ini boleh ditemui di Abu Dhabi dan sekiranya anda berkunjung ke sini, jangan melepaskan peluang untuk singgah bersolat. Masjid unik ini diberi nama Masjid Moschee Moschea Camii. Terlihat unik kerana lokasi tempat ibadah tersebut berada di bawah tanah, yang terlihat sejuk sekali untuk menunaikan solat. Jom lihat gambar di bawah ini.














Buat Aksi Terjun & Terus MATI!


Ngeri! Maut Buat Aksi Terjunan Dari Jambatan (5 Foto) | 
Ini bukan kes bunuh diri, tetapi seolah-olah seperti mahu membunuh diri. Seorang lelaki yang merupakan peminat tegar parkour telah melakukan aksi bahaya apabila bertindak mahu melakukan aksi terjunan dari sebuah jambatan. Mungkin ada sesetengah bagi kita menganggap, terjun ke dalam air bukanlah satu perkara yang bahaya. Namun jika ia terjun dari tempat yang tinggi, ia boleh merosakkan organ dalaman kerana hentakan yang terlalu kuat dalam air.


Mangsa, Wang Zijian, 21 tahun mati akibat impak yang terlalu kuat setelah mencecah air dalam kelajuan tinggi. Selepas impak, badan Wang kelihatan namun selepas itu tenggelam dan terus hilang ditelan arus sungai.





Tuesday, 1 October 2013

Awas: Daging Kambing Tiruan Dari Daging KUCING!



Awas: Daging Kambing Tiruan

Kisah penyediaan makanan palsu atau penggunaan bahan kimia berbahaya dalam proses pembuatan makanan memang banyak berlaku di China. Kes terbaru melibatkan seorang lelaki China yang telah didapati bersalah kerana memproses daging kambing tiruan. Daging kambing tersebut di hasilkan daripada daging kucing-kucing jiran yang telah ditangkap dan dibunuh.


Umpan burung pipit

Teknik Dalang Pencuri Kucing Kebanyakan kucing ditangkap menggunakan teknik "Mengumpan". Seekor burung pipit yang diletakkan didalam sangkar digunakan untuk mengumpan kucing-kucing disekitar kawasan rumah beliau.


Kucing yang di tangkap

"Mangsa" yang sempat diselamatkan

Daging Kucing Di "Peram"

Ketika disoal oleh polis mengenai motif beliau menggunakan kucing, lelaki itu menjawab bahawa dia melihat kucing sebagai "Skim Cepat Kaya" sebab kucing boleh didapati secara mudah dan cepat. Hasilnya pula lumayan. Dan untuk memastikan bau daging tersebut seperti daging kambing yang real punya, dia "Memeram" daging kucing tersebut di dalam air kencing kambing dan juga minyak. Beliau juga mengakui menjual daging palsu tersebut pada harga borong ke restoran-restoran berhampiran.


Akibat Curang! Kepala lelaki ini dicangkul oleh isterinya!


Pada suatu hari, Maria Savez telah dapat mendapat tahu yang suaminya mempunyai hubungan sulit dengan pembantu rumah mereka. Malah, dia berjaya menemui mereka sedang berdua-duan di dalam bilik.

‘Hangin’ satu badan, Maria pun berlari kedalam garaj dan mengambil cangkul…lalu ‘dicangkulnya’ kepala suaminya itu . Cangkul tersebut tertusuk TEPAT di kepala suaminya. Suaminya telah di bawa ke hospital selepas kejadian berkenaan.



Pembedahan itu mengambil masa selama 6 jam dan ajaibnya, dia hidup serta dalam keadaan stabil.
Dia menjalani kehidupan macam biasa selepas sembuh. Tetapi bagaimana pula dengan nasib Maria?






Kreatif!! Alatan Yang Dicipta Oleh Banduan Dalam Penjara


Alatan ganas ini telah dijumpai dan dirampas daripada banduan Jerman. Rekaan mereka ini adalah untuk membuat penginapan mereka lebih selesa dan menjamin keselamatan di dalam penjara…memang dasyat banduan orang barat ni…




17 Fakta Unik Tangan Kidal



1. Menurut statistik, dari sebuah populasi, 15% daripadanya adalah kidal. Lelaki biasanya dua kali lebih cenderung menjadi kidal berbanding wanita.

2. Orang kidal memiliki kemungkinan lebih besar untuk mejadi jenius. 20% dari jumlah anggota organisasi MENSA, sebuah organisasi untuk manusia dengan IQ tertinggi di dunia, dilaporkan kidal.

3. Jika anda seorang lelaki, kidal, dan masih belajar, maka diperkirakan anda akan 15% lebih kaya daripada lelaki yang tidak kidal. Sekiranya sudah tamat kuliah, lelaki kidal akan 20% lebih kaya!

4. Walaupun begitu orang kidal memiliki kecendrungan lebih tinggi untuk ketagih rokok dan alkohol.

5. Jika kedua orang tua kidal, maka ada kemungkinan 50% keturunan mereka juga akan kidal. Sebaliknya, jika kedua orang tua tidak kidal, kemungkinan tadi akan turun menjadi 2% sahaja.

6. Pakar psikologi dari Universiti Queen di Belfast menyatakan bahawa kucing betina cenderung tidak kidal, sementara kucing jantan cenderung kidal (siapa sangka, kucing boleh kidal juga!).

7. Entah mengapa, orang kidal katanya lebih tidak suka buku berjilid dibandingkan dengan mereka yang bukan kidal.

8. Orang kidal dapat merespon stimulasi (rangsangan) dengan lebih baik sehingga kebanyakan orang kidal juara dalam bermain game.

9. Semakin tua seorang wanita mengandung dan melahirkan, semakin besar kemngkinan anaknya lahir kidal.

10. 4 dari 5 desainer komputer Mac dilaporkan kidal.

11. Menurut sebuah kajian, orang kidal hidupnya 9 tahun lebih pendek dibandingkan dengan mereka yang bukan kidal.

12. Orang kidal lebih cenderung atletik, memiliki kesedaran yang lebih istimewa dan berfikir lebih cepat.

13. Menurut sebuah kajian yang dilakukan oleh Dr Alan Searleman dari St Lawrence University di New York, menunjukkan bahawa orang kidal mampu mendukung sisi kiri tubuhnya untuk semua kegiatan fisikal. Orang kidal juga dua kali lebih berjaya dalam penyelesaian masalah dan memiliki IQ lebih tinggi dari orang yang aktif dengan tangan kanan.

14. Orang dengan tangan kidal relatif lebih cerdas daripada bukan kidal (Guardian UK)

15. Orang Kidal lebih mudah mengawal emosi dibandingkan dengan bukan kidal (National Geographic)

16. Jumlah orang Kidal meningkat pesat setelah tahun 1910 (BBC)

17. Orang Kidal sehingga kini berjumlah sekitar 10% dari seluruh populasi dunia (National Geographic)




Pasangan Gay Melayu Bangga Pamer Bukti Cinta Selamanya Di Youtube!


Suatu ketika dahulu, hubungan cinta terlarang seperti homoseksual dianggap tabu dalam masyarakat kita.

Pendek kata, memang berani matilah jika ada pasangan gay atau lesbian yang mengaku secara terang-terangan mengenai hubungan mereka.

Namun sekarang tidak lagi apabila ada di kalangan mereka yang sudah semakin berani mencanang hubungan jijik itu seperti yang dilakukan pasangan gay, Qied Nazz dan Syakie Syah.

Video ‘keindahan alam percintaan’ kedua-duanya dapat disaksikan di laman YouTube dengan tajuk “Qied Nazz & Syakie Syah – “GAY”licious Yang Terindah Is Love”.

Pasangan ini juga menggunakan panggilan ‘hubby’ dan ‘daddy’ berdasarkan minit ke 0:39.

Tidak diketahui sama ada video itu dimuat naik sendiri oleh pasangan tersebut atau pihak lain, namun kami percaya video itu dibuat sendiri oleh mereka.

Ini dibuktikan melalui sebaris ayat pada minit terakhir video tersebut iaitu, “Thank’s to whacting present video from us ; Syakie Syah & Qied Nazz”.

Abaikan kesilapan ejaan kerana itulah yang mereka sampaikan melalui video yang sangat ‘romantis’ ini.
Penulis percaya, sokongan daripada ramai pihaklah yang menjadikan gejala songsang ini semakin berleluasa.

Jika diperhatikan di laman sosial, siap ada komen-komen yang mendoakan kebahagian pasangan homoseksual kerana merasakan ia merupakan hak mereka.

Hak bercinta, hak kami katanya. Hai, nampaknya semakin hebat teknologi, semakin cetek akal dan fikiran sesetengah manusia.