Sunday, 16 August 2015

Tanda Jelas Kita BERADA DIPENGHUJUNG ZAMAN yang WAJAR KITA semua tahu...

Sedutan syarahan Sheikh Hamza Yusuf di Malaysia berkenaan beberapa hadith fitnah akhir zaman - dan tanda-tanda hari kiamat [Al 'Alamatus sa'ah].

Ibnu Mas'ud berkata kepada Rasulullah saw, " Apakah hari kiamat itu terdapat terdapat padanya tanda yang dapat kita ketahui sebelumnya?"

Kata baginda saw," Ya benar Ibnu Mas'ud."

Dan orang muslim perlu tahu akan tanda-tanda ini, supaya boleh mengenalinya apabila mereka melihat tanda-tanda tersebut. Terdapat banyak tanda-tandanya.

Salah satu antara tandanya ialah, kanak-kanak menjadi bengis, dan hujan menjadi panas atau berasid, hujan berasid. Orang-orang jahat menjadi semakin ramai.

Wahai Ibnu Mas'ud sungguh antara tanda kiamat itu, pendusta dianggap jujur dan sedangkan orang yang jujur dikatakan pendusta. Manakala pengkhianat diberi kepercayaan. Orang-orang bersikap benar pula dikatakan pengkhianat. Semua ini adalah tanda-tandanya.

Wahai Ibnu Mas'ud sungguh antara tanda kiamat itu, pinggan (piring) saling berhubungan secara terus-menerus. Dan silaturahim semakin terputus...

Inilah suatu tanda mukjizat Nabi saw yang sangat jelas. Kata Baginda saw, pinggan (piring) saling berhubungan secara terus-menerus. Dan Rasulullah saw menggunakan istilah memang digunakan dalam komunikasi satellit iaitu, "muwasalat".

Dan orang mula memutuskan silaturahim, Dengan lain perkataan orang hanya duduk dirumah menonton TV dari piring satelit dan tidak lagi memperdulikan jiran-jiran mereka. Ini merupakan Hadith yang menakjubkan bagi saya.

Wahai Ibnu Mas'ud sungguh antara tanda kiamat itu, kamu akan melihat orang-orang munafiq memerintah. Pasar dikuasai oleh orang-orang paling rosak.

Wahai Ibnu Mas'ud sungguh antara tanda kiamat itu, masjid dihias, sedangkan hati-hati itu rosak. Mereka solat dimasjid tapi tidak dapat membersihkan jiwa mereka.

Wahai Ibnu Mas'ud sungguh antara tanda kiamat itu, seorang muslim dari satu suku adalah lebih hina dari kambing yang hodoh (langsung tidak dipedulikan).


Wahai Ibnu Mas'ud sungguh antara tanda kiamat itu, seorang laki-laki cukup dengan laki-laki (homosexuality) dan perempuan cukup dengan perempuan (lesbianism) yang menjadi berleluasa. Dan baginda berkata kamu akan lihat orang-orang muda mempunyai kemewahan berlimpah-ruah. Seperti Zuckerberg menjadi multi bilionair belumpun berumur 30 tahun.


Kamu akan melihat adanya pergerakan-pergerakan yang merosakan wanita. Wahai Ibnu Mas'ud sungguh antara tanda kiamat itu, kamu akan lihat perosak dunia akan dimakmurkan. Kamu akan lihat kehancuran tamadun.


Wahai Ibnu Mas'ud sungguh antara tanda kiamat itu, bahawa peralatan muzik akan tersebar luas. (dari hadith yang lain) Bahawa alat-alat muzik berada pada kepala mereka. Bagaimana Baginda saw tahu mengenainya? Itulah yang telah dinyatakan, saya tidak mengada-adakannya. Telah dikatakan bahawa " على روءوسهم بالمعازف". Bahawa alat-alat muzik berada pada kepala mereka. Tiada siapa yang mungkin dapat memahaminya pada ketika itu. Tetapi sekarang kita dapat melihatnya, mereka ini berada dimana-mana saja.


Dan akan dilihat banyaknya anggota polis. Dan juga banyaknya para pencela dan pengolok-olok (pelawak). Lihat saja banyak rancangan TV yang menunjukkan orang-orang saling diperolokan dan ditertawakan.


Wahai Ibnu Mas'ud sungguh antara tanda kiamat itu, kamu akan lihat ramainya anak-anak luar nikah. Dinegara saya (USA) sekarang melebihi 50%. Menakjubkan...


(Dalam hadith yang lain) Rasulullah saw telah bersabda, akan ditunjukkan fitnah pada hati manusia seperti tikar yang dianyam. Dua garisan sulam menyulam, secara menegak dan mendatar. Inilah fitnah yang dipaparkan di TV. Ianya ibarat tikar yang dianyam "كالحصير". Dan beginilah syaitan-syaitan merosakkan hati manusia. Dengan memaparkan fitnah-fitnah ini melalui filem dan TV. Ia ditayangkan berulang kali hingga mereka menjadi terbiasa dengan keganasan. Sehingga ia menjadi perkara biasa dan dipandang ringan.


Dan Rasulullah saw bersabda, terdapat dua jenis manusia penghuni neraka yang aku tidak pernah lihat. Kamu akan lihat manusia dengan cemeti seperti ekor sapi. Dengannya mereka memukul orang. Dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang. Mereka berjalan berlenggang-lenggok untuk menarik perhatian orang kepadanya. Rambut mereka seperti bonggol unta. Ya Allah, ternyata kebenaran sabda Rasulullah saw. Rambut mereka seperti bonggol unta. Ia bukanlah unta yang biasa diternak oleh orang-orang Arab. Unta Bactrian ini asal dari Parsi. Mereka pernah melihat dan tahu mengenainya. Mereka dua golongan ini tidak akan masuk syurga. Katakan, amat benarlah sabda Rasulullah saw.


(Dalam hadith yang lain) Satu golongan dari umatku akan minum arak. Mereka namakan arak bukan dengan namanya. Katakan اعوذبالله من الشيطان الرجيم . Ya Allah telah aku sampaikan pesanan ini.


Berikut adalah petikan hadith tersebut;

Dari ‘Abdullah bin Mas’ud radhiallahu 'anhu berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam apakah hari Kiamat itu terdapat tanda yang dapat kita ketahui sebelumnya?” Maka Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam menjawab, “Ya.”

Kemudian Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,
“Wahai Ibnu Mas’ud, sesungguhnya hari Kiamat itu memiliki tanda-tanda, dan diantara tandanya adalah:
– Anak-anak yang bengis,
– Curahan hujan berasid,
– Orang-orang jahat semakin membanjir (banyak),

Wahai Ibnu Mas’ud, sungguh diantara tanda hari Kiamat itu:
– Pendusta disebut jujur,
– Orang jujur disebut pendusta,

Wahai Ibnu Mas’ud, sungguh diantara tanda hari Kiamat itu:
– Pengkhianat diberi kepercayaan,
– Orang yg dipercayai pula disebut pengkhianat,

Wahai Ibnu Mas’ud, sungguh diantara tanda hari Kiamat itu:– Piring-piring (satelit) yang (berkomunikasi) secara bersambungan di antaranya,
– Silaturahim semakin terputus,

Wahai Ibnu Mas’ud, sungguh diantara tanda hari Kiamat itu:
– Suku pemimpin dilantik dari golongan orang-orang munafiq,– Pasar semakin dipenuhi oleh seburuk-buruk manusia.

Wahai Ibnu Mas’ud, sungguh diantara tanda hari Kiamat itu:
– Masjid dihias, sedangkan hati-hati itu rosak..

Wahai Ibnu Mas’ud, sungguh diantara tanda hari Kiamat itu:
– Seorang mu’min dalam suatu suku adalah lebih hina dari kambing yang hodoh

Wahai Ibnu Mas’ud, sungguh diantara tanda hari Kiamat itu:
– Seorang laki-laki cukup dengan laki-laki, dan wanita cukup dengan wanita (homoseksualiti berleluasa)

Wahai Ibnu Mas’ud, sungguh diantara tanda hari Kiamat itu:
– Masjid semakin banyak jumlahnya
– Mimbar ditinggikan

Wahai Ibnu Mas’ud, sungguh diantara tanda hari Kiamat itu:
– Perosak-perosak dunia dimakmurkan,
– Pemakmur tamaddun dunia yang sebenarnya dirosakkan

Wahai Ibnu Mas’ud, sungguh diantara tanda hari Kiamat itu:
– Tampak peralatan muzik semakin nyata,
– Arak/Khamar diminum,
Wahai Ibnu Mas’ud, sungguh diantara tanda hari Kiamat itu:
– Banyaknya polis,
– Banyaknya pencela, banyaknya pengolok-olok,
Wahai Ibnu Mas’ud, sungguh diantara tanda hari Kiamat itu:
– Banyaknya anak zina.

Aku berkata (‘Atiy As Sa’diy radhiallahu 'anhu), “Wahai Abu Abdurrahman, apakah mereka itu Muslimun?” Beliau (‘Abdullah bin Mas’ud radhiallahu 'anhu) menjawab. “Ya.” Aku berkata, “Wahai Abu Abdurrahman, apakah Al Qur’an ditengah-tengah mereka?” Beliau menjawab, “Ya.” Aku berkata, “Wahai Abu Abdurrahman, bilakah itu?”
Beliau menjawab, “Akan datang pada manusia suatu zaman, dimana seseorang menceraikan isterinya, kemudian memungkiri cerainya, tetapi tetap menjima’-nya, maka keduanya adalah pelacur selama melakukan itu.” [Hadits Riwayat Imam Ath Thabarani no: 10405 dalam “Al Mu‘jamul Kabir”]

Rujukan:
http://library.islamweb.net/hadith/display_hbook.php?bk_no=747&pid=373019&hid=2062


Thursday, 10 October 2013

Pelik ! Ulat Bulu Berwajah Hello Kitty Ditemui di China


Hello Kitty, salah satu watak kad kucing paling terkenal di dunia, mempunyai banyak peminat fanatik di Jepun dan banyak negara lain di dunia. Tapi siapa sangka bahawa akan ada mahkluk dengan wajah menyerupai Hello Kitty?

Sebuah laman 'The Featured Creature' baru-baru ini memaparkan ulat bulu dari China dari jenis rama-rama Bush Brown, yang mempunyai wajah yang kelihatan sangat mirip dengan Hello Kitty.

Dengan telinga kucing runcing dan wajah berbentuk kucing, larva aneh ini boleh didapati merangkak di sepanjang daun di hutan hujan di China . Setelah berubah menjadi rama-rama, sayap rama-rama itu juga berbentuk seperti mata kucing.








GELI !! Tikus Gergasi Seberat 5kg Ditangkap di China


Seekor tikus gergasi seberat lebih lima kilogram ditangkap petani Cina di Shaoyang, Hunan, China.

Tikus seberat 10 kali ganda daripada tikus biasa itu pertama kali dikesan selepas memakan ikan seberat tiga kilogram dari sebuah kolam di kampung Shaoyang yang selama ini mengganggu ketenteraman penduduk kampung.

Menurut media tempatan, selepas dibunuh petani menghadapi kesukaran untuk menyiangnya kerana kulit dan tulang yang tebal.

"Dua bilah pisau patah semasa mereka cuba memasaknya," menurut laporan itu kepada Daily Mail.

Tikus merupakan makanan tradisional di Guangdong, selatan China dan dipercayai tiga kali lebih berkhasiat berbanding ayam.






Mesin ATM Pertama Didunia Mengeluarkan Syiling Emas!


Sebuah syarikat berasal dari Jerman hadir dengan inovasi baru: Gold to Go Machine, mesin penjual emas pertama yang hanya boleh didapati di Dubai Mall, UAE.

Mesin itu dijaga oleh pengawal bersenjata lengkap, ATM berkilauan warna emas ini mengeluarkan emas 24 karat dalam 320 bentuk yang berbeza, dari jongkong emas , syiling perhiasan dengan berat yang berbeza-beza.

Mesin ATM ini juga dilengkapi dengan skrin sentuh untuk navigasi. Ex Oriente Lux, penemu Gold to Go, memprogram mesin untuk mengemaskini harganya setiap 10 minit untuk mendapat nilai pasaran terkini.








Wednesday, 9 October 2013

40 Kesilapan Ibubapa Dalam Mendidik Anak-anak


Anak-anak adalah harta yang paling berharga. Merekalah pewaris kita yang akan mendoakan kita jika kita sudah meninggalkan dunia yang fana ini. Kesilapan mendidik anak-anak membawa padah yang besar. Menurut Pakar Motivasi Dr Hasan Hj Mohd Ali, terdapat 40 kesilapan ibubapa dalam mendidik anak-anak. Iaitu;


1) Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat.

2) Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat.

3) Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak.

4) Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak.

5) Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disaji untuk anak-anak.

6) Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan.

7) Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan.

8)Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak.

9) Kurang melahirkan kasih sayang.

10) Sering mengeluh di hadapan anak-anak.

11) Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi & pulang dari sekolah.

12) Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan.

13) Tidak memberatkan pendidikan agama dikalangan anak-anak.

14) Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak.

15) Tidak programkan masa rehat dan riadah anak-anak.

16) Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca.

17) Mengizinkan anak menjamah makanan @ minuman yang tidak halal.

18) Tidak tunjuk contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak.

19) Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak.

20) Terdapat jurang komunikasi di antara ibu bapa dan anak-anak.

21) Tidak menggunakan bahasa yang betul.

22) Suka bertengkar di hadapan anak-anak.

23) Senantiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak.

24) Tidak Membimbing Anak-anak supaya mematuhi syarat.

25) Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak.

26) Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak.

27) Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak.

28) Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak.

29) Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak.

30) Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak.

31) Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak.

32) Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak.

33) Kerap Meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan oleh anak-anak.

34) Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.

35) Sering mengancam dan menakutkan anak-anak.

36) Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan.

37) Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman keatas anak-anak.

38) Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak.

39) Tidak tegas mendidik anak-anak.

40) Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama.


Lagi Cerita Teladan Rasulullah Yang Boleh Buat Kita Tersenyum


SUATU hari Rasulullah SAW pulang dari medan jihad fisabilillah. Rasulullah pulang diiringi para sahabat. Di depan pintu gerbang kota Madinah kelihatan Aisyah ra sudah menunggu dengan penuh rindu. Rasa rindu kepada Rasulullah SAW sudah sangat terasa.

Akhirnya Rasulullah SAW tiba juga ditengah kota Madinah. Aisyah ra dengan sukacita menyambut kedatangan suami tercinta.

Tiba Rasulullah SAW di rumah dan berehat melepas lelah. Aisyah di belakang rumah sibuk membuat minuman untuk suami tercinta. Lalu minuman itu disajikan kepada Rasulullah SAW.

Beliau meminumnya perlahan hingga hampir menghabiskan minuman tersebut ,tiba-tiba Aisyah berkata,
 "Yaa Rasulullah biasanya engkau memberikan sebahagian minuman kepadaku tapi kenapa pada hari ini tidak kau berikan gelas itu?"
Rasulullah SAW diam dan hendak meneruskan meminum habis air digelas itu. Aisyah bertanya lagi,
 Yaa Rasulullah biasanya engkau memberikan sebahagian minuman kepadaku tapi kenapa pada hari ini tidak kau berikan gelas itu? "

Akhirnya Rasulullah SAW memberikan sebahagian air yang tinggal di gelas itu .Aisyah ra meminum air itu dan dia terkejut dan terus memuntahkan air itu.

Ternyata air itu terasa masin bukan manis. Aisyah baru tersedar bahawa minuman yang dia buat dicampur dengan garam bukan gula. Kemudian Aisyah ra meminta maaf kepada Rasulullah.

Bagusnya Nabi Muhammad. Dapat air masin pon diam je. Suami sekarang, orang dah masak berjam-jam, boleh merungut lagi cakap 'Takde lauk', 'Tak Sedap'.. Jadikan teladan yer Isteri & Suami...

Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com, Wallahu'alam bissawab


Antara Sebab Allah Menemukan Kita Dengan Orang Yang Salah




Ok, anda pernah kecewa kerana cinta? Ditinggalkan kekasih? Ini mungkin jawapan kepada yang berlaku kepada anda..

  • Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.
  •  memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.
  • memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.
  • memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.
  • memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan…
  • memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.
  • memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.
  • memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.
  • memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.


Wahai sahabat dan diriku yang kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya..Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan perintahNya, dan meninggalkan laranganNYA..

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA