Tuesday, 18 August 2015

Kejam!! Paus Diburu dan dibunuh beramai-ramai

  

  Memang la diorang ni kejam!! Air tu dah bertukar merah dah pun! Gila diorang masih dok bunuh paus beratus-ratus ekor!

  Apahal diorang dok bunuh semua tu??? Kata nak memelihara paus sampai generasi-generasi akan datang. Kalau asyik buat macam ni tak lama lagi paus boleh pupus laaa.

  Kegiatan memburu paus merupakan tradisi kebudayaan beratus-ratus tahun lamanya di Kepulauan Faroe yang terletak di sebuah negara kecil di Lautan Atlantik Utara di Negara Denmark. Tradisi yang dipanggil “grindadrap” iaitu memburu secara missal.

  Kalau tradisi agak-agak la juga, ni beratus-ratus ekor paus tersadai ditepi tu. orang ramai aggressive tusuk ikan paus guna benda tajam! Kesian paus-paus tu weiiii!! Kira-kira 800 paus pilot dan beberapa dolpin dibunuh dengan kejam!

  Sampai ada pihak yang try untuk hentikan kegiatan gila diorang tu pun kena asak untuk berundur. Silap-silap diorang kena tusuk pula!!


Pantai muncul ditengah padang rumput???

    
  Admin amat tertarik dengan lokasi pantai ni.Jika datang bersama keluarga kita tak perlu risau tentang anak anak kita kerana ianya satu kawasan yang terhad dan jika hanyut sekalipun kita masih boleh memantau ahli keluarga kita.
  
  Terletak jauh ke dalam pedalaman dan berada betul-betul di tengah-tengah padang rumput, Playa de Gulpiyuri adalah salah satu pantai yang paling menakjubkan di dunia.

  Pantai yang terletak berhampiran bandar Llanes di utara Sepanyol, Pantai Gulpiyuri adalah pantai kecil yang menawan berada di tengah-tengah padang rumput hijau.

  Pantai yang amat menakjubkan ini dikatakan terhasil akibat terowong bawah tanah yang bersambung dengan lautan.

  Airnya yang jernih seringkali menarik perhatian pengunjung untuk berenang ditambah pula dengan air lautnya yang sejuk akibat berada di bawah tanah sebelum keluar di Pantai Gulpiyuri.


Perkara sebenar yang perlu kita ketahui,pelajar tidak miliki pistol..

                                                                       Pelajar tidak miliki pistol    
Polis meminta orang ramai berhenti menyebarkan dakwaan berhubung kejadian dua remaja yang dikatakan mencuri pistol di sebuah rumah perlindungan di Ampangan, di sini, Isnin lalu bagi tujuan melakukan jenayah.

  Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Jaafar Mohd Yusof berkata, berita yang sudah menjadi viral dalam laman sosial itu tidak tepat.

 “Saya ingin perbetulkan fakta kejadian tersebut. Polis mendapati kejadian itu disebabkan kecuaian pengasas pusat perlindungan yang meninggalkan kereta tanpa mematikan enjin.

 “Disebabkan itu, ia membuka peluang kepada remaja terbabit mencuri apabila ternampak sebuah beg bimbit yang diletakkan dalam kereta itu,” katanya.

  Menurutnya, kejadian itu hanya kes kecurian biasa kerana pada mulanya suspek mahu mencuri wang.
“Bagaimanapun, mereka tidak sangka terdapat pistol dalam kereta dan mengambilnya. Ia bukan bertujuan melakukan jenayah,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, semalam.

  Jaafar berkata, disebabkan kecuaian itu, polis siasat dan akan mendakwa pemilik senjata berusia 50-an itu di mahkamah.“Remaja berkenaan bagaimanapun sudah diikat jamin,” katanya yang menjelaskan kes berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 35 Akta Senjata Api 1960.

sumber : Sinar Harian


Monday, 17 August 2015

Tanam mayat bersama motorsikal kesayangan.Orang islam ke???

                              


     Bak kata orang negeri Sembilan,”aka ei tah poie mano tah”(akalnya dah pegi ke mana tah)....

  Admin tak pasti la diorang ni ikut ajaran mana tapi apa yang admin boleh katakan ajaran dorang ni memang kelaut. Tak kisah la diorang ni ikut kepercayaan mana tapi kalau dah cara pengebumian tu ikut ajaran Islam so kepercayaan tu kena la tolak tepi.

  Sebab apa?? Sebab ada ka patut diorang kebumikan jenazah ini dengan sebuah motorsikal kesayangannya. Macam mana tu?? Dalam Islam takde satu harta pun boleh di bawa mati tapi yang diorang ni macam mana la boleh terpesong teruk ni.

  Ke diorang ni bukan Islam rasanya?? Tapi yang muskilnya, kalau bukan Islam kenapa ada yang bertudung??. makin pening admin haha!!!.

  Waduhhhhh..waduhhhh mengarut betul!! Kalau betul diorang ni beragama Islam, Sama sama kita doa-doakan agar mereka kembali ke pangkal jalan. Itu nasib baik motor kapcai je, kalau superbike confirm orang kebas dah.










Nyawa hampir menjadi taruhan kerana...

Nauzubillah!!!!, Kalau macam ni la sikap sesetengah pengusaha balak yang tak bertanggungjawab buat kerja, pasti cukup hari banyak nyawa yang akan melayang. Bukan apa, tengok jela cara dorang muat kayu balak dalam lori…

Kalau admin la yang jadi penunggang motosikal tue,sah sah admin tak kan potong lori ni. Kalau terpaksa sangat pun mesti dah mengucap siap-siap. Tengok jela cara diaorang yang tidak utamakan keselamatan,hanya pentingkan diri sendiri.

Sudah la lebih pada muatan, cara dorang susun pulak macam ikut suka hati jer. Dengan ikat pun ala kadar….buatnya tali tue terpus tak ke bergolek kayu balak tu kena kereta orang. Bukan setakat tue je, lori pulak dah senget semacam je sebab berat sebelah.

Subhanallah,disebabkan mengejar keuntungan,mereka sanggup membahayakan nyawa orang lain. ntah macam mana la dorang boleh terlepas dari penguatkuasa. Kalau hendak diikutkan salah ni dari segi undang-undang


Jururawat bukan ‘kerja’ tengok anu lelaki!

            Bila Jururawat mula bersuara..
                                                              Jururawat bukan ‘kerja’ tengok anu lelaki!     

TINDAKAN beberapa pelayar laman sosial yang menghina jururawat dan menuduh mereka suka melihat kemaluan pesakit lelaki mendapat perhatian seorang jururawat wanita yang bertindak membalas kembali kritikan tersebut menerusi satu perkongsian.

"Assalamualaikum Tuan Cham Cham yang dihormati. Semoga saya dan kawan-kawan nurse (jururawat) yang lain diampuni segala dosa dan pekerjaan kami diterima dan diredai ALLAH taala," kata Putry Al Wafa di laman sosial Facebooknya, semalam.

Putry bertindak membalas kenyataan pemilik akaun Tuan Cham Cham memuatnaik status yang menuduh jururawat wanita 'suka melihat kemaluan pesakit lelaki'.

"Untuk pengetahuan tuan, kami sebagai nurse wanita langsung tak hadap nak tengok kemaluan lelaki melainkan itu adalah sebahagian dari tugas kami.

"Bab-bab tugas yang lain saya tak mau cerita panjang, memandangkan tuan hanya berkata kami 'sebok nak tengok kemaluan pesakit lelaki sahaja'," tambahnya.

"Sekali lagi, saya harap Tuan faham apa yang saya nak sampaikan dan terima kasih kerana menghina," akhiri Putry dalam perkongsian tersebut.

Pada bahagian komen, Putry sekali lagi menegaskan pendirian beliau.

"Saya bukan mencari glamour apatah lagi publisiti murahan macam ni. Saya cuma fight for the right. Pertahankan profesion saya sebagai jururawat.

"Sesiapa yang bekerja seperti saya, akan faham apa yang nak saya sampaikan. Tak perlu hina kami dengan kata-kata yang boleh menjatuhkan maruah kami yang juga seorang wanita," tegasnya.

Majoriti pelayar yang dipercayai jururawat juga memberikan sokongan dan menghentam kritikan Tuan Cham Cham tersebut.

"Kenapalah prasangka negatif. Tuan Cham Cham ni.. Tugas kami merawat dan membantu.. Masya-ALLAH jangan sangka kami bukan-bukan. Tiada apa yang kami harapkan dan sangat-sangat gembira melihat pesakit kami datang dengan sakit dan pulang dengan sihat...," kata Mma Aini Ahmad .

"Adik aku, sepupu aku pun kerja jururawat. Hormatilah kerja orang. Tukang sapu sampah pun ada maruah. Inikan pula jururawat. Dunia ni bulat. Jangan bangga sangat apa yang kita ada. Tak kekal mana pun," kata Kenji Faizal.

"Biadapnya laki tu... Harap nanti dia sedar la kebodohan dia tu boleh makan diri dia," kata Fiena Annie.

Sumber : Sinar Harian



Sunday, 16 August 2015

Tanda Jelas Kita BERADA DIPENGHUJUNG ZAMAN yang WAJAR KITA semua tahu...

Sedutan syarahan Sheikh Hamza Yusuf di Malaysia berkenaan beberapa hadith fitnah akhir zaman - dan tanda-tanda hari kiamat [Al 'Alamatus sa'ah].

Ibnu Mas'ud berkata kepada Rasulullah saw, " Apakah hari kiamat itu terdapat terdapat padanya tanda yang dapat kita ketahui sebelumnya?"

Kata baginda saw," Ya benar Ibnu Mas'ud."

Dan orang muslim perlu tahu akan tanda-tanda ini, supaya boleh mengenalinya apabila mereka melihat tanda-tanda tersebut. Terdapat banyak tanda-tandanya.

Salah satu antara tandanya ialah, kanak-kanak menjadi bengis, dan hujan menjadi panas atau berasid, hujan berasid. Orang-orang jahat menjadi semakin ramai.

Wahai Ibnu Mas'ud sungguh antara tanda kiamat itu, pendusta dianggap jujur dan sedangkan orang yang jujur dikatakan pendusta. Manakala pengkhianat diberi kepercayaan. Orang-orang bersikap benar pula dikatakan pengkhianat. Semua ini adalah tanda-tandanya.

Wahai Ibnu Mas'ud sungguh antara tanda kiamat itu, pinggan (piring) saling berhubungan secara terus-menerus. Dan silaturahim semakin terputus...

Inilah suatu tanda mukjizat Nabi saw yang sangat jelas. Kata Baginda saw, pinggan (piring) saling berhubungan secara terus-menerus. Dan Rasulullah saw menggunakan istilah memang digunakan dalam komunikasi satellit iaitu, "muwasalat".

Dan orang mula memutuskan silaturahim, Dengan lain perkataan orang hanya duduk dirumah menonton TV dari piring satelit dan tidak lagi memperdulikan jiran-jiran mereka. Ini merupakan Hadith yang menakjubkan bagi saya.

Wahai Ibnu Mas'ud sungguh antara tanda kiamat itu, kamu akan melihat orang-orang munafiq memerintah. Pasar dikuasai oleh orang-orang paling rosak.

Wahai Ibnu Mas'ud sungguh antara tanda kiamat itu, masjid dihias, sedangkan hati-hati itu rosak. Mereka solat dimasjid tapi tidak dapat membersihkan jiwa mereka.

Wahai Ibnu Mas'ud sungguh antara tanda kiamat itu, seorang muslim dari satu suku adalah lebih hina dari kambing yang hodoh (langsung tidak dipedulikan).


Wahai Ibnu Mas'ud sungguh antara tanda kiamat itu, seorang laki-laki cukup dengan laki-laki (homosexuality) dan perempuan cukup dengan perempuan (lesbianism) yang menjadi berleluasa. Dan baginda berkata kamu akan lihat orang-orang muda mempunyai kemewahan berlimpah-ruah. Seperti Zuckerberg menjadi multi bilionair belumpun berumur 30 tahun.


Kamu akan melihat adanya pergerakan-pergerakan yang merosakan wanita. Wahai Ibnu Mas'ud sungguh antara tanda kiamat itu, kamu akan lihat perosak dunia akan dimakmurkan. Kamu akan lihat kehancuran tamadun.


Wahai Ibnu Mas'ud sungguh antara tanda kiamat itu, bahawa peralatan muzik akan tersebar luas. (dari hadith yang lain) Bahawa alat-alat muzik berada pada kepala mereka. Bagaimana Baginda saw tahu mengenainya? Itulah yang telah dinyatakan, saya tidak mengada-adakannya. Telah dikatakan bahawa " على روءوسهم بالمعازف". Bahawa alat-alat muzik berada pada kepala mereka. Tiada siapa yang mungkin dapat memahaminya pada ketika itu. Tetapi sekarang kita dapat melihatnya, mereka ini berada dimana-mana saja.


Dan akan dilihat banyaknya anggota polis. Dan juga banyaknya para pencela dan pengolok-olok (pelawak). Lihat saja banyak rancangan TV yang menunjukkan orang-orang saling diperolokan dan ditertawakan.


Wahai Ibnu Mas'ud sungguh antara tanda kiamat itu, kamu akan lihat ramainya anak-anak luar nikah. Dinegara saya (USA) sekarang melebihi 50%. Menakjubkan...


(Dalam hadith yang lain) Rasulullah saw telah bersabda, akan ditunjukkan fitnah pada hati manusia seperti tikar yang dianyam. Dua garisan sulam menyulam, secara menegak dan mendatar. Inilah fitnah yang dipaparkan di TV. Ianya ibarat tikar yang dianyam "كالحصير". Dan beginilah syaitan-syaitan merosakkan hati manusia. Dengan memaparkan fitnah-fitnah ini melalui filem dan TV. Ia ditayangkan berulang kali hingga mereka menjadi terbiasa dengan keganasan. Sehingga ia menjadi perkara biasa dan dipandang ringan.


Dan Rasulullah saw bersabda, terdapat dua jenis manusia penghuni neraka yang aku tidak pernah lihat. Kamu akan lihat manusia dengan cemeti seperti ekor sapi. Dengannya mereka memukul orang. Dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang. Mereka berjalan berlenggang-lenggok untuk menarik perhatian orang kepadanya. Rambut mereka seperti bonggol unta. Ya Allah, ternyata kebenaran sabda Rasulullah saw. Rambut mereka seperti bonggol unta. Ia bukanlah unta yang biasa diternak oleh orang-orang Arab. Unta Bactrian ini asal dari Parsi. Mereka pernah melihat dan tahu mengenainya. Mereka dua golongan ini tidak akan masuk syurga. Katakan, amat benarlah sabda Rasulullah saw.


(Dalam hadith yang lain) Satu golongan dari umatku akan minum arak. Mereka namakan arak bukan dengan namanya. Katakan اعوذبالله من الشيطان الرجيم . Ya Allah telah aku sampaikan pesanan ini.


Berikut adalah petikan hadith tersebut;

Dari ‘Abdullah bin Mas’ud radhiallahu 'anhu berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam apakah hari Kiamat itu terdapat tanda yang dapat kita ketahui sebelumnya?” Maka Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam menjawab, “Ya.”

Kemudian Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,
“Wahai Ibnu Mas’ud, sesungguhnya hari Kiamat itu memiliki tanda-tanda, dan diantara tandanya adalah:
– Anak-anak yang bengis,
– Curahan hujan berasid,
– Orang-orang jahat semakin membanjir (banyak),

Wahai Ibnu Mas’ud, sungguh diantara tanda hari Kiamat itu:
– Pendusta disebut jujur,
– Orang jujur disebut pendusta,

Wahai Ibnu Mas’ud, sungguh diantara tanda hari Kiamat itu:
– Pengkhianat diberi kepercayaan,
– Orang yg dipercayai pula disebut pengkhianat,

Wahai Ibnu Mas’ud, sungguh diantara tanda hari Kiamat itu:– Piring-piring (satelit) yang (berkomunikasi) secara bersambungan di antaranya,
– Silaturahim semakin terputus,

Wahai Ibnu Mas’ud, sungguh diantara tanda hari Kiamat itu:
– Suku pemimpin dilantik dari golongan orang-orang munafiq,– Pasar semakin dipenuhi oleh seburuk-buruk manusia.

Wahai Ibnu Mas’ud, sungguh diantara tanda hari Kiamat itu:
– Masjid dihias, sedangkan hati-hati itu rosak..

Wahai Ibnu Mas’ud, sungguh diantara tanda hari Kiamat itu:
– Seorang mu’min dalam suatu suku adalah lebih hina dari kambing yang hodoh

Wahai Ibnu Mas’ud, sungguh diantara tanda hari Kiamat itu:
– Seorang laki-laki cukup dengan laki-laki, dan wanita cukup dengan wanita (homoseksualiti berleluasa)

Wahai Ibnu Mas’ud, sungguh diantara tanda hari Kiamat itu:
– Masjid semakin banyak jumlahnya
– Mimbar ditinggikan

Wahai Ibnu Mas’ud, sungguh diantara tanda hari Kiamat itu:
– Perosak-perosak dunia dimakmurkan,
– Pemakmur tamaddun dunia yang sebenarnya dirosakkan

Wahai Ibnu Mas’ud, sungguh diantara tanda hari Kiamat itu:
– Tampak peralatan muzik semakin nyata,
– Arak/Khamar diminum,
Wahai Ibnu Mas’ud, sungguh diantara tanda hari Kiamat itu:
– Banyaknya polis,
– Banyaknya pencela, banyaknya pengolok-olok,
Wahai Ibnu Mas’ud, sungguh diantara tanda hari Kiamat itu:
– Banyaknya anak zina.

Aku berkata (‘Atiy As Sa’diy radhiallahu 'anhu), “Wahai Abu Abdurrahman, apakah mereka itu Muslimun?” Beliau (‘Abdullah bin Mas’ud radhiallahu 'anhu) menjawab. “Ya.” Aku berkata, “Wahai Abu Abdurrahman, apakah Al Qur’an ditengah-tengah mereka?” Beliau menjawab, “Ya.” Aku berkata, “Wahai Abu Abdurrahman, bilakah itu?”
Beliau menjawab, “Akan datang pada manusia suatu zaman, dimana seseorang menceraikan isterinya, kemudian memungkiri cerainya, tetapi tetap menjima’-nya, maka keduanya adalah pelacur selama melakukan itu.” [Hadits Riwayat Imam Ath Thabarani no: 10405 dalam “Al Mu‘jamul Kabir”]

Rujukan:
http://library.islamweb.net/hadith/display_hbook.php?bk_no=747&pid=373019&hid=2062