Thursday, 20 August 2015

Obor Obor Raksasa yang tidak disukai oleh penyelam dan nelayan.






Fakta yang perlu kita ketahui tentang Obor Obor Atau JellyFish.

  Jellyfish pertama kali ditemui sekitar 650 juta tahun yang lalu dan ditemui di setiap permukaan laut. jgn tak tau..ia juga ditemui banyak di dlm kawasan air tawar.

  Obor-obor bukanlah spesis ikan, banyak orang keliru tentang obor-obor nie, Oleh sbb itu American Public Aquariums telah mempopulerkn penggunaan istilah jeli laut (sea jellies) sebagai gantinya.
Pada umumnya sekelompok atau sekawan obor-obor ini disebut dengan istilah bloom atau swarm.

Obor-obor tidak memiliki sistem pernafasan kerana kulit mereka cukup nipis dan tubuhnya telah berisi oksigen difusi.

  Obor-obor tidak mempunyai otak atau sistem saraf pusat, tetapi obor-obor memiliki jaringan saraf yang longgar, yang terletak di epidermis, yang juga disebut sebagai "jaring saraf."

  Obor-obor terdiri dari lebih 90% air. Sebahagian besar bahagian payung mereka adalah bahan agar-agar (jeli) yang disebut mesoglea, yang dikelilingi oleh dua lapisan sel yang membentuk payung (permukaan atas). Sedangkan bahagian permukaan bawah tubuhnya dikenal dengan sebutan bel.

  Obor - Obor memiliki sistem pembiakan yang unik, iaitu samaada jantan atau betina, kedua-duanya akan melepaskan sperma dan telur ke dalam air sekitarnya, di mana telur yang telah matang akan tumbuh menjadi organisme baru.

  Obor-obor memiliki racun yang boleh mematikan dan telah menyebabkan setidaknya 5568 kematian sejak 1954. Setiap tentakel memiliki sekitar 500 000 harpun sindasites yang berbentuk jarum yang menyuntikkan bisa ke korban.

  Spesis obor-obor terbesar adalah jenis bersurai singa (the lion’s mane jellyfish). obor-obor ini adalah salah satu haiwan yang dikenali terpanjang dan terbesar yang memiliki bel (tubuh) dengan diameter 2,3 m (7 kaki 6 inci) dan tentakel mencapai 36,5 m (120 kaki)...wahh..besar betul tue =).. spesis obor-obor ini pernah ditemui terdampar di pantai teluk massachusetts pada tahun 1870


Penangkapan ARAPAIMA Di Amerika Selatan







Memancing  Ikan yang dikenali sebagai Arapaima di kawasan Brazil. Ikan jenis ini adalah ikan air tawar yang terbesar di Amerika Selatan.Jom kita tengok aktiviti penduduk di sana….


Jom Kita Tengok Apa Di Penghujung Tembok Besar China.





  

  Tembok Besar China adalah salah satu daripada 7 keajaiban senibina dunia.
Namanya terkenal di seluruh dunia, dan menjadi lokasi pelancongan wajib bagi sesiapa yang mengunjugi China.Tetapi adakah anda tahu dimanakah terletaknya hujung Tembok China?

  Tembok Besar yang kita lihat hari ini ialah hasil pembangunan Dinasti Ming.Bahagian dalam tembok berisi tanah yang bercampur dengan batu-batan.Bahagian atasnya dibuat jalan utama untuk pasukan berkuda Negeri China.Ia lebih kukuh dan tahan lebih lama.Fungsi utama tembok ini ialah untuk menahan serangan puak-puak nomad dari utara.

  Tembok ini memanjang lebih dari 20,000 kilometer, membelah dataran luas dan gunung-ganang China.Selain Top Lake di sebelah barat, hujung lainnya terletak di Shanhaiguan.
  Berada di timur China, Shanhaiguan dijuluki sebagai Old Dragon `s Head atau disebut juga Laolongtou.Hujungnya terapung di permukaan Laut Bohai.Tempat ini juga menjadi destinasi pelancongana kerana di atasnya terdapat menara pemantau dan sebuah kuil.

  Shanhaiguan atau Shanhai Pass terletak dekat Bandar Qinhunangdao, 300 kilometer sebelah timur Beijing.Shanhai Pass memanjang 5 kilometer, bermuara terus ke laut Bohai.


Wednesday, 19 August 2015

JONGKONG EMAS DITEROWONG JEPUN, DIJUMPAI DI KUNAK???







  Penemuan Terowong Jepun di Ladang Sime Darby, Kunak.Tanah ladang kelapa sawit tiba2 runtuh dan pekerja ladang sawit bertempiaran lari.Apabila di periksa di bawah runtuhan ada terowong Jepun.Emas di jumpai dlm bentuk jongkong bertulis Sumatera tarikh 24.08.1941 & 999..Apa pun admin masih menunggu berita kesahihannya.



Kehidupan Anak-Anak Jalanan Di Bangladesh



  




  Realiti kehidupan di negara bangladesh.mungkin inilah yang menjadi kekuatan mereka untuk bekerja dengan lebih kuat lagi di perantauan.Mungkin ramai berpendapat admin terlepas pandang pada golongan mampu di bangladesh tetapi tujuan sebenar admin adalah perkongsian ini untuk dikongsikan pada anak anak kita yang terlalu dimanjakan sehingga mereka tidak merasai kesusahan seperti zaman admin dan lain lain sehabat semua.

  Mungkin perkongsian ini dapat memberi sesuatu kesan di hati anak anak kita tentang kehidupan yang sebenar.Betapa susahnya mak dan ayah mencari rezeki,meninggalkan keluarga demi memberi sedikit keselesaan pada ahli keluarga.

  Zaman sekarang anak anak hanya dapat melihat,mendengar keluahan ibu bapa tetapi mereka tidak berpeluang untuk turun sama merasai saat bekerja seperti zaman kita dulu dulu.Jika sesiapa yang datang dari felda,mungkin merasai suasana cuti hujung minggu didalam kebun getah...


IKAN TUNA GERGASI 4116 KG!!!!.









Inilah ikan Tuna Gergasi yang di tangkap oleh Donna Pasqua 56 tahun….seberat 411.6Kg di New Zealand..Hanya dengan joran sahaja,berjaya menewaskan ikan gergasi ini..



Tuesday, 18 August 2015

Ular Sawa Gila Makan Landak???



Kali ni memang silap besar ular sawa ni.Ini baru buku bertemu ruas.bagi dua makhluk ni adil dan saksama.dua dua mati.Menurut laporan,Ular sawa ini telah pun mati kesan dari memakan landak ini.