Friday, 21 August 2015

Bakal Ustaz dan Ustazah tewas dengan NAFSU di Hotel Bajet.


sekadar Gambar hiasan.

  Walaupun berpenampilan alim dengan mengenakan kopiah dan bertudung hijab, namun itu bukan jaminan buat sepasang kekasih mampu melawan hawa nafsu mereka.
 
  Pasangan yang ditangkap oleh penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) itu kelihatan alim dengan lengkap berkopiah serta bertudung labuh seakan-akan orang yang warak agamanya.

  Gadis berhijab tersebut baru melangkau umur 17 dan lelaki yang berkopiah berumur 20 tahun itu ditahan anggota penguat kuasa JAWI di sebuah hotel di Brickfields di sini, jam 1 pagi kelmarin.

  Lebih memalukan suspek lelaki dikatakan menuntut di universiti awam dalam jurusan pengajian Islam, manakala pasangannya di sebuah universiti swasta di Lembah Klang.

  Ketua Penguat kuasa JAWI Wan Jaapar Wan Ahmad berkata, pihaknya mengambil masa 10 minit mengetuk pintu bilik hotel dihuni pasangan itu.

  Kedua-dua penuntut universiti tersebut berada didalam keadaan separuh bogel ketika pintu dibuka sebelum memakai pakaian masing-masing selepas diarahkan berbuat demikian. Gadis tersebut berada dibawah selimut dalam keadaan ketakutan ketika Penguatkuasa agama memperkenalkan diri mereka.

Sumber : Utaranews


5 FASA KEHIDUPAN YANG PERLU KITA KETAHUI!!!


Selepas kewafatan Nabi Adam as, zaman kenabian silih berganti sehingga ke zaman Nabi Muhammad saw. Baginda merupakan rasul yg terakhir dilantik Allah swt. Bermakna zaman baginda merupakan zaman terakhir dalam sejarah peradaban manusia. Tiada lagi Rasul yg akan memerintah selepas Baginda maka sudah tentu kiamat akan terjadi pada zaman rasul terakhir ini. Dalam zaman pemerintahan nabi terakhir ini, terdapat pecahan lima fasa sebelum sampai ke pengakhiran ketamadunan manusia dan seluruh isi alamnya.

Berikut adalah LIMA FASA akhir zaman seperti yg telah diceritakan oleh Nabi Muhammad saw :

Fasa PERTAMA : Mengikut Rasulullah saw, fasa pertama dalam akhir zaman ini adalah fasa ketika Nabi Muhammad masih lagi hidup. Adakah zaman ini sudah berlalu? The answer is YES.

Fasa KEDUA : Fasa kedua adalah fasa di mana zaman pemerintahan adalah mengikut cara kenabian. Pada zaman ini, kita dapat lihat bahawa umat Islam diperintah oleh empat Khulafa' Ar Rasyidin. Adakah zaman ini sudah berlalu? The answer is YES.

Fasa KETIGA : Fasa ketiga pula adalah fasa di mana pemerintahan dilakukan oleh kerajaan yang menggigit. Perkataan 'menggigit' seperti yg dimaksudkan dalam hadis nabi itu adalah bermaksud mereka hanya menyerahkan kekuasaan mereka kepada keturunan mereka. Pada fasa ini, kita dapat lihat kerajaan Umaiyah, Abbasiyah dan Uthmaniyah adalah berkuasa dengan menggunakan sistem monarki. Adakah zaman ini sudah berlalu? The answer is YES.

Fasa KEEMPAT : Fasa keempat adalah zaman di mana dunia diperintah oleh pemimpin yang sombong dan bermaharajalela. Adakah zaman ini sudah berlalu? The answer is NO. sebab zaman itu adalah zaman sekarang.

Fasa KELIMA : Pada fasa yg terakhir ini, dunia akan kembali diperintah mengikut cara Nabi berasaskan syariat Islam. Adakah zaman ini sudah berlaku? The answer is NO.


Setelah Nabi habis bercerita tentang fasa yg kelima, Baginda terus diam dan bersedih. Dan diam itu menandakan bahawa SEJARAH MANUSIA TELAHPUN TAMAT.

Rasulullah pernah mengingatkan umatnya yg akan hidup dalam fasa yg keempat bahawa pada fasa ini akan datangnya satu fitnah. Fitnah yg paling besar dalam sejarah ketamadunan hidup manusia. Fitnah apa? Ya. Fitnah Al Masih Ad Dajjal nauzubillah.

INSYALLAH NANTIKAN KUPASAN ISTILAH MATA DAJJAL BERMATA SATU,APA KAITAN KEMUNCULAN DAJJAL DARI BUKIT,ADAKAH DAJJAL SEJENIS RAKSASA ATAU MANUSIA?...


Wanita Islam mengaku kafir lepas kahwin dengan mat salleh.???



Jika ikut orang melayu kalau langgar adat, mesti ramai orang menghentam. Tapi kalau tak ikut hukum takpe pulak haha!..pening admin memikirkan...Sekarang ni muncul beberapa keping gambar perkahwinan wanita cantik ini, tapi masalahnya wanita ini dikatakan beragama islam tetapi berkawin mengikut adat orang barat.

Perhhhhhh ikut cara orang Kristian ??? Mungkin la dah nama pun kawin dengan mat salleh, bila kenduri sebelah lelaki mesti la nak ikut cara diorang kan. Tapi perlu ke sampai nak potong kek pun kena bercium depan orang ramai?.

Mungkin alasan "aku diluar negara" kot...so takpe la…apadahal takde sapa-sapa kisah pun setakat tu je,

Tapi admin tengok diorang ni masuk Islam ke tak masuk Islam ke life diorang macam takde beza, Hurmmmm ntah la, lebih dahsyat pengantin wanita tu siap mengaku kafir bila follower Instagram perli dia.

Cuma sedikit pesan admin,kita tunggu pengesahan dari tuan badan.kita jangan buat tuduhan melulu.Mungkin ada sesuatu yang kita tidak tahu atau pun tuan badan ni yang tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku.sama sama kita tunggu pengesahan dari tuan badan yea.

Sumber : Utaranews.com


Thursday, 20 August 2015

Obor Obor Raksasa yang tidak disukai oleh penyelam dan nelayan.






Fakta yang perlu kita ketahui tentang Obor Obor Atau JellyFish.

  Jellyfish pertama kali ditemui sekitar 650 juta tahun yang lalu dan ditemui di setiap permukaan laut. jgn tak tau..ia juga ditemui banyak di dlm kawasan air tawar.

  Obor-obor bukanlah spesis ikan, banyak orang keliru tentang obor-obor nie, Oleh sbb itu American Public Aquariums telah mempopulerkn penggunaan istilah jeli laut (sea jellies) sebagai gantinya.
Pada umumnya sekelompok atau sekawan obor-obor ini disebut dengan istilah bloom atau swarm.

Obor-obor tidak memiliki sistem pernafasan kerana kulit mereka cukup nipis dan tubuhnya telah berisi oksigen difusi.

  Obor-obor tidak mempunyai otak atau sistem saraf pusat, tetapi obor-obor memiliki jaringan saraf yang longgar, yang terletak di epidermis, yang juga disebut sebagai "jaring saraf."

  Obor-obor terdiri dari lebih 90% air. Sebahagian besar bahagian payung mereka adalah bahan agar-agar (jeli) yang disebut mesoglea, yang dikelilingi oleh dua lapisan sel yang membentuk payung (permukaan atas). Sedangkan bahagian permukaan bawah tubuhnya dikenal dengan sebutan bel.

  Obor - Obor memiliki sistem pembiakan yang unik, iaitu samaada jantan atau betina, kedua-duanya akan melepaskan sperma dan telur ke dalam air sekitarnya, di mana telur yang telah matang akan tumbuh menjadi organisme baru.

  Obor-obor memiliki racun yang boleh mematikan dan telah menyebabkan setidaknya 5568 kematian sejak 1954. Setiap tentakel memiliki sekitar 500 000 harpun sindasites yang berbentuk jarum yang menyuntikkan bisa ke korban.

  Spesis obor-obor terbesar adalah jenis bersurai singa (the lion’s mane jellyfish). obor-obor ini adalah salah satu haiwan yang dikenali terpanjang dan terbesar yang memiliki bel (tubuh) dengan diameter 2,3 m (7 kaki 6 inci) dan tentakel mencapai 36,5 m (120 kaki)...wahh..besar betul tue =).. spesis obor-obor ini pernah ditemui terdampar di pantai teluk massachusetts pada tahun 1870


Penangkapan ARAPAIMA Di Amerika Selatan







Memancing  Ikan yang dikenali sebagai Arapaima di kawasan Brazil. Ikan jenis ini adalah ikan air tawar yang terbesar di Amerika Selatan.Jom kita tengok aktiviti penduduk di sana….


Jom Kita Tengok Apa Di Penghujung Tembok Besar China.





  

  Tembok Besar China adalah salah satu daripada 7 keajaiban senibina dunia.
Namanya terkenal di seluruh dunia, dan menjadi lokasi pelancongan wajib bagi sesiapa yang mengunjugi China.Tetapi adakah anda tahu dimanakah terletaknya hujung Tembok China?

  Tembok Besar yang kita lihat hari ini ialah hasil pembangunan Dinasti Ming.Bahagian dalam tembok berisi tanah yang bercampur dengan batu-batan.Bahagian atasnya dibuat jalan utama untuk pasukan berkuda Negeri China.Ia lebih kukuh dan tahan lebih lama.Fungsi utama tembok ini ialah untuk menahan serangan puak-puak nomad dari utara.

  Tembok ini memanjang lebih dari 20,000 kilometer, membelah dataran luas dan gunung-ganang China.Selain Top Lake di sebelah barat, hujung lainnya terletak di Shanhaiguan.
  Berada di timur China, Shanhaiguan dijuluki sebagai Old Dragon `s Head atau disebut juga Laolongtou.Hujungnya terapung di permukaan Laut Bohai.Tempat ini juga menjadi destinasi pelancongana kerana di atasnya terdapat menara pemantau dan sebuah kuil.

  Shanhaiguan atau Shanhai Pass terletak dekat Bandar Qinhunangdao, 300 kilometer sebelah timur Beijing.Shanhai Pass memanjang 5 kilometer, bermuara terus ke laut Bohai.


Wednesday, 19 August 2015

JONGKONG EMAS DITEROWONG JEPUN, DIJUMPAI DI KUNAK???







  Penemuan Terowong Jepun di Ladang Sime Darby, Kunak.Tanah ladang kelapa sawit tiba2 runtuh dan pekerja ladang sawit bertempiaran lari.Apabila di periksa di bawah runtuhan ada terowong Jepun.Emas di jumpai dlm bentuk jongkong bertulis Sumatera tarikh 24.08.1941 & 999..Apa pun admin masih menunggu berita kesahihannya.