Wednesday, 26 August 2015

Kutu beranak pinak di bulu mata wanita ni..


  Pelik tapi benar!!! sekarang ni kutu pun dah ‘maju’ tak mau dok kat rambut kepala dah. Nak try kat bulu mata pulak!!! Hhuhuuhuuhuuhuu.. bulu mata pun boleh dijangkiti kutu. Memang pelik.

  Zhang dari Shandong yang bernasib malang dijangkiti kutu di mata. Zhang kata tak sedar pun dengan kehadiran kutu tu di bulu mata dia sampai la gatal teramat. Yang lebih mengejutkan tu anak dia melihat ada benda dok bergerak di bahagian bulu mata Zhang.

  Kutu ni memang senang berjangkiti kalau leka sikit aje jaga rambut tu!! Zhang pun malas nak melengah-lengah masa untuk jumpa pakar mata dengan mata dia dah merah dan bengkak pula tu!

  Selepas di check oleh Dr. Bao Guisheng menemui 20 ekor kutu di bahagian bulu mata Zhang.

  “Kutu itu semua berwarna putih. Pada mulanya saya sangkakan parasit tetapi apabila dilihat melalui mukroskop barulah kami melihat kutu,’’ kata Dr Bao.

  Nasib baik noh dapat buang semua kutu tu. Mata Zhang disteril dan jururawat terpaksa menggunakan peralatan kecil untuk buang semua kutu tu. Mesti renyah noh!


Tuesday, 25 August 2015

Anjing gergasi yang lebih besar dari Manusia.

  

  Makkk aiii!!!!! Besarnya anjing ni, dah macam serigala jadian pula dalam cerita The Twilight Saga Breaking Dawn tu. Tak takut ke kena lenyek nanti???? Hiihiihii…

  Di Amerika Syarikat, seekor anjing mencatat rekod anjing terbesar di dunia seberat 78 kilogram. Urmmmm.. Beratnya!!! Anjing ni berbaka Pitbull dan pemiliknya, Marion Grennan.

  Yang terbaru, lapan ekor anak anjing tu bernilai RM1.8 juta weii. Dasyatnya harga anjing boleh mencecah sampai berjuta-juta!!! Anjing muka biasa je pun bernilai tinggi. Hihihhiihhi…

  Menurut Marion, nilai tinggi tu sebab baka daripada bapa anjing tu sendiri pun boleh mencecah RM1.8 juta juga kalau di beri latihan golongan elit. So tak heran la kalau anak pun mahal macam bapa!! Huhhuuhhuu.

  Marian kata dia telah tolak beberapa tawaran daripada orang ramai yang menawar beribu-ribu dolar untuk beli anjing dia tu. dia dah anggap anjing tu dah sebahagian dari family. Rugi kalau jual, bukan senang nak dapat anjing sebesar gitu!!!


Stacy tak boleh makan babi lepas peluk Islam.. - komen Netizen




Menusuk ke jantung terus kalau korang baca komen-komen negative yang dilemparkan kepada Stacy atau nama baru saudara Islam kita, Ummu Syaikhah Stacy Abdullah. Pedas sungguh kata-kata nitezen, langsung tak pedulikan hati dan perasaan orang lain.

‘Stacy peluk Islam, nanti tak dapat lagi kau makan babi’ perhhhhhhh sakit pulak hati ni bila baca. Rata-rata yang komen negative selepas dorang dapat tahu Stacy masuk Islam adalah orang Sabah. Dorang macam tak puas hati pulak bila Stacy pilih untuk memeluk Islam, siap perli-perli pulak tu apa masalah dorang ni??!

Sepatutnya kita bersyukur dan terima keputusan Stacy, ehhhhh dia yang masuk Islam korang yang panas apesal?? Tak mati pun la kalau tak boleh makan babi! Bikin panas jela korang ni, buat macam korang pulak yang dipaksa peluk Islam.

Ada jugak yang pertikai, kalau peluk Islam sebab nak kawin dengan lelaki Muslim nanti mesti menyesal. Sedih admin dengan kata-kata keyboard warrior yang tak habis-habis perasan perfect nih! Sepatutnya dorang bagi semangat untuk Stacy bukannya komdem dia macam ni.

Biar la dia dengan keputusan dia, family Stacy pun sokong dengan keputusan yang dibuat tapi korang yang takde kena mengena pulak yang nak over lebih.


Saturday, 22 August 2015

Awan "TSUNAMI" timbulkan kekecohan di Pantai Timur




Kemunculan awan ribut seperti ombak di bandar ini kira-kira 5 petang tadi adalah fenemona biasa akibat taufan di utara Filipina.

Gambar awan itu menjadi ‘viral’ di laman sosial Facebook lewat petang kelmarin dengan ramai yang mengungkapkan ‘Subhanallah’ kerana ia tanda kebesaran Allah SWT.

Pegawai Meteorologi Kanan, Pusat Cuaca Nasional Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata, garisan awan begitu yang dinamakan 'Garis Badai' turut membawa bersama angin kencang dan hujan lebat di sesetengah tempat.

"Disebabkan kehadiran taufan di utara Filipina yang bergerak ke arah Taiwan, maka di sebelah utara semenanjung dan Pantai Timur juga berlaku pembentukan awan begini.

"Ia cuma melintasi dari Kedah ke Kelantan menghala ke Laut China Selatan, untuk ke arah taufan berkenaan. Mengikut radar cuaca, pergerakannya adalah pada 5 petang hingga 6 petang.

"Laluannya membawa bersama hujan dan angin kencang yang kemudian membentuk Garis Badai ini, kadangkala disertai awan ribut," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Dr Hisham berkata, fenomena itu juga diramal berlaku selama tiga hari lagi sehingga 24 Ogos.

Katanya, orang ramai tidak perlu bimbang dan dinasihatkan tidak mudah membuat spekulasi yang bukan-bukan, sebaliknya merujuk laman web Met Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai perubahan cuaca.


Liwat di sekolah Tahfiz..Murid 10 tahun jadi mangsa???



Gambar hiasan

  Subhanallah,Sedih,geram semua ada bila admin dapat artikel ni.Ianya sedikit sebanyak mencemarkan nama baik sekolah tahfiz.Apapun tindakan sudah pun diambil.Semoga jadi pengajaran.

  Kejiinya la perangai tu!!!! Di Alor Gajah, seorang budak lelaki tahfiz berusia 10 tahun bermula titik hitam dalam hidup dia selepas kena liwat dengan empat orang senior dia secara bergilir-gilir.

  Menurut sumber, empat orang senior durjana tu bawa mangsa pi kat area pokok buluh berhampiran dengan sekolah sebelum meliwat bergilir-gilir sampai budak tu tak sedar diri. Gila punya orang!!

  Seorang daripada empat murid itu didakwa menutup mulut dan hidung manakala tiga rakannya memaksa mangsa melakukan onani sebelum mereka bergilir meliwat mangsa.

  Selepas mangsa diliwat, keempat-empat pelajar itu memapahnya sebelum dia dicampak di kawasan semak berhampiran asrama sekolah,” kata sumber.

  Disebabkan tak tahan dengan perbuatan jijik senior, mangsa bagi tau kat pengurusan sekolah dengan family dia. Ni hukum empat orang tu dengan sebat sampai berdarah bontot tu and serik nak buat lagi lepas ni. Orang hantar pi sekolah untuk belajar tapi buat benda jijik kat orang pula!!

Sumber :Utara news



Friday, 21 August 2015

Ikan Matahari Gergasi Di Sabah



  Sejak akhir-akhir ini banyak pula berita berkaitan kejadian pelik melibatkan hidupan laut.Terbaru, seekor sunfish atau ikan matahari gergasi dikatakan terdampar di Kg Forest, Sandakan, Sabah.

  Perkara yang jarang berlaku ini menarik perhatian penduduk setempat seterusnya disebarkan di laman-laman sosial.Ikan yang memakan obor-obor ini tidak biasa ditemui atau ditangkap kerana spesies dewasa gemar hidup di laut dalam dan mempunyai tabiat berenang mengikut arus.

  Ikan matahari juga mempunyai tabiat ‘suka berjemur’ atau berada di kawasan air laut yang bersuhu lebih daripada 10 °C.Bagaimanapun, ikan ini memang biasanya bersaiz besar dan berat sesuai dengan selera makannya yang besar.


Bakal Ustaz dan Ustazah tewas dengan NAFSU di Hotel Bajet.


sekadar Gambar hiasan.

  Walaupun berpenampilan alim dengan mengenakan kopiah dan bertudung hijab, namun itu bukan jaminan buat sepasang kekasih mampu melawan hawa nafsu mereka.
 
  Pasangan yang ditangkap oleh penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) itu kelihatan alim dengan lengkap berkopiah serta bertudung labuh seakan-akan orang yang warak agamanya.

  Gadis berhijab tersebut baru melangkau umur 17 dan lelaki yang berkopiah berumur 20 tahun itu ditahan anggota penguat kuasa JAWI di sebuah hotel di Brickfields di sini, jam 1 pagi kelmarin.

  Lebih memalukan suspek lelaki dikatakan menuntut di universiti awam dalam jurusan pengajian Islam, manakala pasangannya di sebuah universiti swasta di Lembah Klang.

  Ketua Penguat kuasa JAWI Wan Jaapar Wan Ahmad berkata, pihaknya mengambil masa 10 minit mengetuk pintu bilik hotel dihuni pasangan itu.

  Kedua-dua penuntut universiti tersebut berada didalam keadaan separuh bogel ketika pintu dibuka sebelum memakai pakaian masing-masing selepas diarahkan berbuat demikian. Gadis tersebut berada dibawah selimut dalam keadaan ketakutan ketika Penguatkuasa agama memperkenalkan diri mereka.

Sumber : Utaranews