Showing posts with label Info Sukan. Show all posts
Showing posts with label Info Sukan. Show all posts

Friday, 11 January 2013

Isteri Mat Yo Gelar Anuar Musa Anjing!!


Melihat kepada keratan FB di atas, memang panas situasinya. Bagaimana seorang yang bernama Shahrul Aisya, yang dikatakan isteri Mat Yo memanggil Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Annuar sebagai anjing. Kalau betul itu dirinya, nampaknya dia dah merendahkan dirinya dengan mengeluarkan kenyataan begitu. Kenyataan yang tak sepatutnya!!

Dia mungkin marah kerana kontroversi perpindahan Mat Yo dari Kelantan ke Johor. Sinar Harian melaporkan…
Kes Mat Yo: Kafa tuntut RM1 juta
RM1juta! Itu nilai sebenar tuntutan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) kepada Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) jika mahu menyelesaikan konflik perpindahan Norshahrul Idlan Talaha ke Johor Darul Takzim FC. 
Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, jumlah tersebut dianggap munasabah berdasarkan status Norshahrul Idlan atau dikenali Mat Yo sebagai penyerang utama kebangsaan dan penerima anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) tiga musim berturut-turut. 
“Bila saya bercakap, orang beri gambaran saya mempolitikkan isu ini.
“Saya bukan jaga bola sehari dua. Sebenarnya, isu perpindahan Mat Yo jarang berlaku dan kita sendiri tertunggu nak tengok perkara ini diputuskan mengikut peraturan-peraturan yang betul,” kata beliau.
Annuar menambah: “Ada dua isu melibatkan Mat Yo iaitu perpindahan dan penamatan kontrak.” 
Katanya, Jawatankuasa Status Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang pertama kali bermesyuarat baru-baru ini memutuskan dia boleh pindah.
“Kita pun tak bantah, asalkan mengikut syarat-syarat ditetapkan dan segala hak Kafa dipertahankan. 
“Dia sendiri hantar surat bertarikh 30 Oktober 2012 untuk menamatkan kontrak berkuat kuasa pada 1 November,” katanya. 
Justeru kata beliau, ia bermakna penamatan kontrak dia berlaku 13 bulan lebih awal melibatkan nilai lebih RM300,000, yuran perpindahan minimum ditetapkan oleh FAM adalah RM250,000, pinjaman perumahan lebih RM100,000, selain insentif dan kerugian yang terpaksa ditanggung kerana penaja menarik diri. – SinarHarian


Monday, 24 December 2012

Chicharito Kagum Dengan Nabi Muhammad SAW


Penyerang kelab bolasepak gergasi dunia Manchester United, Javier Hernandez Balcazar atau yang lebih dikenali dengan nama Chicarito manyatakan perasaan kagumannya kepada baginda Nabi Muhammad SAW.Difahamkan, Chicharito merupakan pemain Mexico pertama yang diserap ke kelab gergasi Manchester United untuk Liga Perdana Inggeris.

"Saya bukan seorang Muslim, tetapi tokoh orang terbaik dalam pandangan saya adalah Nabi Muhammad," tulis Chicarito, di akaun Twitter-nya.

Dia bermain untuk pasukan kebangsaan Mexico pada tahun 2009, untuk Piala Dunia FIFA 2010 dan tahun Piala Emas CONCACAF 2011 yang lalu.Chicharito telah dinobatkan sebagai pemain paling berharga setelah berjaya sebagai penjaring terbanyak Piala Emas dengan 7 gol.

Walaupun pada masyarakat dunia yang bukan muslim sekarang ini sedang mengutuk dan tidak mengiktiraf kewujudan pemimpin islam Nabi Muhammad SAW, tetapi lain pula bagi Chicharito walaupun dia bukannya seorang Muslim.

Saya sangat kagum mendengar berita ini dan berasa betapa rendahnya darjat saya walaupun seorang muslim yang memang asal dilahirkan dalam islam. Begitu besar kekagumannya kepada peribadi Nabi Muhammad SAW. Bagaimana pula dengan anda?
pembetulan : kesilapan ejaan menchister pada tajuk, yang sebenarnya manchester..xblh nak betulkan sbb nanti rosak feed..itu saja.:)


Thursday, 20 December 2012

Terkini! Mahali Top 1 Defender Terbaik AFF 2012

Name: Mahali Jasuli
Country: Malaysia
Ratings: 3.30 / 5 
Name: Safuwan Baharudin
Country: Singapore
Ratins: 3.30 / 5 
Name: Shaiful Esah
Country: Singapore
Ratings: 3.25 /5 
Name: Wahyu Wijiastanto
Country: Indonesia
Ratings: 3.25 /5 
Name: Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak
Country: Malaysia
Ratings: 3.00 / 5 

Tahniah kepada mahali Jasuli yang berjaya mendapat rating tinggi dalam AFF Suzuki baru-baru ini. terbaik bohhh!!!



Ranking Harimau Malaya Mencanak 5 Anak Tangga


KUALA LUMPUR - Kekalahan secara agregat 1-3 skuad Harimau Malaya kepada Thailand pada separuh akhir Piala AFF Suzuki 2012 baru-baru ini tidak menjejaskan kedudukan pasukan kebangsaan dalam peta bola sepak dunia.

Berdasarkan senarai ranking terbaharu Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA), skuad bimbingan Datuk K.Rajagobal itu naik lima anak tangga, daripada kedudukan ke-163 dunia bulan lepas ke posisi 158.

Sebelum ini, skuad negara berada di tangga ke-148 dunia pada Januari, 150 (Februari), 152 (Mac), 156 (April), 153 (Mei), 154 (Jun), 157 (Julai dan Ogos), 156 (September) dan 162 pada Oktober.

Berikutan ranking terkini itu, skuad Harimau Malaya setanding dengan pasukan seperti Kepulauan Solomon (150), Aruba (151), Kepulauan Faroe (153) dan Bermuda (157).

Dalam kalangan negara Asia Tenggara, Malaysia jatuh satu anak tangga ke kedudukan keenam di belakang Vietnam (131), Thailand (136), Filipina (147), Singapura (154) dan Indonesia (156).

Di peringkat Asia, Malaysia naik satu anak tangga pada kedudukan ke-26 daripada 46 negara.

Sementara itu, juara Euro 2012 Sepanyol terus mengekalkan status selaku pasukan terbaik dunia dengan mengumpul 1,606 mata.

Jerman dan Argentina turut mengekalkan kedudukan selaku pasukan kedua dan ketiga terbaik dunia apabila masing-masing mengutip 1,437 dan 1,290 mata.

Kedudukan ranking FIFA itu membabitkan 209 buah negara.- Bernama



Wednesday, 19 December 2012

Johor FC Bakal di Saman Kerana Isu Tiru Logo?

Benarkah

Dari akaun twitter @BolasepakMY kami diberitahu logo pasukan bolaspeak Darul Takzim FC dikatakan meniru logo Richmond FC. Richmond FC ialah sebuah pasukan bolasepak undang-undang Australia yang ditubuhkan pada tahun 1885. Logo Richmond FC di bawah mula digunakan tahun. Jadi siapa tiru siapa?

Apabila pergi ke forum Bigfooty AFL pula, ada pula yang menuduh logo Richmond FC ditiru dari logo minuman keras Tiger Beer. Maka siapa tiru siapa? Tiruception?



Laporan asal @BolasepakMY


Romeo ikut jejak Beckham - Anak Bapak


LONDON: Peribahasa ke mana tumpahnya kuah jika bukan ke nasi amat sesuai menggambarkan hubungan David Beckham dan anak lelakinya, Romeo.

Romeo yang berusia 10 tahun mengikut jejak bapanya menjadi model iklan terbaru untuk jenama Burberry dari Britain.


Anak kedua pasangan Beckham itu menggayakan fesyen musim panas/bunga 2013 Burberry. Dalam penampilan sulungnya, Romeo dilihat bergaya dengan model dewasa seperti Cara Delevingne, Edie Campbell. Gaya Romeo itu yang diabadikan oleh jurukamera Mario Testino berjaya menarik perhatian Pengarah Kreatif Burberry, Christopher Bailey. Di iklan tersebut, adik dari Brooklyn Joseph ini nampak mengenakan trench coat dan memegang payung bermotif kotak-kotak hitam putih.


Sebagaimana dipetik daripada Huffington Post, Romeo langsung tidak kekok untuk bergaya di hadapan kamera. Dia turut mendapat pujian Bailey. - Agensi



Raja ‘saintis’ Undur Diri Kuatkuasa Serta Merta??!

RAJAGOBAL...tumpu persiapan kelayakan Piala Asia 2015.

KEGAGALAN mempertahankan kejuaraan Piala AFF 2012 belum cukup untuk menggugat kedudukan Datuk K Rajagobal selaku ketua jurulatih kebangsaan apabila beliau terus diberi mandat membimbing skuad Harimau Malaya bagi mengharungi kempen kelayakan Piala Asia 2015 bermula Februari.

Perkara ini diputuskan pada satu mesyuarat yang dipengerusi Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah bersama Setiausaha Agung, Datuk Azzuddin Ahmad dan pengurus pasukan kebangsaan, Datuk Seri Subahan Kamal.

“Satu mesyuarat sudah dijalankan pagi tadi (semalam) dan hasil daripada mesyuarat itu, Rajagobal dikekalkan hingga kontraknya tamat Disember 2013. Ini satu berita gembira untuk pasukan kebangsaan,” menurut sumber dalaman FAM.

Keputusan yang dicapai itu sekali gus melenyapkan spekulasi mengenai pemecatan Rajagobal, 56, selepas kredibilitinya dipertikai ramai pihak berikutan kegagalan skuad kebangsaan mara ke final Piala AFF apabila tumpas dengan agregat 1-3 di tangan Thailand pada separuh akhir minggu lalu.

Kegagalan itu menimbulkan rasa tidak puas hati peminat tempatan memandangkan prestasi Harimau Malaya tampak merosot dalam tempoh dua tahun selepas bergelar juara Asia Tenggara apabila tersingkir di pusingan kelayakan Piala Dunia 2014 dan juga ranking yang jatuh merundum.

Ada pihak menyarankan agar tugas membimbing Harimau Malaya diserahkan kepada jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee namun dengan keputusan yang dibuat dalam mesyuarat yang dirahsiakan pihak FAM itu semalam, ia sekali gus menjawab segala persoalan berhubung kedudukan Rajagobal.

Difahamkan keputusan FAM itu didorong faktor kejayaan lampau Rajagobal yang membantu Malaysia menamatkan penantian 20 tahun negara dengan memenangi pingat emas Sukan Sea Laos dan kejuaraan pertama Piala AFF 2010 di Jakarta.

Malah bagi badan induk bola sepak tanah air itu, kekalahan kepada pasukan hebat seperti Thailand bukanlah satu kegagalan, tambahan pula dengan masalah kecederaan pemain yang dihadapi Rajagobal pada perlawanan itu.

Subahan yang juga Naib Presiden FAM sebelum ini secara terbuka menyatakan sokongan kepada Rajagobal untuk terus mengendalikan skuad kebangsaan meskipun misi melayakkan diri ke Piala Asia 2015 di Australia dilihat lebih sukar berbanding mempertahankan kejuaraan Asia Tenggara ini.

Malaysia akan memulakan kempen kelayakan Piala Asia menentang Qatar pada 6 Februari sebelum bertemu Yaman dan Bahrain dalam saingan Kumpulan D.



Monday, 17 December 2012

Kisah Sebenar di Sebalik Nama Harimau Malaya


KISAH SEBENAR DI SEBALIK ‘HARIMAU MALAYA’ | Secara umum ramai mengetahui Harimau Malaya merupakan nama gelaran bagi pasukan bola sepak negara Malaysia.

Tetapi, ada kemungkinan juga ramai yang belum mengetahui asal-usul nama Harimau Malaya diperolehi.

Sebenarnya, nama tersebut adalah berasal dari gelaran kepada seorang pemain bolasepak era 1940′an.

Pemain tersebut bermain di posisi ‘striker’ dan beliau adalah Dollah Don.

Nama sebenar beliau ialah Abdullah bin Mohd Don, dilahirkan pada 23 Mac 1923 di Stulang Laut, Johor.


Mendapat pendidikan awal di Primary School Ngee Heeng dan seterusnya melanjutkan pelajaran di Sekolah Bukit Zaharah dari darjah 2 hingga 4.

Beliau menyambung pengajian di peringkat tinggi di English College.

Dizaman persekolahannya beliau sangat aktif dan pernah menjadi Olahragawan.

Dollah Don pada mulanya bermain bolasepak semasa kecil dengan menggunakan bola tenis.

Sewaktu di sekolah Dollah Don juga merupakan atlit olahraga yang berjaya.

Pernah memenangi beberapa acara dan membolehkan beliau bergelar Olahragawan di sekolah.

Sebelum bermain untuk pasukan kebangssan, beliau bermain untuk pasukan Johor di era awal Piala Malaya dan Piala H.M.S Malaya.

PERISTIWA DI SUMATERA

Jika kumpulan rock, SEARCH pernah menggegarkan Indonesia dengan lagu Isabella pade era 1990′an, begitu jugalah Dollah Don dengan mutu permainan bolasepaknya.

Dollah Don mempunyai ramai peminat bola sepak di Indonesia.

Dari sumber yang dicari, beliau sering menerima jemputan untuk bermain di sana.

Pada tahun 1946, Dollah Don telah dijemput untuk bermain menentang Pasukan Medan di Sumatera.

Malangnya beliau jatuh sakit dan tidak dapat diturunkan beraksi.

Pada era 1950′an Indonesia dipimpin oleh Sukarno sebagai Presiden negara tersebut.

Sukarno begitu kagum dengan Dollah Don sehingga menggelarkan beliau sebagai ‘Harimau Malaya’.


Ini semua bermula dari satu perlawanan yang disaksikan oleh Sukarno sendiri.

Perlawanan tersebut ialah sewaktu menentang pasukan Peseja di Indonesia, pada 1953, Dollah Don mewakili Melayu Singapura dan barisan lawan diwakili oleh pemain tempatan dan Belanda.

Penjaga gol lawan, Van Der Veen, dianggap terkenal di Asia ketika itu.

Presiden Sukarno turut menyaksikan perlawanan itu.



Tamat separuh masa pertama, pasukan Melayu Singapura ketinggalan 3-0.

Bermula separuh masa kedua, mereka mengasak ke kubu Peseja dan hasilnya mereka berjaya menyamakan kedudukan seri.

Ketiga-tiga gol tersebut telah dijaringkan oleh Dollah Don sendiri.

Sejak itu gelaran Harimau Malaya melekat kepada Dollah Don dan hingga membawa ke hari ini kepada Pasukan Bolasepak Kebangsaan Malaysia


NOTA: Inilah versi yang diperoleh daripada beberapa ruangan forum dan blog mengenai asal usul nama ‘Harimau Malaya’. Mungkinkah ada versi lain…apa kata anda?



Sunday, 16 December 2012

Jersi Rasmi Skuad Johor FA 2013


sekarang skuad bola sepak johor sedang hangat diceritakan,Dengan penglibatan bekas penyerang dari Sepanyol Daniel González GüizaAdakah Skuad bola sepak johor akan merampas takhta liga bola sepak Malaysia dari pasukan kelantan untuk musim 2013 yang mendatang?

Sekarang pasukan johor yang mendapat nama Skuad Harimau Selatan itu sedang bersiap sedia untuk piala malaysia 2013,dengan persediaan pemain yang lebih rapi lagi,.

Adakah pasukan johor akan kembali menjadi Skuad yang digeruni seperti era kegemilangannya pada 90an dahulu...



Mungkin ini adalah jersey terbaru untuk skuad Johor pada musim 2013 nanti. Jersey yang berjalur merah putih ini adalah keluaran Nike dan tajaan Legoland dan Al-Ikhsan menghiasi jersey skuad harimau selatan ini.

cantik bukan..



Saturday, 15 December 2012

Gempar! Team Harimau Malaya Perlu Disiasat!

TEKANAN, GANGGUAN ATAU KECEDERAAN

Nampaknya, Peminat bola sepak Malaysia merelakan dan menerima seadanya akan kekalahan Malaysia kepada Thailand dengan alasan Pengadil berat sebelah dan sebagainya.

Namun, saya tidak fikir begitu. Saya melihat Datuk Raja Gopal dan pengurusan team Malaysia menyembunyikan sesuatu beberapa jam sebelum team Malaysia berangkat ke Bangkok.

Pertama, mengapa pengurusan Malaysia memberi kebenaran kepada PBNJ dan Safie Salee berjumpa dan menandatangani Perjanjian dengan Johor. Sepatutnya masa itu masa latihan, masa di mana Safie Salee menumpukan perhatiannya kepada Latihan dan Negara! Tidak bolehkah dilakukan selepas Piala AFF!!! Nampaknya berlaku kejar-mengejar, desak-mendesak dan paksa-memaksa kerana sebelumnya acara menandatangani hendak dibuat di Johor Bahru tetapi terpaksa mengganggu Safie Salee di Pusat Latihan Negara!

Ternyata menjelang umur Safie ke-30an tahun, Safie Salee nampaknya melihat kepada keuntungan peribadi berbanding kepentingan negara. Di Indonesia, Safie dibayar hampir RM100, 000 sebulan. Manakala dengan Johor khabarnya mencecahkan RM100,000. Johor akan membuang Safie Salee jika Safie Salee tidak boleh bermain dan dirundung kecederaan berpanjangan. Nampaknya, Safie Salee seperti menyimpan kecederaannnya untuk pulih sebelum sepak mula Liga Malaysia bermula!

Kedua, kita merasa was-was kerana Safie Salee hanya diturunkan kurang 20minit di dalam kedua-dua perlawanan timbal balik itu. Kononnya Safiee Salee cedera tidak masuk akal, pengurusan dan Datuk Raja Gopal perlu menjawab ini? Dedahkan Laporan Perubatan Safie Salee dan juga Wan Zack Haikal? Pasukan Perubatan tertakluk kepada Profesionalisme dan Convention Geneva. Mereka mesti memberi laporan semasa.

Apakah Datuk Raja Gopal terlibat dalam konspirasi tidak menurunkan Safie Salee dan Wan Zack Haikal sedangkan sehari sebelumnya, Safie menyatakan kepada wartawan dia sudah bersedia!

Rakyat Malaysia yang membayar Cukai Pendapatan, dan Cukai Pendapatan itu digunakan untuk membayar gaji pemain bola sepak Malaysia, jurulatih dan pengurusan bola sepak. Mereka perlu memberi penjelasan kepada rakyat Malaysia.

Mereka patut mencontohi Aidil walaupun berdepan masalah Mahkamah dengan Rita Rudaini, tetrapi memberi keutamaan kepada negara. Kembarnya yang cedera langsung tidak bermain, tidak hendak berpura-pura.

Semua orang tahu di umur 30an Safie Salee sedang berdepan penurunan prestasinya. Gaji RM100,000 memang menarik, tetapi Mokhtar Dahari yang sakit bermain juga di Kelayakan Piala Dunia di Korea Selatan walaupun usianya sudah tidak larat dan penyakitnya sudah ada tanda-tanda dia menahannya. Mereka yang seperti ini sungguh-sungguh tidak patriotik kepada negara!

Kita tidak mempertikaikan berapa pun pendapatan sesiapa pun, itu hak dan rezeki masing-masing. Siasatan perlu dilakukan, post mortem mesti dibuat kerana kelihatan berlaku sesuatu yang tidak kena kepada Team Malaysia, khususnya ketika kalah dengan Thailand!

Siasatan perlu dilakukan! Bagaimana pandangan anda?



Friday, 14 December 2012

Kemenangan Thailand Batal, Malaysia ke Final

Bismillahhirahmannirrahim.

Tadi buke FB yang membosankan sekejap. And jumpe laa post member yang tanye betolke kemenangan Thailand dibatalkan, dan Malaysia automatik layak ke final. Memang melampau la kan tindakan pengadil malam tadi. Aku tanye adik aku yang darjah 3, betul ke tindakan pengadil tu? Adik aku pon tahu salah. Huh, (meludah ke lantai)

Ops, terlebih sudah!

So, ini laah bagaimana cerite boleh tersebar:


Siasat punya siasat:




Datuk K Rajagobal: Pengadil Tak Adil!

“BAGI saya keputusan pengadil itu tidak betul,” kata ketua jurulatih kebangsaan Datuk K Rajagobal yang tidak puas hati dengan keputusan pengadil, Lee Min Hu melayangkan kad merah kepada Mohd Fadhli Shas pada perlawanan separuh akhir kedua Piala AFF malam tadi. Memang tak adil! Siapa yang tengok game ni malam tadi memang rasa ketidak adilannya.


Keputusan kontroversi pengadil dari Korea Selatan itu memberi kesan kepada strategi Rajagobal yang menyaksikan Harimau Malaya terpaksa beraksi 10 pemain lebih 45 minit sebelum tewas 0-2.

Menurut Rajagobal, beliau tetap bangga dengan persembahan anak buahnya dan yakin keputusan mungkin boleh berubah sekiranya Fadhli kekal di atas padang.

“Kami bermain baik pada awal babak pertama meskipun Thailand melancarkan serangan mencari gol awal. Tapi segala-galanya berubah apabila Fadhli menerima kad merah, bukan mudah apabila kami kehilangan tonggak utama pertahanan.

“Keputusan perlawanan ini mungkin berbeza jika Fadhli tidak dibuang padang,” katanya selepas tamat perlawanan.

Pada separuh akhir kedua di Stadium Supachalasai malam tadi, Malaysia terpaksa melupakan misi mempertahankan kejuaraan dimenangi dua tahun lalu apabila Thailand meledak dua gol menerusi jaringan Teerasil Dangda dan Teerathon Bunmathan pada minit ke-60 dan 65.


Gol itu hadir selepas Fadhli menerima kad kuning kedua pada minit ke-42 kerana didakwa bertelagah dengan Datsakorn Thonglao.

“Bagi saya, pengadil seharusnya lebih tahu dengan situasi itu dan beliau membuat keputusan yang salah.” Menurutnya, biarpun pasukannya beraksi dengan 10 pemain, Thailand hanya berjaya menjaringkan gol pertama atas kesilapan Amar Rohidan dan gol kedua yang menyusul selepas itu menyukarkan mereka untuk bangkit.

Sementara itu, ketua jurulatih Thailand, Winfried Schafer pula enggan mengulas insiden kad merah itu sebaliknya hanya mahu memuji barisan pemainnya yang berjaya menempah tiket ke final bertemu Singapura.

“Saya tidak mahu komen, pada perlawanan pertama di Malaysia, saya dibuang padang sedangkan tidak bercakap dengan pengadil,” katanya yang sekadar menyaksikan perlawanan malam tadi dari bangku penonton.

“Kami pasukan lebih baik dan saya yakin kami boleh menewaskan Singapura di final.”

-Metro-



Thursday, 13 December 2012

Siapa Mahali Jasuli Semasa Kecil

Rasanya, ramai yang mengenali Mahali Jasuli antara pemain yang meningkat naik dalam perlawanan AFF Suzuki 2012. Pemainan yang cukup cantik ditunjukkan beliau memberi gol dan assist cukup untuk membuatnya dikenali ramai.

Siapa Mahali Jasuli?

Mahali Jasuli lahir di Selayang, Selangor, Malaysia, 2 April 1989. Kini beliau berumur 23 tahun. Beliau merupakan seorang pemain sepak bola Malaysia keturunan Indonesia. Posisi beliau berada didalam Pasukan Harimau Malaya ( Malaysia) sebagai pertahanan iaitu bek kanan. Cuba lihat waktu kecil dah pandai bergaya kan..

Ketika ini ia bermain untuk Harimau Muda A dan untuk pasukan Malaysia.


Biodata Mahali Jasuli

Nama Penuh : Mahali bin Jasuli

Tarikh Lahir : April 2, 1989 (age 23 tahun 2012)

Tempat Lahir : Selayang, Selangor, Malaysia

Tinggi : 1.75 m (5 ft 9 in)

Posisi : Pertahanan Kanan

Maklumat Kelab

Current club Harimau Muda A

Number 18

Senior career

2007-2009 Harimau Muda

2009-present Harimau Muda A

Pasukan Malaysia

2008-2009 Malaysia U-19

2009-present Malaysia U-21

2009-present Malaysia U-23

2009-present Malaysia


Kisah ketika kanak-kanak

Cerita dari seorang blogger

'' Pernah 1 masa, dia buat liga suka-suka dalam kelas bila ustazah pergi mengumpat dengan rakan2 ustazah yang lain. Koyak buku, lipat2 kertas buat sampan kemudian jadikan tiang gol kecik, amek cebisan kertas buat bola kecik. Mula-mula buat musim liga Malaysia. Waktu kena pilih team, guwa nak guna Selangor, tapi dah dirampas dulu oleh si Mahali. Last2 guwa pakai Kuala Lumpur. Kalau ditanya siapa yang jadi juara, of course la dia.



Hari demi hari bila guwa dengan dia bersembang, balik2 mesti pasal bola dan mesti pasal Selangor. Dari cerita pemain, pasukan, jurulatih, sampailah ke Azman Adnan, Assroff Hanafiah, Jaafar Salleh, Lim Chan Yew, Mike Pejic, lagu Viva Selangor, Selangor FM, Zainal Rahman, dan macam2 lagi lah. Semua tu macam dah di set dalam kepala otak dia. Cakap je ape2 pasal Selangor, macam2 dia tahu.'

Pssstt: Mahali satu-satunya pemain yang bergelar mahasiswa iaitu dari UPM.Hebat tak?



Wednesday, 12 December 2012

Cool : Bintang Harimau Malaya, Wan Zack Haikal Dan Kekasihnya Seorang Penyanyi (5 Gambar)

Nama Wan Zack Haikal pemain jersi no.25 untuk Harimau Malaysa dalam AFF Suzuki Cup 2012 kini menjadi perbualan orang ramai terutamanya gadis-gadis bukan saja kerana kelintahannya dalam sukan bola sepak tetapi juga ketampannya.

Wan Zack Haikal bukan lagi asing dengan sukan bola sepak kerana semasa dia bermain untuk Harimau Muda di Liga SIngapura, dia telah dinobatkan sebagai pemain muda terbaik. Pemain yang dilahirkan di Kuala Lumpur pada 28 Januari 1991 ini telah menunjukkan aksi yang sangat mantap untuk membantu negara kita membenam Laos 4-1 dan juga Garuda semalam dengan 2-0.

Semoga dia dapat tunjukkan aksi yang sama semasa menentang Team Tom Yam Thailand minggu depan. Selain itu, Wan Zack Haikal juga dikaitkan dengan seorang gadis yang cun dan dikatakan adalah teman wanitanya. Mari lihat gambar mereka di bawah ini. Teman wanitanya dikhabarkan adalah seorang penyanyi dengan nama komersilnya adalah Zzati.










Sumber


Tuesday, 11 December 2012

Syafiq Rahim Main Cinta Dengan Pengarah Muda?

Setiap kali melibatkan nama Nurul Ain Nordin pasti ada sahaja kontroversi yang akan terbeban pada empunya badan.


Dari isu gambar separuh bogel untuk poster Suatu Malam Kubur Berasap, hubungan cinta dengan Syamsul Yusuf dilokasi pengambaran dan terkini yang sampai ditelinga kami ialah kisah hubungan cintanya dengan pemain bola sepak Selangor & juga kebangsaan iaitu Syafiq Rahim pula.

Hubungan ini telah dapat dihidu oleh kedua-dua rakan mereka berdua lantas itu apa yang menarik perhatian kami ialah beberapa keping gambar mesra mereka berdua disebuah kelab telah disebarkan oleh orang yang dipercayai rapat dengan mereka.


Benarkan Syafiq Rahim dan juga Nurul Ain Nordin kini menjalin hubungan Cinta? Atau ini hanyalah satu lagi helah untuk meraih publisiti murahan? Nurul Ain yang pernah kami temui semasa Pra Tonton Suatu Malam Kubur Berasap cuba kami hubungi sebentar tadi untuk mendapatkan penjelasan tentang hubungan cintanya dan juga penyebaran gambar mesra tersebut walaubagaimanapun gagal dihubungi.

Dari apa yang kami ketahui Safiq Rahim dan juga beberapa bintang bola sepak kebangsaan dikatakan terlibat dengan pengambaran filem Oh Mak Kau arahan Nurul Ain. Adakah hubungan ini terjalin di lokasi?



OMG : Pemain Bola Sepak Malaysia Bergambar Bogel? (2 Gambar)

Pemain bola sepak bergambar bogel? Biar betul! Tak akanlah dia sanggup berbuat demikian. Menerusi Murai.com.my, pemain bola Negeri Sembilan Shakir Ali dikatakan sudah berani bergambar panas dalam sesi fotografi.




Wan Zack Haikal, Bintang Baru Harimau Malaya

Selepas Khairul Fahmi (Apek) dan Nazmi Faiz mencipta nama di Piala Suzuki AFF 2010, tahun 2012 menyaksikan bersinarnya bintang Wan Zack Haikal. Dilahirkan pada 28 Januari 1991 (21 tahun) di Kuala Lumpur, Wan Zack Haikal Bin Wan Noor merupakan pemain terbaik Liga Singapura pada tahun 2012.


Ketampanan wajah Wan Zack Haikal yang diibaratkan seperti Randy Pangalila mula mencuri perhatian gadis-gadis apabila menunjukkan mutu permainan yang sangat tinggi ketika Malaysia membelasah Laos 4-1. Sebentar tadi di dalam perlawanan menentang Indonesia, Wan Zack yang bermain di “right wing” telah menunjukkan persefahaman yang sangat baik dengan Mahali untuk membantu Harimau Malaya membenam Garuda 2-0.


Kepada gadis-gadis yang menaruh hati kepada Wan Zack, dinasihatkan supaya melupakan hasrat tersebut. Khabarnya hati jejaka tampan ini telah pun dicuri oleh seorang gadis. Mereka berdua memang sama cantik dan sama padan. Tak perlu jeles-jeles. Doakan sahaja kebahagiaan mereka.


Semoga Wan Zack akan meneruskan aksi cemerlangnya di perlawanan separuh akhir menentang Thailand kelak. Abang Nara percaya kehebatan Wan Zack akan dapat menarik minat kelab-kelab Eropah suatu hari nanti seperti yang telah dialami oleh Nazmi Faiz. Semoga bintang Wan Zack akan terus bersinar. InfoLiyanaa.com.


Kelantan Tetap Hebat Tanpa Mat Yo



MESKIPUN Kelantan bakal kehilangan Norshahrul Idlan Talaha musim depan, Presiden kelab penyokong siber bola sepak Kelantan, Kelate.Net, Khairi Yazid tetap yakin bahawa skuad bimbingan Bojan Hodak mampu mempertahankan kejuaraan treble tahun 2013.

Jelasnya, kehilangan Norshahrul atau Mat Yo, tidak akan memberi kesan kepada Kelantan dalam saingan Liga Malaysia musim 2013.

"Bagi saya, kehilangan Mat Yo tidak memberi masalah kepada Kelantan kerana dalam setiap pasukan kemenangan bukan terletak pada pemain individu tetapi sebaliknya berpasukan.

"Jadi, saya yakin Kelantan tetap hebat biarpun tanpa Mat Yo, lagipun mereka masih mempunyai barisan pemain yang mantap," kata Khairi ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya adakah dengan ketiadaan Mat Yo, ia akan menggugat Kelantan bagi mempertahankan kejuaraan treble musim depan.

Baru-baru ini, laporan mengenai isu perpindahan Mat Yo semakin hangat diperkatakan. Mat Yo dikatakan bakal berhijrah ke Johor setelah pasukan itu menawarkan gaji lumayan hingga RM80,000 sebulan bagi memancingnya menyarung jersi Harimau Selatan musim depan.

Bagaimanapun, keputusan tersebut terus menjadi tanda tanya kerana Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) belum membuat sebarang keputusan sama ada melepaskannya atau perlu kekal bersama The Red Warriors (TRW).

Dalam pada itu, Khairi turut yakin bahawa Kafa akan mengambil insentif bagi menggantikan kekosongan yang akan ditinggalkan Mat Yo nanti.

"Masih ramai pemain berbakat yang boleh menggantikan Mat Yo, dan saya yakin Kafa pasti akan melakukan yang terbaik demi badan induk bola sepak itu.

"Jadi, saya nasihatkan carilah bakat baru. Ramai lagi bakat baru boleh bermain bola," jelasnya yang yakin Kelantan tetap hebat.



Tuan Guru Nik Aziz Akan Nikahkan Apex-Leuniey


Tuan Guru Nik Aziz Akan Nikahkan Apex-Leuniey : Apex atau Khairul Fahmi Che Mat bakal bergelar suami kepada Leuniey Natasha pada tanggal 28 Disember 2012 ini.


Menurut satu info, Khairul Fahmi atau Apex, 23, yang akan diijabkabulkan di kediaman Leuniey bakal dinikahkan oleh Menteri Besar Kelantan, YAB Tuan Guru Dato Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat.

Ianya telah disahkan sendiri oleh ayahnda Leuniey, Nazri yang baru saja menerima surat dari Pejabat Menteri Besar Kelantan, pagi tadi.

“Alhamdulillah, insya-Allah, pasangan ini akan dinikahkan oleh Menteri Besar Kelantan. Perkara ini telah pun disahkan apabila pihak kami setelah menerima sepucuk surat rasmi dari Pejabat Menteri Besar Kelantan. Mengikut surat berkenaan, majlis pernikahan ini akan diadakan tepat jam 10 pagi,” katanya.

Dalam pada itu, Nazri turut mengesahkan bahawa pelamin bagi majlis pernikahan dan resepsi telah pun menerima tajaan sepenuhnya dari N Touch Trade dan Bright Sail.- Info Terkini @ forblogger.net