Thursday 10 October 2013

Pelik ! Ulat Bulu Berwajah Hello Kitty Ditemui di China


Hello Kitty, salah satu watak kad kucing paling terkenal di dunia, mempunyai banyak peminat fanatik di Jepun dan banyak negara lain di dunia. Tapi siapa sangka bahawa akan ada mahkluk dengan wajah menyerupai Hello Kitty?

Sebuah laman 'The Featured Creature' baru-baru ini memaparkan ulat bulu dari China dari jenis rama-rama Bush Brown, yang mempunyai wajah yang kelihatan sangat mirip dengan Hello Kitty.

Dengan telinga kucing runcing dan wajah berbentuk kucing, larva aneh ini boleh didapati merangkak di sepanjang daun di hutan hujan di China . Setelah berubah menjadi rama-rama, sayap rama-rama itu juga berbentuk seperti mata kucing.








GELI !! Tikus Gergasi Seberat 5kg Ditangkap di China


Seekor tikus gergasi seberat lebih lima kilogram ditangkap petani Cina di Shaoyang, Hunan, China.

Tikus seberat 10 kali ganda daripada tikus biasa itu pertama kali dikesan selepas memakan ikan seberat tiga kilogram dari sebuah kolam di kampung Shaoyang yang selama ini mengganggu ketenteraman penduduk kampung.

Menurut media tempatan, selepas dibunuh petani menghadapi kesukaran untuk menyiangnya kerana kulit dan tulang yang tebal.

"Dua bilah pisau patah semasa mereka cuba memasaknya," menurut laporan itu kepada Daily Mail.

Tikus merupakan makanan tradisional di Guangdong, selatan China dan dipercayai tiga kali lebih berkhasiat berbanding ayam.






Mesin ATM Pertama Didunia Mengeluarkan Syiling Emas!


Sebuah syarikat berasal dari Jerman hadir dengan inovasi baru: Gold to Go Machine, mesin penjual emas pertama yang hanya boleh didapati di Dubai Mall, UAE.

Mesin itu dijaga oleh pengawal bersenjata lengkap, ATM berkilauan warna emas ini mengeluarkan emas 24 karat dalam 320 bentuk yang berbeza, dari jongkong emas , syiling perhiasan dengan berat yang berbeza-beza.

Mesin ATM ini juga dilengkapi dengan skrin sentuh untuk navigasi. Ex Oriente Lux, penemu Gold to Go, memprogram mesin untuk mengemaskini harganya setiap 10 minit untuk mendapat nilai pasaran terkini.








Wednesday 9 October 2013

40 Kesilapan Ibubapa Dalam Mendidik Anak-anak


Anak-anak adalah harta yang paling berharga. Merekalah pewaris kita yang akan mendoakan kita jika kita sudah meninggalkan dunia yang fana ini. Kesilapan mendidik anak-anak membawa padah yang besar. Menurut Pakar Motivasi Dr Hasan Hj Mohd Ali, terdapat 40 kesilapan ibubapa dalam mendidik anak-anak. Iaitu;


1) Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat.

2) Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat.

3) Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak.

4) Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak.

5) Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disaji untuk anak-anak.

6) Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan.

7) Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan.

8)Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak.

9) Kurang melahirkan kasih sayang.

10) Sering mengeluh di hadapan anak-anak.

11) Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi & pulang dari sekolah.

12) Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan.

13) Tidak memberatkan pendidikan agama dikalangan anak-anak.

14) Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak.

15) Tidak programkan masa rehat dan riadah anak-anak.

16) Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca.

17) Mengizinkan anak menjamah makanan @ minuman yang tidak halal.

18) Tidak tunjuk contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak.

19) Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak.

20) Terdapat jurang komunikasi di antara ibu bapa dan anak-anak.

21) Tidak menggunakan bahasa yang betul.

22) Suka bertengkar di hadapan anak-anak.

23) Senantiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak.

24) Tidak Membimbing Anak-anak supaya mematuhi syarat.

25) Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak.

26) Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak.

27) Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak.

28) Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak.

29) Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak.

30) Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak.

31) Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak.

32) Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak.

33) Kerap Meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan oleh anak-anak.

34) Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.

35) Sering mengancam dan menakutkan anak-anak.

36) Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan.

37) Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman keatas anak-anak.

38) Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak.

39) Tidak tegas mendidik anak-anak.

40) Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama.


Lagi Cerita Teladan Rasulullah Yang Boleh Buat Kita Tersenyum


SUATU hari Rasulullah SAW pulang dari medan jihad fisabilillah. Rasulullah pulang diiringi para sahabat. Di depan pintu gerbang kota Madinah kelihatan Aisyah ra sudah menunggu dengan penuh rindu. Rasa rindu kepada Rasulullah SAW sudah sangat terasa.

Akhirnya Rasulullah SAW tiba juga ditengah kota Madinah. Aisyah ra dengan sukacita menyambut kedatangan suami tercinta.

Tiba Rasulullah SAW di rumah dan berehat melepas lelah. Aisyah di belakang rumah sibuk membuat minuman untuk suami tercinta. Lalu minuman itu disajikan kepada Rasulullah SAW.

Beliau meminumnya perlahan hingga hampir menghabiskan minuman tersebut ,tiba-tiba Aisyah berkata,
 "Yaa Rasulullah biasanya engkau memberikan sebahagian minuman kepadaku tapi kenapa pada hari ini tidak kau berikan gelas itu?"
Rasulullah SAW diam dan hendak meneruskan meminum habis air digelas itu. Aisyah bertanya lagi,
 Yaa Rasulullah biasanya engkau memberikan sebahagian minuman kepadaku tapi kenapa pada hari ini tidak kau berikan gelas itu? "

Akhirnya Rasulullah SAW memberikan sebahagian air yang tinggal di gelas itu .Aisyah ra meminum air itu dan dia terkejut dan terus memuntahkan air itu.

Ternyata air itu terasa masin bukan manis. Aisyah baru tersedar bahawa minuman yang dia buat dicampur dengan garam bukan gula. Kemudian Aisyah ra meminta maaf kepada Rasulullah.

Bagusnya Nabi Muhammad. Dapat air masin pon diam je. Suami sekarang, orang dah masak berjam-jam, boleh merungut lagi cakap 'Takde lauk', 'Tak Sedap'.. Jadikan teladan yer Isteri & Suami...

Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com, Wallahu'alam bissawab


Antara Sebab Allah Menemukan Kita Dengan Orang Yang Salah




Ok, anda pernah kecewa kerana cinta? Ditinggalkan kekasih? Ini mungkin jawapan kepada yang berlaku kepada anda..

  • Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.
  •  memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.
  • memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.
  • memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.
  • memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan…
  • memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.
  • memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.
  • memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.
  • memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.


Wahai sahabat dan diriku yang kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya..Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan perintahNya, dan meninggalkan laranganNYA..

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA


Subhanallah, Masjid Ini Dibina Di Bawah Tanah

Di Abu Dhabi, terdapat sebuah masjid yang dianggap unik bagi penduduk tempatan di sana. Masjid ini telah dibina dengan berkedudukan di bawah tanah. Menarik!

Pernahkah anda melihat sesebuah masjid itu dibina tanpa sebarang reka bentuk luaran, namun dibina di bawah tanah. Masjid ini boleh ditemui di Abu Dhabi dan sekiranya anda berkunjung ke sini, jangan melepaskan peluang untuk singgah bersolat. Masjid unik ini diberi nama Masjid Moschee Moschea Camii. Terlihat unik kerana lokasi tempat ibadah tersebut berada di bawah tanah, yang terlihat sejuk sekali untuk menunaikan solat. Jom lihat gambar di bawah ini.














Buat Aksi Terjun & Terus MATI!


Ngeri! Maut Buat Aksi Terjunan Dari Jambatan (5 Foto) | 
Ini bukan kes bunuh diri, tetapi seolah-olah seperti mahu membunuh diri. Seorang lelaki yang merupakan peminat tegar parkour telah melakukan aksi bahaya apabila bertindak mahu melakukan aksi terjunan dari sebuah jambatan. Mungkin ada sesetengah bagi kita menganggap, terjun ke dalam air bukanlah satu perkara yang bahaya. Namun jika ia terjun dari tempat yang tinggi, ia boleh merosakkan organ dalaman kerana hentakan yang terlalu kuat dalam air.


Mangsa, Wang Zijian, 21 tahun mati akibat impak yang terlalu kuat setelah mencecah air dalam kelajuan tinggi. Selepas impak, badan Wang kelihatan namun selepas itu tenggelam dan terus hilang ditelan arus sungai.





Tuesday 1 October 2013

Awas: Daging Kambing Tiruan Dari Daging KUCING!



Awas: Daging Kambing Tiruan

Kisah penyediaan makanan palsu atau penggunaan bahan kimia berbahaya dalam proses pembuatan makanan memang banyak berlaku di China. Kes terbaru melibatkan seorang lelaki China yang telah didapati bersalah kerana memproses daging kambing tiruan. Daging kambing tersebut di hasilkan daripada daging kucing-kucing jiran yang telah ditangkap dan dibunuh.


Umpan burung pipit

Teknik Dalang Pencuri Kucing Kebanyakan kucing ditangkap menggunakan teknik "Mengumpan". Seekor burung pipit yang diletakkan didalam sangkar digunakan untuk mengumpan kucing-kucing disekitar kawasan rumah beliau.


Kucing yang di tangkap

"Mangsa" yang sempat diselamatkan

Daging Kucing Di "Peram"

Ketika disoal oleh polis mengenai motif beliau menggunakan kucing, lelaki itu menjawab bahawa dia melihat kucing sebagai "Skim Cepat Kaya" sebab kucing boleh didapati secara mudah dan cepat. Hasilnya pula lumayan. Dan untuk memastikan bau daging tersebut seperti daging kambing yang real punya, dia "Memeram" daging kucing tersebut di dalam air kencing kambing dan juga minyak. Beliau juga mengakui menjual daging palsu tersebut pada harga borong ke restoran-restoran berhampiran.


Akibat Curang! Kepala lelaki ini dicangkul oleh isterinya!


Pada suatu hari, Maria Savez telah dapat mendapat tahu yang suaminya mempunyai hubungan sulit dengan pembantu rumah mereka. Malah, dia berjaya menemui mereka sedang berdua-duan di dalam bilik.

‘Hangin’ satu badan, Maria pun berlari kedalam garaj dan mengambil cangkul…lalu ‘dicangkulnya’ kepala suaminya itu . Cangkul tersebut tertusuk TEPAT di kepala suaminya. Suaminya telah di bawa ke hospital selepas kejadian berkenaan.



Pembedahan itu mengambil masa selama 6 jam dan ajaibnya, dia hidup serta dalam keadaan stabil.
Dia menjalani kehidupan macam biasa selepas sembuh. Tetapi bagaimana pula dengan nasib Maria?






Kreatif!! Alatan Yang Dicipta Oleh Banduan Dalam Penjara


Alatan ganas ini telah dijumpai dan dirampas daripada banduan Jerman. Rekaan mereka ini adalah untuk membuat penginapan mereka lebih selesa dan menjamin keselamatan di dalam penjara…memang dasyat banduan orang barat ni…




17 Fakta Unik Tangan Kidal



1. Menurut statistik, dari sebuah populasi, 15% daripadanya adalah kidal. Lelaki biasanya dua kali lebih cenderung menjadi kidal berbanding wanita.

2. Orang kidal memiliki kemungkinan lebih besar untuk mejadi jenius. 20% dari jumlah anggota organisasi MENSA, sebuah organisasi untuk manusia dengan IQ tertinggi di dunia, dilaporkan kidal.

3. Jika anda seorang lelaki, kidal, dan masih belajar, maka diperkirakan anda akan 15% lebih kaya daripada lelaki yang tidak kidal. Sekiranya sudah tamat kuliah, lelaki kidal akan 20% lebih kaya!

4. Walaupun begitu orang kidal memiliki kecendrungan lebih tinggi untuk ketagih rokok dan alkohol.

5. Jika kedua orang tua kidal, maka ada kemungkinan 50% keturunan mereka juga akan kidal. Sebaliknya, jika kedua orang tua tidak kidal, kemungkinan tadi akan turun menjadi 2% sahaja.

6. Pakar psikologi dari Universiti Queen di Belfast menyatakan bahawa kucing betina cenderung tidak kidal, sementara kucing jantan cenderung kidal (siapa sangka, kucing boleh kidal juga!).

7. Entah mengapa, orang kidal katanya lebih tidak suka buku berjilid dibandingkan dengan mereka yang bukan kidal.

8. Orang kidal dapat merespon stimulasi (rangsangan) dengan lebih baik sehingga kebanyakan orang kidal juara dalam bermain game.

9. Semakin tua seorang wanita mengandung dan melahirkan, semakin besar kemngkinan anaknya lahir kidal.

10. 4 dari 5 desainer komputer Mac dilaporkan kidal.

11. Menurut sebuah kajian, orang kidal hidupnya 9 tahun lebih pendek dibandingkan dengan mereka yang bukan kidal.

12. Orang kidal lebih cenderung atletik, memiliki kesedaran yang lebih istimewa dan berfikir lebih cepat.

13. Menurut sebuah kajian yang dilakukan oleh Dr Alan Searleman dari St Lawrence University di New York, menunjukkan bahawa orang kidal mampu mendukung sisi kiri tubuhnya untuk semua kegiatan fisikal. Orang kidal juga dua kali lebih berjaya dalam penyelesaian masalah dan memiliki IQ lebih tinggi dari orang yang aktif dengan tangan kanan.

14. Orang dengan tangan kidal relatif lebih cerdas daripada bukan kidal (Guardian UK)

15. Orang Kidal lebih mudah mengawal emosi dibandingkan dengan bukan kidal (National Geographic)

16. Jumlah orang Kidal meningkat pesat setelah tahun 1910 (BBC)

17. Orang Kidal sehingga kini berjumlah sekitar 10% dari seluruh populasi dunia (National Geographic)




Pasangan Gay Melayu Bangga Pamer Bukti Cinta Selamanya Di Youtube!


Suatu ketika dahulu, hubungan cinta terlarang seperti homoseksual dianggap tabu dalam masyarakat kita.

Pendek kata, memang berani matilah jika ada pasangan gay atau lesbian yang mengaku secara terang-terangan mengenai hubungan mereka.

Namun sekarang tidak lagi apabila ada di kalangan mereka yang sudah semakin berani mencanang hubungan jijik itu seperti yang dilakukan pasangan gay, Qied Nazz dan Syakie Syah.

Video ‘keindahan alam percintaan’ kedua-duanya dapat disaksikan di laman YouTube dengan tajuk “Qied Nazz & Syakie Syah – “GAY”licious Yang Terindah Is Love”.

Pasangan ini juga menggunakan panggilan ‘hubby’ dan ‘daddy’ berdasarkan minit ke 0:39.

Tidak diketahui sama ada video itu dimuat naik sendiri oleh pasangan tersebut atau pihak lain, namun kami percaya video itu dibuat sendiri oleh mereka.

Ini dibuktikan melalui sebaris ayat pada minit terakhir video tersebut iaitu, “Thank’s to whacting present video from us ; Syakie Syah & Qied Nazz”.

Abaikan kesilapan ejaan kerana itulah yang mereka sampaikan melalui video yang sangat ‘romantis’ ini.
Penulis percaya, sokongan daripada ramai pihaklah yang menjadikan gejala songsang ini semakin berleluasa.

Jika diperhatikan di laman sosial, siap ada komen-komen yang mendoakan kebahagian pasangan homoseksual kerana merasakan ia merupakan hak mereka.

Hak bercinta, hak kami katanya. Hai, nampaknya semakin hebat teknologi, semakin cetek akal dan fikiran sesetengah manusia.



Friday 27 September 2013

Kisah Benar : Pelajar Tingkatan 4 Mengaku Menikmati Keseronokan Seks Bersama 8 lelaki!

Hadis Ibnu Abbas r.a: 
Sesungguhnya Nabi s.a.w bertanya kepada Maiz bin Malik. Apakah benar berita yang sampai kepadaku mengenai dirimu itu? Beliau bertanya pula kepada Rasulullah s.a.w, berita apakah itu? Rasulullah s.a.w menjawab dengan bersabda: Aku mendengar bahawa kamu telah melakukan zina dengan seorang hamba perempuan si anu. Maiz bin Malik menjawab: Memang benar. Bahkan dia sendiri mengaku sampai empat kali, bahawa dia memang melakukan zina. Akhirnya Rasulullah s.a.w memerintahkan supaya dilaksanakan hukuman rejam ke atasnya. Hadis Riwayat Muslim


Pengajaran dan peringatan buat ibu bapa apabila seorang gadis mengaku melakukan hubungan seks sehingga lima kali seminggu dengan teman lelaki seusia di rumah kedua-dua keluarga mereka ketika masing-masing baru berusia 14 tahun.



Lebih mengejutkan, Azy, kini berusia 16 tahun, mengaku pernah ‘tidur’ dengan lapan lelaki sepanjang dua tahun terbabit dalam hubungan terlarang itu.

Menurut gadis berasal dari Pantai Timur itu, kali pertama dia melakukan seks di rumah teman lelaki seusia dengannya dan sejak itu sering melakukannya apabila ada kesempatan.

“Dalam seminggu, boleh dikatakan empat hingga lima kali saya melakukan hubungan seks dengannya. “Lokasinya juga tidak tentu. Oleh kerana saya tinggal berdua di rumah nenek, ada masanya saya bawa teman lelaki pulang atau melakukannya di rumah teman lelaki apabila ibu bapanya tiada,”

Azy berkata, sejak mengenali seks pada usia 14 tahun, lapan lelaki ditiduri untuk memuaskan nafsunya.
Katanya, sebagai pelajar yang sering ponteng dan melepak bersama rakan, bertukar teman lelaki adalah kebiasaan.

“Bila sudah tidak suka teman lelaki pada masa itu, saya cari yang lain dan tak susah mendapat teman baru. “Cukup dengan menawarkan diri untuk ditiduri, senang-senang saya dapat teman baru,” katanya yang melahirkan anak tidak sah taraf, baru-baru ini.

Walaupun sering bertukar pasangan dan melakukannya dengan rakan rapat lain, Azy mengakui tidak pernah hamil anak luar nikah, dan ini kali pertama dia mengandung hasil hubungan dengan teman lelakinya yang tinggal berjiran.

“Sejak pertama kali tahu mengenai seks, kami tidak pernah guna kondom atau pil pencegah hamil. Saya juga tidak pernah terfikir akan hamil kerana hanya tahu seronok melakukannya,” 

Menurut Azy, sebelum disahkan mengandung, ibu bapanya tidak tahu dia terbabit dalam gejala sosial dan antara pelajar bermasalah di sekolah. Katanya, oleh kerana melakukannya bersama rakan lain, setiap perbuatan dilaporkan berjaya dirahsiakan daripada pengetahuan keluarga.

“Biasanya, bila saya ditahan polis seperti bergaduh atau cikgu mengadu kepada ibu bapa… kawan menjadi penyelamat. “Saya dan rakan berpakat untuk mereka cerita lain hinggalah ibu bapa kami percaya kami tidak bersalah. Sama seperti bila ditahan kerana bergaduh, kami berpakat bahawa kami bergaduh untuk mempertahankan rakan yang dibuli pelajar lain,” 

Menurut Azy, dia disahkan hamil ketika pemeriksaan di klinik selepas neneknya mengadu mengenai perbezaan bentuk tubuhnya kepada ibunya.

“Sebenarnya, keluarga tak tahu saya terbabit dalam perlakuan tidak bermoral kerana di rumah, saya lebih banyak mendiamkan diri dan membantu keluarga bila disuruh melakukan kerja rumah. “Semua perkara buruk itu saya buat bila ponteng sekolah dan keluar pada waktu malam,” katanya.

Mengakui terkenal sebagai antara pelajar bermasalah kerana kerap ponteng dan bergaduh hingga beberapa kali ditahan polis, Azy turut mengakui sering bersembang dan menonton cerita lucah dengan rakan lain.

“Asalnya, saya bersama teman lelaki dan rakan hanya bersembang mengenai perkara lucah. Namun, lama-kelamaan ia bertukar menjadi tabiat. “Ada antara kami mengaku pernah melakukan seks dan mengajak rakan lain mencubanya. Bermula daripada situ, kami belajar mengenai seks selain kerap bertukar video lucah,” katanya.

Laili Qalid (bukan nama sebenar), 20, pula tidak menyangka akan hamil selepas kali pertama melakukan hubungan terlarang dengan teman lelaki.

Dia yang juga berasal dari Pantai Timur melahirkan anak di rumah teman lelakinya di ibu negara tanpa diketahui ahli keluarga lain. Bagaimanapun, bayi pasangan itu berjaya diselamatkan selepas beberapa jiran yang terdengar jeritan bayi menghubungi ambulans yang terpaksa memecah masuk rumah berkenaan bagi menyelamatkan bayi terbabit.

“Saya hampir tidak sedarkan diri ketika itu dan hanya melihat teman lelaki menyambut kelahiran bayi kami, malah dia tidak ubah seperti bidan sebelum memotong tali pusat bayi. “Hanya Tuhan tahu perasaan saya ketika itu kerana nyawa bagai di hujung tanduk, maklumlah hanya kami di situ dan tiada pengalaman menyambut kelahiran.
“Saya tidak sangka keseronokan sementara yang diperoleh ketika melakukan hubungan terlarang, walaupun hanya sekali, bakal membawa derita sepanjang hidup, malah kami mungkin tidak disatukan kerana mendapat tentangan keluarga,”

katanya yang melahirkan anak, 24 April lalu.

kredit : blogbahni.com


Isteri Bantu Suami Rogol Anak, Kini Dipenjara !


PERANCIS – Seorang wanita, yang membantu suaminya merogol anaknya yang berusia empat tahun ketika melawat lelaki tersebut di penjara, telah dikenakan hukuman penjara maksimum selama 20 tahun.

Sabrina Bonner, 25, didapati bersalah dengan memegang tangan anak lelakinya itu dan memaksa budak tersebut berlutut di atas kerusi, ketika lelaki itu yang juga bapa tiri budak tersebut merogol kanak-kanak tidak berdosa itu.

Pasangann, Lionel Barthelemy, 31, yang dihukum penjara sejak Ogos 2009 kerana melakukan keganasan, juga dikenakan hukuman sama.

Bonner dan Barthelemy mengakui bersalah atas dakwaan rogol dan serangan seks ke atas budak tersebut, yang kini sudah berusia lapan tahun.

Bonner juga mengaku melakukan serangan seksual ke atas anaknya itu sejak 2009 dan 2010, dan merakamkan kejadian berkenaan dalam telefon.

Memori kad tersebut kemudian diberikan kepada suaminya yang ditahan dalam penjara. Dia menyerah diri pada 2011, sebelum Barthelemy dijadualkan dibebaskan dari penjara.

“Tindakan Sabrina ini lebih teruk dari binatang,’’ kata pendakwaraya Gilles Delorme ketika membentangkan kes berkenaan di mahkamah. Pasukan penyiasat juga menemui beg plastik sampah berwarna hitam telah digunakan untuk menutup pintu kaca di bilik lawatan berkenaan.

Kes ini mencetuskan persoalan mengenai tahap keselamatan di penjara dan kenapa kakitangan penjara gagal menyekat perbuatan itu, atau mengetahui mengenai kezaliman tersebut ketika wanita itu dan anaknya membuat kunjungan di penjara.

kredit : blogbahni.com


7 Selebriti Hollywood Yang Slumber Jer Tunjuk Bulu Ketiak

Ada kalanya ketika sedang tak muncul di depan awam, selebriti pun malas mempersolek diri dan tak mencukur bulu ketiaknya. Namun ada juga yang sengaja menumbuhkan rambut ketiak dengan sengaja. Ini beberapa di antaranya.

Aktris Hollywood ini memang mengaku sering malas bercukur
Julia Robert

Komedian cantik Sarah Silverman dengan bangga memamerkan, hmm.., "kebunnya"
Sarah Silverman

Untuk perannya di film "Don't Move", aktris Penelope Cruz harus membiarkan semua bulu di tubuhnya tumbuh lebat. Beginilah hasilnya.
Penelope Cruz

Aktris Italia Sophia Loren tetap bertahan jadi bom seks selama puluhan tahun meski ia tak pernah bercukur.
 Sophia Loren

Drew Barrymore

Britney Spears

Gaga membiarkan bulu ketiaknya "panjang, kemudian mewarnainya dengan warna turquoise sama dengan rambutnya.
Lady Gaga