Thursday 3 September 2015

Doktor Keluarkan 26 Ekor Lipas Bersarang Dalam Telinga.





  Menternak sungguh la dalam telinga tu ye! Tak kan tak rasa apa-apa dalam telinga tu ae??? Tak rasa benda bergerak ke?? Yang tak boleh tahan tu sampai bersarang dalam telinga! Geli betul la.

  Di Beijing, doktor di wilayah Guangdong terkejut ada 26 ekor lipas dok bersarang dalam telinga seorang lelaki yang dikenali Li, 19. Li mendapatkan rawatan selepas terasa gatal dan sakit pada telinga kanan dia masa tidur.

  Difahamkan, doktor yang periksa telinga terkejut menemui puluhan serangga kecil di dalam telinga Li dan percaya lipas betina menghuni organ itu sejak beberapa minggu lalu sebelum bertelur di situ. Macam mana dia tak boleh sedar benda tu ada dalam telinga ye???

 “Kami melihat objek berbentuk serangga melitupi liang telinganya sepenuhnya lalu mengeluarkan lipas itu. Pemeriksaan lanjut menemui 25 anak lipas.” kata Dr Yang Jing dari Hospital Chang’an Xiaobian di Dongguan.

  Menurut Dr Yang Jing, secara keseluruhan doktor mengeluarkan 26 lipas termasuk la ‘ibu’ dengan 25 anak lipas sebesar nyamuk kecil. Lipas ni korang nak tau, antara serangga paling tahan lasak dan ada spesies mampu hidup beberapa bulan dengan hanya sumber terhad aje.

  Serangga itu gemarkan tempat gelap serta panas, sama seperti liang telinga manusia. Patut la lipas tu boleh bersarang dalam telinga