Tuesday, 8 January 2013

Filled Under:

Tyzo Hilang Punca Pendapatan Kerana Disingkir Tanpa Notis


Sebetulnya nama Tyzo agak kurang dikenali, tetapi bagi pendengar Suria FM anda tentu tahu siapa Tyzo.
Dia adalah deejay yang mengendalikan slot MJ (Manja-manja je) pada setiap Khamis malam Jumaat.
Bagi pendengar Suria FM, mereka menyifatkan Tyzo sebagai seorang yang kelakar dan sempoi orangnya.

Namun, apa yang menyedihkan apabila Tyzo telah diberhentikan daripada radio berkenaan tanpa sebarang notis awal.
Memetik laopran BiPop Ahad lalu, Tyzo ada meluahkan rasa kecewanya. Sedikit sebanyak tersentuh juga apabila membaca kisahnya.
Ikuti luahan hati Tyzo.

Saya dipanggil Pengurus Program SuriaFM yang baru, Adiwati Zainuddin pada 31 Disember yang lalu. Saya tidak menyangka itulah titik terakhir selepas lebih enam tahun bersama stesen radio tersebut. Saya akui kontrak saya tamat pada hari berkenaan. Tapi, selalunya diperbaharui. Apa yang dikesalkan, kenapa mereka tidak memberitahu saya tanpa sebarang notis awal? Mereka menyingkirkan saya begitu saja.

Terkejut dan marah dah bercampur baur. Saya bukannya orang baru di SuriaFM, kenapa aniaya saya? Alasan yang diberikan , kehadiran saya tidak sesuai dengan halatuju SuriaFM pada 2013. Saya tidak faham, jika gaya penyampaian saya tidak kena, sila beri tunjuk ajar, bukannya buang saya macam sampah!

Berperikemanusiaan sikit. Saya banyak tanggungjawab, kena bayar ansuran rumah, kereta dan menanggung ibu yang tidak sihat di kampung. Bagaimana perasaan anda apabila hilang kerja dalam sekelip mata? Saya tertekan, saya bukannya ada kerja lain, selain tugas sebagai penyampai SuriaFM. Cara mereka menamatkan kontrak saya cukup menyedihkan. Jika diberi notis awal, sekurang-kurangnya saya bersedia. ini tidak, saya terpinga-pinga apbila diberitahu kontrak tamat dan tidak perlu bertugas lagi.

Saya tidak kisah jika ditendang kerana saya punya rekod displin, tidak hadir kerja tanpa sebab atau mengambil cuti sakit tanpa surat. Entahlah, saya pun tak tahu nak buat apa sekarang. Jiwa saya tertekan sangat. Syarikat berjanji mahu membayar gaji saya sehingga hujung bulan ini, tapi itu janji mulut. Saya sudah tamat kontrak takkan mereka nak bayar gaji saya lagi.

Kasihan Tyzo. Siapa yang tidak keruan jika hilang pekerjaan kan? Bersabarlah..







5 comments:

  1. keje jelah supermarket bersepah..

    ReplyDelete
  2. kesiannya...banyakkan bersabar ye abg tyzo..mgkin rezeki abg kat tmpat lain..dn lebih baik dr tmpt keje lame..kpd suria fm, anda silap kerna melepaskan dj yg berbakat sepertinya...

    ReplyDelete
  3. aku yang ada keje ni plak nak berenti
    adoi

    ReplyDelete