Friday 21 August 2015

Filled Under:

5 FASA KEHIDUPAN YANG PERLU KITA KETAHUI!!!


Selepas kewafatan Nabi Adam as, zaman kenabian silih berganti sehingga ke zaman Nabi Muhammad saw. Baginda merupakan rasul yg terakhir dilantik Allah swt. Bermakna zaman baginda merupakan zaman terakhir dalam sejarah peradaban manusia. Tiada lagi Rasul yg akan memerintah selepas Baginda maka sudah tentu kiamat akan terjadi pada zaman rasul terakhir ini. Dalam zaman pemerintahan nabi terakhir ini, terdapat pecahan lima fasa sebelum sampai ke pengakhiran ketamadunan manusia dan seluruh isi alamnya.

Berikut adalah LIMA FASA akhir zaman seperti yg telah diceritakan oleh Nabi Muhammad saw :

Fasa PERTAMA : Mengikut Rasulullah saw, fasa pertama dalam akhir zaman ini adalah fasa ketika Nabi Muhammad masih lagi hidup. Adakah zaman ini sudah berlalu? The answer is YES.

Fasa KEDUA : Fasa kedua adalah fasa di mana zaman pemerintahan adalah mengikut cara kenabian. Pada zaman ini, kita dapat lihat bahawa umat Islam diperintah oleh empat Khulafa' Ar Rasyidin. Adakah zaman ini sudah berlalu? The answer is YES.

Fasa KETIGA : Fasa ketiga pula adalah fasa di mana pemerintahan dilakukan oleh kerajaan yang menggigit. Perkataan 'menggigit' seperti yg dimaksudkan dalam hadis nabi itu adalah bermaksud mereka hanya menyerahkan kekuasaan mereka kepada keturunan mereka. Pada fasa ini, kita dapat lihat kerajaan Umaiyah, Abbasiyah dan Uthmaniyah adalah berkuasa dengan menggunakan sistem monarki. Adakah zaman ini sudah berlalu? The answer is YES.

Fasa KEEMPAT : Fasa keempat adalah zaman di mana dunia diperintah oleh pemimpin yang sombong dan bermaharajalela. Adakah zaman ini sudah berlalu? The answer is NO. sebab zaman itu adalah zaman sekarang.

Fasa KELIMA : Pada fasa yg terakhir ini, dunia akan kembali diperintah mengikut cara Nabi berasaskan syariat Islam. Adakah zaman ini sudah berlaku? The answer is NO.


Setelah Nabi habis bercerita tentang fasa yg kelima, Baginda terus diam dan bersedih. Dan diam itu menandakan bahawa SEJARAH MANUSIA TELAHPUN TAMAT.

Rasulullah pernah mengingatkan umatnya yg akan hidup dalam fasa yg keempat bahawa pada fasa ini akan datangnya satu fitnah. Fitnah yg paling besar dalam sejarah ketamadunan hidup manusia. Fitnah apa? Ya. Fitnah Al Masih Ad Dajjal nauzubillah.

INSYALLAH NANTIKAN KUPASAN ISTILAH MATA DAJJAL BERMATA SATU,APA KAITAN KEMUNCULAN DAJJAL DARI BUKIT,ADAKAH DAJJAL SEJENIS RAKSASA ATAU MANUSIA?...




0 comments:

Post a Comment