Tuesday 18 August 2015

Filled Under:

Perkara sebenar yang perlu kita ketahui,pelajar tidak miliki pistol..

                                                                       Pelajar tidak miliki pistol    
Polis meminta orang ramai berhenti menyebarkan dakwaan berhubung kejadian dua remaja yang dikatakan mencuri pistol di sebuah rumah perlindungan di Ampangan, di sini, Isnin lalu bagi tujuan melakukan jenayah.

  Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Jaafar Mohd Yusof berkata, berita yang sudah menjadi viral dalam laman sosial itu tidak tepat.

 “Saya ingin perbetulkan fakta kejadian tersebut. Polis mendapati kejadian itu disebabkan kecuaian pengasas pusat perlindungan yang meninggalkan kereta tanpa mematikan enjin.

 “Disebabkan itu, ia membuka peluang kepada remaja terbabit mencuri apabila ternampak sebuah beg bimbit yang diletakkan dalam kereta itu,” katanya.

  Menurutnya, kejadian itu hanya kes kecurian biasa kerana pada mulanya suspek mahu mencuri wang.
“Bagaimanapun, mereka tidak sangka terdapat pistol dalam kereta dan mengambilnya. Ia bukan bertujuan melakukan jenayah,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, semalam.

  Jaafar berkata, disebabkan kecuaian itu, polis siasat dan akan mendakwa pemilik senjata berusia 50-an itu di mahkamah.“Remaja berkenaan bagaimanapun sudah diikat jamin,” katanya yang menjelaskan kes berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 35 Akta Senjata Api 1960.

sumber : Sinar Harian




0 comments:

Post a Comment