Petang yang sepatutnya menjadi hari yang ceria bagi keluarga ini, berakhir tragedi…
Dan kemalangan yang berlaku ini benar-benar meruntun hati sesiapa yang melihat dan berada di tempat kejadian.
Dengan sekelip mata, anak yang baru berusia 3 tahun setengah, maut di hadapan mata bapanya setelah digilis kereta yang dipandu ibu kanak-kanak malang terbabit.
Kejadian berlaku kira-kira jam 2 petang di Jalan 25/70A, Sri Hartamas, Kuala Lumpur.
Tiga sekeluarga ini baru sahaja tiba di sini untuk menikmati makan tengahari di sebuah restoran.
Suami, Eugene Chong dan anaknya, Isabel Chong, baru sahaja keluar dari kereta.
Kedua-duanya kemudian bediri di belakang kereta.
Isteri Eugene, Tan Lih Ying, yang membawa kereta, kemudian cuba membetulkan kedudukan keretanya di ruang tempat letak kereta.
Bagaimanapun, wanita terbabit dipercayai tersilap ketika memasukkan gear menyebabkan kereta Proton Wira Aeroback ini tiba-tiba meluncur laju mengundur.
Akibatnya, Isabel yang berdiri betul-betul di belakang kereta, terus dirempuh dan digilis tayar belakang dan terhimpit di bawah tayar hadapan.
Kereta terhenti setelah belakangnya terlanggar sebatang pokok hiasan.
Semuanya berlaku dengan pantas
.
Isabel yang cedera parah di kepala, ditemui di bawah tayar hadapan yang tersangkut pada tebing tempat leatak kereta
Orangramai yang terkejut dengan kejadian itu, segera memberikan bantuan dan beramai-ramai mengangkat kereta bagi mengeluarkan Isabelle yang berlumuran darah.
Sebuah ambulan dari Emergency Resources Managements yang kebetulan beribupejabat tidak jauh dari tempat kejadian, tiba bersama tiga anggota perubatan beberapa minit kemudian.
Bagaimanapun, Isabel telahpun meninggal dunia akibat kecederaan teruk di kepala.
Dan sepanjang selepas kejadian sehinggalah pegawai penyiasat trafik tiba di tempat kejadian, Tan tidak henti-henti menangis, meraung dan meratap sambil memeluk mayat anaknya.
Suaminya termasuk beberapa orangramai, terpaksa mententeramkan Tan yang tidak dapat mengawal perasaannya.
Dan, akhirnya, apabila pegawai penyiasat trafik tiba, Tan sendiri yang mengangkat mayat anaknya ke atas pengusung.
Mayat Isabel di bawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.
Kesianya dia..mcm mana la perasaan..dah la terlanggar anak sendiri.....ermmm
ReplyDeleteINFO : Apakah Kesan Zikir Terhadap Otak manusia
kesian la tengok budak tu....xboleh aku tengok...xsampai hati...
ReplyDeletehuhuhuhuhu!
ReplyDeletePANAS:AWEK GERSANG CARI JODOH DI LAMAN SOSIAL!
GEMPAR:GOLLUM MENGGUNAKAN PRODUK COLGATE WHITE!
18SX:KISAH AYAH MENODAI ANAK DARANYA!
Moral of the story,jgn sesekali berdiri d belakang atau dpn kereta yg tgh hidup enginenyer tau time suami or isteri msh ader dlm kereta nk parking ker,nk start kereta ker,sntiasa berdiri tepi kereta or jarak agak jauh dri kereta kerana malang tidak berbau,blh menimpa sesiape shaja.
ReplyDeleteSEDIHNYA....FOBIA SEPANJANG HIDUP...
ReplyDeleteNasihat untuk semua pembaca jangan sesekali tinggalkan anak, isteri atau suami kita berada di luar kereta semasa atau hendak menukar @ mengubah kedudukan kereta sama ada undur kehadapan, belakang, sisi dan meletakan tempat letak kereta kerana malang tidak berbau.Tidak salah kita ajak mereka naik bersama.
ReplyDeleteBetul tu.apa salahnya betulkan dulu kedudukan kereta dan bila dah puas hati baru matikan enjin dah suruh ahli keluarga turun.
DeletePILU AKU TGK..
ReplyDeleteSelalu terjadi bg kereta auto. Sebab x perasan dgn gear.
ReplyDeletedont let woman drive a car~~ totally worse
ReplyDeletehotak ko.ingat klo bawak kereta semua camnih ker?
Deleteko bru buka fb ke...tak terbca hari 2 bpa nak langar ak kat blakang kreta..yg perkataan BAPA 2 Pmpuan ke..nampak sgt lah ko ni spesis ego tak bertempat...
Deleteada lesen keta ka?
ReplyDeletePeringatan:betulkan dulu kedudukan kereta semasa parking.dah puas hati br suruh ahli keluarga anda turun.just beringat.kalau nak jadi tetap jadi.
ReplyDeleteYa ampun. Matamu di mana bu. Itu hrsnya. Liat spion bu. Astagfirullah
ReplyDeleteBiar gmn pun tu ibu hrs di pross sesuai hukum. Krn kelalaian nya mnyebbkn nyawa melayang. Hhhhhgg
ReplyDeleteYa ampun. Matamu di mana bu. Itu hrsnya. Liat spion bu. Astagfirullah
ReplyDelete