Peminat bersorak girang melihat aksi awek bertudung di atas pentas. Bersorak bukan kerana awek bertudung itu beraksi ghairah di atas pentas, tetapi bersorak girang melihatnya hebat menyanyi. Kelunakan suaranya membuatkan peminat terpana.
Kepala yang disarung tudung menyebabkan peminat lebih dekat kepadanya. Kononnya awek yang bertudung adalah perempuan yang baik dan wajar untuk dicontohi. Inilah pemikiran sempit yang membelenggu umat Islam hari ini, akibat daripada penerapan hukum sekular. Asalkan bertudung sahaja, mereka itu membawa imej Islam.
Masyarakat menjadikan artis sebagai contoh, bukan al-Quran dan as-Sunnah sebagai sandaran undang-undang. Sekiranya artis itu bertudung, tudung seperti itulah yang akan dicontohi fesyennya, tanpa mengikut hukum syarak. Lazimnya, tudung ketat dan tudung yang tidak menutup dada sehingga menampakkan bentuk kedua-dua 'bukit' wanita sering dijadikan tudung contoh.
وَقُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا ۖ وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّ ۖ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَىٰ عَوْرَاتِ النِّسَاءِ ۖ وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِن زِينَتِهِنَّ ۚ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. [an-Nur:31]
Inilah peranan artis bertudung. Memesongkan ummat daripada ajaran Islam yang sebenar. Kononnya mereka bertudung, merekalah contoh ikutan yang wajar diikuti. Walhal, mereka tidak menutup aurat seperti mana yang Allah telah tetapkan. Maka, peminat yang mengikut gaya fesyen artis ini turut sama masuk longkang bersama-sama artis pujaan mereka.
Mereka bukanlah membawa ajaran sesat mahupun menyesatkan aqidah umat Islam, tetapi peranan mereka amat besar sekali untuk menjadi ejen Barat untuk menjauhkan umat Islam daripada ajaran Islam. Perkara ini adalah hakikat yang harus ditelan walaupun pahit oleh peminat-peminat. Artis yang terbabit juga harus menelan hakikat ini, kerana mereka secara tidak sedar dan tidak rasmi menjadi ejen-ejen Barat dalam memesongkan umat Islam daripada ajaran Islam!
Inilah kesan daripada penerapan hukum sekular yang lahir daripada akal manusia semata-mata. Undang-undang dicipta berdasarkan majoriti 2/3 undi di dalam parlimen. Artis juga tidak terkecuali daripada terkena bahana-bahana sekularisme.
Buktinya, tudung yang dipakai oleh para artis walaupun tidak mengikut hukum syarak diislamkan. Mereka telah mengislamkan trend supaya tindakan mereka itu adalah mengikut hukum syarak. Bertudung tapi menyanyi, berpakaian ketat pun, 'tepati syarak' juga, dan ummat tergila-gila untuk mencontohi fesyen tudung itu.
Sedarlah, Nabi Muhammad SAW itulah contoh ikutan terbaik, bukan para artis! Sedarlah, artis-artis itu sedang menyesatkan kita dalam diam. Mahukah kita masuk longkang bersama-sama artis itu?
*****
لَّقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا
Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah. [al-Ahzab (33):21]

Ini baru diperhatikan daripada aspek tudung. Bagaimana pula dengan aksi-aksi mereka menonjolkan diri di khalayak umum meliuk-lentokkan tubuh mereka yang disarung dengan baju ketat serta mengenakan solekan yang berlebihan yang bisa menggetarkan jiwa lelaki normal? Hal aurat tidak lagi diambil peduli. Peminat terus memuji artis-artis bertudung dengan pujian yang lebih kurang, "Saya suka awak bertudung. Kekalkan imej bertudung". Begitu mudah hati ummat dibutakan dengan bertudung. Seolah-olah bertudung itu merupakan lesen untuk menyanyi dan menonjolkan diri di khalayak ramai!
Inilah kesan daripada penerapan hukum sekular yang lahir daripada akal manusia semata-mata. Undang-undang dicipta berdasarkan majoriti 2/3 undi di dalam parlimen. Artis juga tidak terkecuali daripada terkena bahana-bahana sekularisme.
Buktinya, tudung yang dipakai oleh para artis walaupun tidak mengikut hukum syarak diislamkan. Mereka telah mengislamkan trend supaya tindakan mereka itu adalah mengikut hukum syarak. Bertudung tapi menyanyi, berpakaian ketat pun, 'tepati syarak' juga, dan ummat tergila-gila untuk mencontohi fesyen tudung itu.
Sedarlah, Nabi Muhammad SAW itulah contoh ikutan terbaik, bukan para artis! Sedarlah, artis-artis itu sedang menyesatkan kita dalam diam. Mahukah kita masuk longkang bersama-sama artis itu?
*****
لَّقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا
Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah. [al-Ahzab (33):21]
hoho
ReplyDeletezaman dh berubah .. ish2..
ReplyDeleteTutup atas tp Bawah terbuka, buat apa?
ReplyDeleteTERBAIK : Telur Separuh Masak Untuk Ayah daripada Mak(18++)
pakai tudung pun kena mengena ngan parlimen ker..lol..
ReplyDeleteOk la bertudung dari tak bertudung, dedah sana sini. Zaman skrg ni klu nak jd artis kene pakai tudung labuh.. jgn nampak kulit, nampak mata je. Zaman skrg ni kat malaysia semut seberang laut nampak, gajah depan mata tak nampak. Byk isu lagi kat luar yg lbh buruk dari isu ni. Duduk kat malaysia mcm ni la, sikit2 nak cr isu..
ReplyDeletesetuju...
Deletemane bleh macam tu itula bila dibiarkan brtudung tpi x menutup aurat pun jadilah benda yg x diingini macam rogol zina sane sini...
Deleteklu nk ttp aurat ttp trus sekali dgn suara....bkn half2..ngat main2 ke ape..
DeleteDah bertudung..tak yah nyanyi lagi..same je dosa...
Deleteitu bukun isu, tapi hukum.faham betul2
Deleteapa la.. memang menyesatkan!
ReplyDeleteTIPS:CARA MENGELAKKAN ROKOK KENA PAU!
LAWAK:RITUAL MANDI BUNGA DI AFRIKA!
MUNTAH:GAMBAR PONDAN AFRIKA YANG PASTI MEMBUAT ANDA TERMUNTAH!
memang betol xsemua artis bertudung mgikut garis pnduan mnutup aurat yg sbenarnya tpi sekurang2 nya mreka cuba mnutup aurat.. jgn tros mghukum mreka.. insyAllah di kemudian hri mreka mnjadi lbih baik...
ReplyDelete.Pakai tudung cerita tudung laa .. Apasal ade kene mengena ngn politik ? Bodoh admin .. Cakap artis secara xlangsung jadi agen barat .. Kau tu agen nak jatuhkan kerajaan ?? Tudung2 laa .. Pe kene mngene ngn politik ?? Choyyyy
ReplyDeleteboo....
Deletekenapa perlu salahkan orang lain atas kesalahan diri sendiri? Nak ikut atau xnk ikut cara pemakaian,terpulang pd dri sndri. Lau iman kte kuat kte xkn mudah tpengaruh bila melihat sesuatu. Hentikan sling tduh menuduh. Smpai ble kte org islam nk sling tunding menunding jari. Cuba ltk dlm dri kte sndri,artis mmg ikon,sape2 pn bleh jd ikon. Ap yg bek kte jdikn cntoh,yg xbek kte pndg dri kte dlu sblum cerminkn dri org len.
ReplyDeletesetuju 100x...
Deletepe la kolot sgt !! g la cari isu len..jendol la ko nie !
ReplyDeleteelehhh nampak sangat laa yang awak tu....
DeleteDia ni bodoh.. Isu2.. Jgn bace la lau xsuke bodoh!
Deletebangang nye artis..
ReplyDeleteAllah Maha Mengetahui....
ReplyDeletebtul la kta admin tu...klu nk bertudung, biar dgn cara yg btul....by the way,itu risiko jd artis.sentiasa menjd perhatian org..jd la role model yg terbaik...
ReplyDeletesemua dah jahil sangat.. benda yg betul jdi salah, benda yg salah jdi betul. manusia sekarang hanya menilai seseorg melalui penampilannya, bukan hatinya.
ReplyDeleteSebab tu Ustaz Azhar Idrus ckp, perempuan tak wajib pakai tudung, tapi WAJIB TUTUP AURAT..
ReplyDeleteKorang org sume pun bahalol.. Kalo xsuke admin wai isu ni,jgn bace bodoh. Mcm la bgs sgt. Nak marah asal? Ko ke yg bertudong? Dia punya
ReplyDeleteKlau dah nama perempuan dduk rumah je. .semua anggota badan wanita adalah aurat termasuk suara. .peace \m/
ReplyDeleteisu dengan hukum berbeza.isu kita boleh tolak tapi hukum jangan sekali
ReplyDeleteBanyak org sekular di sini,memisahkan setiap sisi kehidupan manusia sebagai benda yg berasingan,sedang ajaran Islam yg syumul ini meliputi segala sisi kehidupan manusia!Istighfar byk2!
ReplyDeleteklu keluarkan isu hukum Islam ada je yg nak bangkang. ketara sangat manusia sekarang semakin jahil ngan hukum ALLAH. Kalau da tau salah, jangan la nak tegakkan benang yg basah..
ReplyDeletekalau muncul je isu cam ni, ada je yg nak bangkang. ketara sgt manusia skrg jahil hukum Allah.. da tau salah, salah le. tak yah nak tegakkan benang yg basah. isu mcm ni perlu untuk menyedar kan manusia yg tak sedar2.
ReplyDeleteKalau penampilanbegitu hati juga begitu,penampilan adalah kata hati
ReplyDeletekalau dia buka tudung baru sedap tengok. cuba tiru artis indon, golek-golek itik, goyang spring dan lain-lain. menyanyi pakai tundung ni kat malaysia saja...mana ada orang tiru.
ReplyDeletesuara pon dh aurat bukan...die tutup tudung konon artis baik2 lar tp bukan kah suara pon aurat wanita
ReplyDeleteRasa penyanyi pakai tudung tak la meyesatkan....sekurang2nya dia berubah kearah kebaikan....lebih baik pakai tudung rapat daripada meemakai pakaian yg mendedah aurat...kita manusia diberikan akal untuk berfikir...jadi jgn sempitkan fikiran kita....sepatutnya kita doa agar artis tu terus berubah menjadi muslim yg sebenar bukan menuduh dia begitu....fikir secara dewasa bukan kebudak-budakkan...

ReplyDeletebiar hipokrit.. lama2 ia akan jadi konkrit... jgn kolot sgt.. dosa tt dosa.. lau nk diikotkan..hampir semua perbuatan seharian kita adalah dosa kita... bergantng kepada nawaitu... mgkin ade kebaikan nye penyanyi bertudung ini.. cube pikir balik.. jgn nak tuding jari je... cube tgk penganut agama lain xde pon nk salah menyalah... menasihati itu lebih baik kn??
ReplyDelete