Monday 23 September 2013

Filled Under:

Hantaran RM50K - Fouziah Gous Sah Milik Zhafran


Pelakon, Fouziah Gous, 30, akhirnya sah menjadi milik Md Zhafran Md Yusof, dengan hanya sekali lafaz sekitar jam 9.40 malam, 19 Sept 2013

Akad nikah disempurnakan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Petaling, Selangor, Ustaz Mohd Sujak Mohd Dasuki serta berwakil walikan oleh abang kepada Fouziah Gous, Abdul Wahab Mohd Gous dalam satu majlis yang penuh manis dan sempurna di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutung, Shah Alam.

Sejurus selepas akad nikah, Zhafran telah menyarungkan cincin ke jari manis Fouziah Gous untuk sesi membatalkan air sembahyang.

Zhafran yang merupakan seorang ahli perniagaan turut menyerahkan mas kahwin bernilai RM1, 112 serta mas kahwin sebanyak RM50 000.

Selain itu, pihak lelaki turut membawa 7 dulang hantaran kemudian dibalas dengan 9 dulang hantaran daripada pihak Fouziah Gous.

Dulang hantaran daripada pihak lelaki berupa sireh junjung, set barang kemas dan mas kahwin, set wangian, senaskah al- Quran dan telekung, cek hantaran, clutch dan kaca mata dan manisan coklat.

Manakala dulang hantaran daripada pihak Fouziah Gous pula Sireh Junjung, sebentuk cincin, jam tangan, kaflin dan kaca mata, tali pinggang, sebatang pen dan clutch, set wangian dan penjagaan wajah, manisan strawberri dan manisan kurma.




0 comments:

Post a Comment