Wednesday 11 September 2013

Filled Under:

Lawak Vol. 1


JANGAN MENYAMPUK!

Satu hari ketika dalam perjalanan balik dari Ipoh, aku singgah sekejap di KLCC.
Ada sesuatu untuk aku beli. Ketika aku sedang mencari barang dibeli, tiba-tiba perut
aku terasa memulas. Apalagi aku pun terus bergegas ke tandas yang terdekat. Masuk saja ketandas
aku tengok ada 3 bilik air. Bilik air yang di tengah bertutup, jadi aku pegi yang
disebelahnya. Baru saja aku duduk, aku terdengar orang dari sebelah bersuara,

“Haa, camna sekarang ?”
Aku pun bukan suka nak berbual dengan orang yang aku tak kenal. Entah macamana untuk tidak menghampakan orang, akhirnya aku balas juga,
Ok gak ler”.
 Kemudian suara tu bertanya lagi,
Kau nak gi mana ni??
Iskk… Aku mula rasa musykil… tapi aku balas,
“Aku nak balik, singgah sini nak beli barang sikit”
Lepas suara tu bertanya lagi,
“Bila kau nak gerak ni??”Aku selamba jer kata,
“Lepas aku sudah ni, habis beli aku chow la”.
Kemudian aku terdengar lagi suara org sebelah tu berkata
“Hei, aku call kau balik lepas ni, tiap kali aku tanya soalan kat kau, mamat bodo sebelah aku ni asyik jawap jer!!!

CUTISAKIT

Suatu hari, Salmah ponteng sekolah. Dia telefon guru kelasnya dan menyamar sebagai ibunya.

Salmah : Hello, adakah itu Cikgu Aminah binti Ali, guru kelas tahun 6 hijau?
Cikgu : Ya, saya.
Salmah : Cikgu, hari ini Salmah tidak dapat hadir ke sekolah kerana sakit.
Cikgu : Ok...ok..., er...boleh saya tahu siape yang sedang bercakap?
Salmah : Emak saya...

NYONYA MEI LEE

Pada suatu hari, seorang Nyonya bernama Nyonye Mei Lee datang ke KL untuk kali pertama selepas menang loteri. Beliau check-in disebuah hotel mewah dan seorang pelayan membawakan begnya menuju ke Bilik penginapan Nyonya Mei Lee. Nyonya Mei Lee dengan girangnye mengikuti langkah-langkah pelayan itu dan ketika pelayan tersebut menutup pintu,

Nyonya Mei Lee melihat ke sekeliling. Beliau tetiba menjadi marah lalu berkata kepada pelayan tersebut.

"Eksekius mi, lu jangan ingat wa tua, mali dari kampung, tatak tau duduk hotel.. sudah baya latut latut, lu kasi ini bilik ka??! kicik!! tatak tibi, tatak lemari tatak apa pun??? katil mau titun pun tatak????, haiyyaaa.. mau tipu olang ka??!!" 

Lalu pelayan itu pun menjawab,

"Sabar Nyonya, ini baru lift, maaa...."






0 comments:

Post a Comment