Tuesday 11 December 2012

Filled Under:

Ada Apa Di Belakang Gunung Rushmore? (Kelakar!)



Semua orang di dunia tahu tentang perihalMount Rushmore atau Gunung Rushmore di South Dakota, USA ini. Kalau tidak tahu tentang Mount Rushmore pun, kurang-kurang tahu tentang patung muka Presiden USA yang banyak dikeluarkan dalam filem Hollywood. Tapi pernahkah kita terfikir apa yang tersembunyi di belakang patung Presiden USA tersebut? Jom kita tengok.


Hehe betul ke punggung Presiden USA yang berada di belakang tu? Betul lah gambar tu. Betul tipu. Itu hanyalah lawak yang dibuat oleh orang-orang USA sendiri. Tetapi memang sangat menarik untuk dilihat kan? Di bawah merupakan gambar muka depan Presiden Amerika Syarikat yang selalu kita lihat dalam gambar atau filem.

Untuk makluman, Mount Rushmore National Memorial adalah sebuah patung yang diukir ke dalam granit muka Gunung Rushmore berhampiran Keystone, South Dakota, di Amerika Syarikat. Mount Rushmore mempunyai 60 kaki (18 m) arca kepala bekas presiden Amerika Syarikat (perintah dari kiri ke kanan) George Washington, Thomas Jefferson, Theodore Roosevelt dan Abraham Lincoln. Memorial keseluruhan meliputi 1,278.45 ekar (5,17 km2) dan 5725 kaki (1745 m) di atas paras laut.





0 comments:

Post a Comment