Friday 14 December 2012

Filled Under:

Fizo Omar Jalani Pembedahan Buang Ketumbuhan, Terima 7 Jahitan


Ketumbuhan kecil di pergelangan tangan kiri Fizo sebelum dia menjalani pembedahan.
Pada Isnin lalu, pelakon Fizo Omar dimasukkan ke Hospital Pakar Ampang Puteri, Ampang, bagi menjalani pembedahan kecil mengeluarkan ketumbuhan pada bahagian tangan kirinya. Fizo telah pun dibenarkan keluar semalam, selepas menerima tujuh jahitan akibat ketumbuhan itu.
Kesan daripada pembedahan tersebut Fizo dinasihatkan tidak melakukan kerja-kerja berat buat sementara waktu.

“Saya pun tidak sedar sejak bila ada ketumbuhan ini. Tiba-tiba ada satu benda bulat pada bahagian tangan kiri saya. Sebelum ia merebak menjadi penyakit yang lebih serius, doktor menasihati saya supaya menjalani pembedahan,” katanya kepada mStar online.





0 comments:

Post a Comment