Peristiwa ini berlaku di Raub Pahang. Kerana tidak berpuas hati akibat kenderaannya dihon, seorang pemuda yang merupakan penagih dadah bertindak kasar apabila mengajak seorang pegawai polis bergusti dan bergaduh dengannya di hadapan sebuah kedai serbaneka.
Akibat perbuatan samsengnya itu, penagih berusia lingkungan 30-an itu telah ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Raub.
Kejadian yang berlaku sewaktu jam 10 malam itu, pegawai polis berpangkat Inspektor terbabit difahamkan memperlahankan kenderaan sewaktu mencari parking di depan kedai itu.
Pada masa yang sama itu, penagih terbabit yang berada dalam kenderaannya mengundur keretanya secara mengejut, hingga mengakibatkan kenderaan itu hampir berlanggar.
Pegawai polis terbabit yang mengambil langkah berjaga-jaga membunyikan hon sebagai amaran agar berhati-hati, namun penagih itu tidak berpuas hati dengan tindakan pegawai berkenaan lalu keluar daripada kenderaannya.
Menurut Ketua Polis, Wan Samsudin Wan Osman berkata, suspek terbabit berada di bawah pengaruh alkohol dan telah mengajak pegawai polis itu bergaduh dengannya.
Bagaimanapun pegawai terbabit bertindak bijak mengawal situasi keadaan dan terus menghubungi Bilik Gerakan IPD untuk meminta bantuan sambil melengah-lengahkan suspek.
“Sejurus menerima panggilan, sepasukan anggota polis telah bergegas ke kedai serbaneka itu dan terus mengepung suspek sebelum berlaku pergelutan berikutan penagih terbabit telah bertindak agresif dalam cubaannya hendak meloloskan diri.
“Suspek terbabit berjaya ditahan beberapa minit selepas itu. Hasil pemeriksaan, polis menjumpai serbuk mencurigakan yang dipercayai dadah milik suspek. Suspek yang disahkan positif dadah telah dibawa ke Balai Polis Raub bersama dadah dan kenderaan miliknya bagi membantu siasatan lanjut,” ujar ketua polis terbabit.
Artikel Asal
Monday, 17 December 2012
Filled Under:
Info Tempatan
Gempar! Pemuda Ajak Polis Trafik Bergaduh!
Posted By:
Unknown
on Monday, December 17, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
BAGUS!
ReplyDeleteKUWANG AJAR SANGAT!
LAWAK:RITUAL MANDI BUNGA DI AFRIKA!
MUNTAH:GAMBAR PONDAN AFRIKA YANG PASTI MEMBUAT ANDA TERMUNTAH!
padan mke...nak tjuk teror knon...
ReplyDeleteMmg bodoh pn penagih dadah ni..org cmni mmg sampah!!! Bahlol..ade sekor pnagih yg aku knl,da kua msuk pusat pn sme jgk..umo da tua,ank da nk khwin tp lgsung x dihiraukn..abih brg2 yg ade kt umah tu die jual..mjur la umah die dduk tu free(umh PPRT).klu ckp bg nasihat org mmg trbaikla,mcm ustaz tp dri sndri x btol..aku pk org tua je klu mmg aku da bg tapak kaki.klu x nyusahkn org lain xpe.buang mse je bela mnusia cmni.bodoh!
ReplyDeletememang patut di tangkap...lau kena ngan org lain komphem jdi kes lain lak
ReplyDeleteMengapa Perempuan Jarang Jadi Kamen Rider...Ini Sebabnya
ReplyDeletehttp://www.youtube.com/watch?v=SW-5q0Ye3Xs
Ntah2 polis tu yg buat cerita. Polis Malaysia. Proud of you.
ReplyDeletexkan polis nk wt cta ngok.!
Deletebetul tu....
Delete-ve saja pk apa da
DeleteSuke hati ko ckp polis mcm sume polis jahat..bangang!
DeleteZayal
ReplyDeletekurang ajar namanya......kasi ajar sama dia org vam tu mmg mnyusahkkn owng je.baru padan dgn muka dia
ReplyDeleteCrita ni mmg btul mmg bnar-2 berlaku..smua yg admin tlis btul n siap ada repot polis lg..yg taktau crita yg buat andaian sendri
ReplyDeleteCrita ni mmg bnar-2 berlaku...apa yg admin critakan 2 mmg btul n siap ada repit polis lg so kpada yg taktau crita sbnar jgn buat andaian sndri ok
ReplyDeleteHahaha...biar padan muka dia...ini Malaysia la wei..ada undang2...klau perangai mcm hampeh..dok dlm hutan rimba la wei..silap2 menatang kt dlm hutan pun x nak kongsi habitat ngan org mcm ni..
ReplyDeleteKALAU PENGANAS LAGI LAH,SIAP BERTAMBAK MENAMBAK...
ReplyDeletebagus sangat.memang sampah masyarakat mcm ni bagus dibuang negara je.gantung sampai mati pastu bagi anjing makan,memang tu yang selayaknya bagi orang yang hina dan binatang macam tu.
ReplyDelete