Wednesday, 19 December 2012

Filled Under:

Pierre Andre Dengan Kekasih Yang Cantik?


Umum tahu Pierre Andre kini telah berubah sedikit demi sedikit dengan menyertai kumpulan jemaah tabligh. Di laman Instagram-nya juga dapat dilihat foto-foto Pierre menghadiri sesi ceramah agama di beberapa tempat. Menurut beberapa sumber media, Pierre telah pun menyertai kumpulan jemaah tabligh di Taman Permata, Ulu Kelang.

Namun, baru-baru ini bertempat di sebuah kompleks membeli-belah di Subang Jaya, sekumpulan rakan wartawan telah terserempak dengan Pierre ketika dia menaiki eskalator di bahagian bertentangan. Turut dilihat bersama Pierre Andre pada ketika itu adalah seorang wanita jelita yang kelihatan seperti kekasihnya.

Ketika terserempak, wajah Pierre terus berubah, namun pengarah filem yang juga anak kepada pelakon, Khatijah Tan ini tetap kekal tenang. Jika dilihat pula pada paras wajah wanita yang keluar bersama Pierre pada ketika itu, dia memanglah seorang yang sangat jelita dan penampilan wanita tersebut juga memang menarik.

Dulu, pernah dengar juga cerita bahawa Pierre Andre sudah merancang untuk berkahwin. Adakah ini wanita yang dimaksudkan? Jika benar, harap dipercepatkanlah perancangan masa depan ya. Bukannya apa, tak manis kalau keluar berdua bersama, tak sesuai pula dengan peribadi Pierre Andre yang kini sudah menyertai kumpulan dakwah.





5 comments:

  1. xde gmbr xde guna...nnt org kate fitnah bro...

    ReplyDelete
  2. KALAU NAK MASUK KUMPULAN YG MCM TU SEMATA MATA UTK MENDALAMI SESUATU (utk dapatkan "feel" ) UTK PROJEK SETERUSNYA (FILEM, BUKU, THESIS ETC) DAN BUKAN DGN NIAT SEMATA MATA ... PERKARA INI BUKAN SESUATU YG BARU....

    ReplyDelete
  3. pandai2 ja org nie sebar fitnah....smoga Allah turunkn bala kt hang....tue kt sblh dya tue llki yg pnjgkn rmbt smpai paras bahu ikut sunnah nabi...

    ReplyDelete
  4. Just let him be...yg kita duk kecoh ni asssssallll?? kita doa la moga2 dia benar2 berubah... malay is just so malay...bler org berubah alim sket "eleh nk tunjuk baik la tu" etc, bler org kawin pon sama jugak...klu kawin pada usia muda "ehh gatalnya nk kawen"... #Macam2 hal

    ReplyDelete