Thursday, 20 December 2012

Filled Under:

Sadis : Bayi Meninggal Dihempap Buah Durian


NIBONG TEBAL – Seorang bayi lelaki berusia sebulan maut apabila dihempap sebiji durian seberat dua kilogram yang luruh ketika berada dalam dukungan ibunya di belakang rumah sewa mereka di Kampung Badak Mati, Jawi dekat sini kelmarin.

Muhd. Yusuf Zainal disahkan meninggal dunia di Hospital Sungai Bakap (HSB) pada pukul 5 petang akibat kecederaan parah di kepala.

Sejam sebelum disahkan meninggal dunia, durian kampung tersebut luruh dari sebatang pokok setinggi 13 meter yang tumbuh bersebelahan dengan ampaian tempat ibu mangsa, Samimi Kasmin, 40-an, menjemur pakaian.

Samimi merupakan seorang warga Indonesia manakala suaminya, Zainal Abedin, 46, merupakan rakyat Bangladesh dan bekerja sebagai buruh binaan di Permatang Tinggi.

Kedua-dua pasangan tersebut telah mendirikan rumah tangga pada 2010 dan menetap di rumah papan itu sejak berkahwin.


Mengimbau semula kejadian itu, Samimi memberitahu, sebelum kejadian dia sedang mengangkat pakaian di ampaian dan mendengar tangisan Muhd. Yusuf yang ketika itu sedang tidur di buaian di dalam rumah.

“Saya kemudian masuk lalu mendukungnya sebelum meneruskan semula kerja mengangkat pakaian. Tanpa disangka, sebiji durian tiba-tiba luruh lalu terkena kepala dia dan tangan kiri saya,” ceritanya ketika ditemui di HSB di sini.

Tambahnya, dia kemudian cemas apabila mendapati Muhd. Yusuf terus terdiam dan tidak sedarkan diri sebelum menjerit dan memanggil jiran untuk membawa anaknya ke HSB. Ketika itu suaminya keluar bekerja.

Sementara itu, Zainal berkata, dia reda dengan kejadian yang menimpa anak sulungnya itu namun enggan mengulas lanjut.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Shafien Mamat ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut.





10 comments:

  1. Al fatihah... Takdir ajal maut dr Allah..

    ReplyDelete
  2. Bengong betul yg nak sidai kain pun bawak budak tu dah knapa, bg la dia senyap bg susu ka hapa ka bg tido blik br la sambung keja blik, geram btul x dak akai, tp Allah lbh sygkan beby tu innalillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. benda nak jadi n kematiannya dh ditakdirkan Allah kita xley nak buat ape. kuasa ditangan Allah, mohon jangan salahkan sapa2 coz org kehilangan ni lg menderita dan sedih lau kita salah kan dia...moga Allah berkati rohnye dan kuatkan semangat keluarganye tu...

      Delete
  3. sdihnye... dh ajal dia kn,nk buat mcm mna... al-fatihah buat bby tu...

    ReplyDelete
  4. ajal maut yg tak disangka...siapa mahu anaknya mati dalam keadaan begitu....cuma allah saja yg tahu perjalanan budak itu berakhir dengan cara begitu...jgn perslahkan sesiapa dlm hal ini..kita sama2 berdoa moga kita dana keluarga kita dijauhkan dari musibah sedemikian rupa..amin

    ReplyDelete
  5. knapa ampaian buat bwah pokok durian?? tu tmpah ajal nmenye!! papepon alfatihah..

    ReplyDelete
  6. jangan nak bengong2 kan orang..kene hempap durian tu cume sebab untuk kematian die..klo ko yg mati kene hempap durian, sape yg ko nak bengongkan plaks?

    ReplyDelete
  7. tp 7 ngn 8 tu cntik ke? mcm x jee =="

    ReplyDelete