Tuesday 11 December 2012

Filled Under:

Sempat Ke Saya Nak Selamatkan Rakan-Rakan Sebelum Kiamat? – Abby Abadi


Pada 21 Oktober 2012 yang lalu, Abby Abadi telah memberikan ceramah di dalam program Bicara Hijrah Selebriti (Bersama Abby Abadi). Agak menarik intipati ceramah yang disampaikan. Selepas penghijrahannya, Abby melihat betapa dunia hiburan langsung tidak mengikuti syariat Islam.


Antara kata-kata yang dikeluarkan oleh Abby ketika ceramahnya ialah:-
Bilamana saya sudah berada didalam keadaan sekarang ini, apa yang saya lihat terhadap rakan-rakan saya (pelakon) buat sekarang ini memang langsung tidak mengikut Syariat Islam. Jadi situasi industri hiburan yang macam ni memang sangat menakutkan saya. Maknanya sebagai contoh tak kira la dia tu isteri ataupun suami orang ke main belasah je sesuka hati kelakuannya semata-mata mahu mengikut skrip. Bila saya tengok macam ni memang tak ikut undang-undang islam dah


Memang benar kata Abby Abadi itu. Kita pun boleh tengok apa yang sedang terjadi di dalam drama dan filem Malaysia. Kadang-kadang tak logik dek akal babak-babak yang dibuat. Apa pun Abang Nara terharu mendengar kata-kata Abby Abadi di bawah ini:-
Saya rasa macam dah jadi satu tanggunjawab yang besar bagi diri saya untuk menyedarkan rakan-rakan artis. Risau juga saya, sempat ke saya nak selamatkan rakan-rakan saya ini sebelum kiamat?
Kalau niat Abby memang tulus ikhlas, pasti akan dipermudahkan untuk membantu rakan-rakan lain. Perlahan-lahan cubalah buat perubahan. Pasti ada yang menerima kelak. Kepada Abby, semoga terus tabah menjalankan dakwah di dalam dunia hiburan. Sumber BuahMulut.




2 comments:

  1. tp kalo dah cabut bulu kening tu mcmana?
    hurm..elok ajak org tu..tp jgn lah kterlaluan dlm politik..biasa2kan lah dr...sedangkan masa nabi dulu pun tak da plak ada ajaran sperti yg abby katakan..mngatakan pemahaman 'politik' tu dapat mnentukan syurga n neraka..hanya ALLAH yg mampu mnentukan saiapa yg layak utk masuk Syurganya n NErakanya,...walaupun sy niie mualaf...tp tak lah terlalau fanatik utk keagamaan..sbb saya d ajar utk bersederhana dlm segala segi n hal...dunia n akhirat..

    ReplyDelete
  2. die cbut kening tu sblom die berhijrah..cm tatu jgk..xsmstinye kne buang if da bertaubat pon..islam tu mudah..jgn cpt mudah melatah..tu urusan ALLAH, jgn kite lak nk mghakimi die..

    ReplyDelete