Friday 4 January 2013

Filled Under:

10 Adegan Tak Logik Dalam Drama Tempatan


Untuk renungan bersama...

1. Seorang lelaki berjalan menuju ke pondok telefon dan memasukkan syiling. Kemudian dia mendail nombor yang hendah dihubungi. Setelah sahaja menekan nombor, tidak sampai dua saat dia sudah berkata... Hello. Satu adegan yang tidak logik sedangkan talian telefon memerlukan masa lebih kurang lima saat untuk disambung. Belum dicampur lagi masa yang diperlukan oleh si penjawab bangun, berjalan dan menjawab panggilan. Adegan tidak logik ini memang wujud dalam drama tempatan melayu sejak dahulu hingga kini.

2. Dalam drama bersiri Gerak Khas, sebelum babak perbualan di pejabat polis, kamera fokus diluar ibu pejabat polis dimana terdapat dua anggota polis wanita berjalan seiringan keluar dan masuk... Dua anggota polis berkenaan muncul hampir setiap siri drama tersebut dengan gaya seperti orang berkawat malas.

3. Kebanyakkan filem seram tempatan memaparkan banyak adegan menjerit. Pengarah filem tersebut lupa bahawa sebenarnya penontonlah yang perlu menjerit ketakutan, bukannya pelakon.

4. Jika anda orang utara, pastinya anda meluat dan menyampah bila melihat pelakon-pelakon yang cuba berlakon dan bercakap loghat utara. Ini kerana mereka fikir mereka boleh membawa watak orang utara. Pada hakikatnya tidak.

5. Dalam drama melayu, jika ada babak perbualan antara seorang wanita cina dengan ahli keluarganya, perbualan tersebut dalam bahasa melayu!!! Bukannya bahasa cina. Tetapi dalam drama cina pula, babak perbualan antara wanita melayu dengan ahli keluarganya adalah dalam bahasa melayu juga....

6. Ayat yang sering digunakan dalam drama bersiri Gerak Khas.... "Tuan ada baca akhbar semalam?" .

7. Satu babak dalam drama bersiri slot Samarinda... Seorang lelaki bekerja di pejabatnya... Tiba-tiba handphonenya berbunyi.. Handphone yang digunakan adalah jenis Nokia yang mengunakan ringtone polifonik tetapi bunyi yang kita dengar adalah bunyi handphone biasa (monofonik).

8. Babak ini yang kelakar... Seorang pelakon memberitahu rakannya bahawa dia hendak menulis email kepada seseorang. Dia kemudiannya duduk di hadapan komputer dan mula menaip. Kamera yang ketika itu fokus pada monitor jelas menunjukkan pelakon berkenaan melulis email menggunakan Microsoft Word!!!.

9. Dalam satu adegan dalam sebuah filem, satu babak tembak-menembak telah berlaku diantara polis dengan penjahat. Pihak polis menggunakan sebuah kereta Mitsubishi Lancer (evo berapa tak ingat) sebagai perisai dan berlindung di balik kereta berkenaan. Polis secara berterusan dihujani berpuluh-puluh peluru dari penjahat... Tetapi kereta tersebut hanya kena satu das sahaja.

10. Semua filem seram karya penerbit tempatan akan berakhir dengan mimpi semata-mata. Anda tak perlu lagi ke panggung wayang... (Jika ada filem seram baru) kerana kesudahannya sudah anda ketahui, hanyalah mimpi. Ini adalah garis panduan yang telah ditetapkan oleh Lembaga Penapisan Filem....

Hanya sekadar lawak Jenaka :)




18 comments:

  1. dh pandai sgt cer buat drama klu jd..kutuk je tahu ntah apa2.

    ReplyDelete
  2. ERM, ASYIK NAK CARI SALAH PIHAK LAIN JE.BIAR LAH.SEKURANG2NYA ADA JUGA SAMBUTAN DAN KIRA BOLEH TGK LAH.XDE MASALAH LANGSUNG DENGAN BENDA MENGARUT KAT ATAS NI

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan la marah. Kan dah tulis kt atas tu sbagai jenaka jer. Rilek2 lha. Hahahahaha

      Delete
  3. Panda ko komen...tearingin nak tgok ko jd pgarah drama..

    ReplyDelete
  4. Kalau mahu sempurna , bikin sendiri .

    ReplyDelete
  5. NO.8 boleh dimaafkan, sb Microsoft Word mang boleh buat utk mailing

    ReplyDelete
  6. dasar meleis. apa salah komen supaya benda benda ni dapat dielakkan dan sekaligus menaikkan mutu filem tempatan. kalau tak boleh nak kritik, pergi buat filem, layan sorang sorang dalam gua. bodoh sekor sekor atas ni. -@ammketam

    ReplyDelete
  7. Sbk nak tunjuk itu slh last2 dkt no 8. Pun dah slh eja. . Owg menulis die melulis. .

    ReplyDelete
  8. memang betul pun, terima dan perbaiki, kan mudah, satu lg kalau musim cite koporat, koporat ajelah

    ReplyDelete
  9. dasar melayu cam nie ar...tegor skit dh nk melenting....ambek la info2 yg die tulis tue bt pembaikan tuk lam drama n filem...nnt compare gan drama n filem dr luar negara korg gak yg mrh bagai.....ckp xsupport la nie la...ambek dr sudut +ve....ckp xphm gan melayu2 pikir lam kotak jer....

    ReplyDelete
  10. nme pown crita..ap le...

    ReplyDelete
  11. walaupun hiburan,pengarah tetap tak boleh bodohkan penonton dgn babak yang disebutkan. dalam apa2 keadaan pun kritikan memang diperlukan,macam lah korang tak pernah mengkritik kan..

    ReplyDelete
  12. KAN DAH TULIS BAWAH TU.. HANYA SEKADAR LAWAK JENAKA. KORANG NI X BACA HBS KE

    ReplyDelete
  13. kalau diberi peluang saya pon nak jadi pengarah.. filem melayu ni best.. lg2 gerak khas.. rasanya semua ok.. cuma dari segi aksi tembak menembak tu bnyk yang harus diperbaiki.. logiknya bila kita menembak.. dari segi fizik.. mesti ada lantunan kebelakang apabila peluru dilepaskan. tapi steady je abg kita tembak mcm ringan je gun tu hahahahaha....

    ReplyDelete
  14. hehe saya bukan nak kutuk.. sy suka tgk drama gerak khas tapi adegan tembak menembak ni bnyk kena perbaiki.. tengok dorang tembak2 selamba je...

    ReplyDelete
  15. Kuah lebih isi nya kurenggg..Quality kira blakang ..janji ada masoookkk $$$$$$

    ReplyDelete