Sunday, 6 January 2013

Filled Under:

Malaysia Tersenarai Antara Negara Paling Biadab Di Dunia

Negara kita Malaysia melalui perubahan zaman, pembangunan, teknologi, ilmu pengetahuan yang sangat drastik dalam beberapa tahun kebelakangan. Dari golongan berpendidikan tinggi masih ada satu yang tidak berubah. Perangai dan amalan kita.

Enam tahun lalu, Reader’s Digest pernah meletakkan negara kita di tangga ke-33 negara paling biadap di dunia dan tahun ini, sekali lagi Reader’s Digest meletakkan negara kita Malaysia di tangga ke-33.

Dan melalui rekod kemalangan jalan raya oleh pihak polis. 20 peratus kemalangan di negara kita adalah kerana sikap yang biadap di jalan raya. Selain itu, merokok di tempat larangan merokok, menjawap telefon di dalam pawagam, lambat datang untuk temujanji, tidak mengamalkan mengucap ” terima kasih ” dan meninggalkan troli selepas membeli belah di tempat parkir kereta begitu sahaja.

Persoalan terakhir daripada kami, siapa membentuk imej negara kita kalau tidak bukan diri kita?





6 comments:

  1. Btul3x... K'byakkan r'yat m'sia bgitu... Hmmm...

    ReplyDelete
  2. Pekerja bank hong leong tmn melawati kl pun biadap...

    ReplyDelete
  3. betul-betul, pekerja public bank kuantan, jalan beserah pun sama biadap.

    ReplyDelete
  4. Kalo g mana2 universiti kt Malaysia nih mesti staf2nya biadap terutama kpda student...... dah kena kt UPM UMS dan USM semuanya sama jer x bersopan........

    ReplyDelete