Saturday 5 January 2013

Filled Under:

Kisah Rakyat Malaysia Yang Mati di WTC 9/11


Vijayashanker Paramsothy (23) adalah salah seorang dari tiga rakya Malaysia yang tekorban diWorld Trade Center tanggal 11 September 2001. Vijayashanker atau lebih dikenali sebagai Vijay oleh teman-temannya bekerja di tingkat 103 menara Selatan sebagai penganalisa syarikatAon Insurance. This is the same Aon yang menaja jersey Manchester United. In a strange conincidence Vijay ialah seorang penyokong tegar pasukan Manchester United. Beliau ialah anak tunggal kepada Sivapkiam Paramsothy dan Navaratnam Pathmawathy. Walaupun tinggal diQueen New York yang beribu batu jauhnya dari Petaling Jaya dimana dia dibesarkan, Vijay tak pernah lupa untuk menelefon ibu dan bapanya sertiap hari untuk bertanya khabar.

Check out his tie
Pada tarikh hitam 11 September Vijay baru sahaja pulang dari menghadiri majlis perkhawinan seorang teman di Sepanyol. Majlis perkahwinan berlangsung pada 8 September dan beliau berkeras untuk pulang segera ke New York untuk kembali bekerja. Mengikut laporan teman sepejabat yang terselamat, pada hari tersebut Vijay berjaya turun ke tingkat 78 sebelum berhenti bagi membantu Timbalan Presiden Kanan Aon, Howard Kestenbaum yang tercedera. Hubungan Vijay dan Howard bukanlah hubungan biasa antara seorang pekerja dan boss. Menurut isteri Howard, suaminya menjadi mentor kepada Vijay kerana mereka mempunyai minat yang sama iaitu bermain permainan video dan menyelesaikan soalan matematik kompleks.

Selepas menara utara dilanggar pesawat United Airlines Flight 11, semua orang didalam menara selatan diarahkan supaya mengosongkan menara. Vijay serta beratus-ratus individu lain segera turun ke lobi lif utama untuk turun ke bawah. Ketika menanti giliran masuk kedalam lif menara selatan dilanggar pesawat United Airlines Flight 175 . Pelanggaran pesawat ini menghasilkan ledakan bola api yang besar. Boss kepada Vijay, Howard Kestenbaum cedera parah. Vijay sendiri dilaporkan mengalami luka teruk dan melecur akibat letupan tersebut. Vijay menyuruh rakan sepejabat lain turun menyelamatkan diri sementara beliau tinggal di tingkat 78 bagi memberi pertolongan kecemasan kepada Howard.

Here is the thing. Aku masih ingat lagi selepas 911 ada cerita bodoh mengatakan tiada orang Yahudi mati di WTC pada 911. Sepuluh tahun kemudian aku masih dengar ada orang percaya dengan khabar angin ini . It's bullshit of the highest order. Howard Kestenbaum was a practicing Jew who was very active in his temple. He and Vijay died when the tower collapsed. So please stop spreading the myth of "tiada yahudi mati ketika 911". Ini penipuan besar dan memalukan sahaja sesiapa yang mempercayainya
Howard Kestenbaum - A pious jew man. Mentor to Vijay
Anyway kembali kepada kisah Vijay. Selepas kematian beliau ibunya menjadi seorang recluse. Beliau enggan keluar rumah kerana patah hati dan masih percaya Vijay akan "pulang ke rumah"suatu hari nanti. Bapa beliau Sivapkiam pula bekerja di rumah anak yatim selama 10 bulan selepas bersara dengan harapan mengambil anak angkat yang dapat menggantikan tempat Vijay dalam hidup mereka. Selepas 10 bulan mencari Sivapkiam berkata;

"Saya mencuba mencari pengganti Vijay tapi saya menyedari beliau terlalu istimewa dan tempat beliau mustahil boleh digantikan. Selepas itu saya berhenti bekerja di rumah anak yatim tersebut"

Kematian Vijay walaubagaimanapun tidak sia-sia. Jabatan Negara US dan Fullbright Comissionmenubuhkan sebuah sebuah biasiswa atas nama beliau. Ibu bapa Vijay pula menubuhkanFulbright-Vijayashanker Memorial Exchange Fellowship dimana penerima biasiswa Fullbright dari USA akan menjalani program pertukaran pelajar ke Malaysia. Sivapkiam Paramsothy dan Navaratnam Pathmawathy percaya program pertukaran pelajar ini is the way to increase understanding of culture between East and West. Fulbright-Vijayashanker Memorial Exchange Fellowship akan memberikan biasiswa sebanyak USD 23 000 setahun kepada seorang pelajar selama 23 tahun berturut-turut. Angka 23 diambil kerana ianya simbolik umur Vijay ketika beliau meninggal dunia.

Sebagai tanda kasih terakhir mereka, Sivapkiam Paramsothy dan Navaratnam Pathmawathy juga menerbitkan sebuah biografi bertajuk "The Perfect Son" bagi memperingati Vijay.

So please stop talking crap about 911. Korang cakap padan muka and shit but do you know selain dari Vijayashanker Paramsothy, dua orang warga Malaysia juga turut tekorban di World Trade Center. Mereka ialah Ang Siew Nya (37) dan Khoo Sei Lai (38) .May God have mercy on their souls. RIP. Never Forget.

Ang Siew Nya
Diolah dari:

Legacy
New Straits Time
USinfo
USAtoday




6 comments:

  1. mcm bangga je ada yahudi mabuk mati kat wtc kikikikikikiki

    ReplyDelete
  2. dah tu betul ke x tipu ke x biarlah. orang yahudi tetap musuh ketat islam. xkesa la xde ke ade ke org yahudi kat dalam wtc tu.

    ReplyDelete
  3. yahudi yg mampos kat wtc tu sikit aja kalau nak dibandingkan dgn rakyat paletine yg meninggal kat bumi palestine, so jews always the enemy.

    ReplyDelete
  4. Kami membawa pasangan untuk berkahwin secara sah di pejabat Majlis Agama Islam Thailand. Pernikahan ini adalah sah mengikut hukum syarak dan diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Insya-Allah urusan boleh dijalankan dalam 2 hari sahaja & dokumen lengkap dapat diterima pada hari tersebut.
    Sekiranya berminat, sila hubungi :-
    DRINA DMARYA RESOURCES
    No 7 Tingkat 1, Simpang 4, Teluk Pulai (Atas Kedai Kek Bee's)
    Tel : 03-33745230/ 013-3311606
    WEB KAMI :
    kahwinthaibest.blogspot.com
    drina1998.blogspot.com

    ReplyDelete