Saturday 15 December 2012

Filled Under:

[Gempar] Piramid di Lautan Jepun dan Salasilah Keturunan Melayu

Artikel ini aku rasa menarik dan patut dikongsikan kat korang ..Jom usha!

PIRAMID MELAYU TERSEMBUNYI DI LAUTAN JEPUN
Based on Japan's Mysterious Pyramids (Yonaguni)-History Channel
Writter : MistisFiles Editor/Photo : MacJay.Net
[Kali terakhir disunting pada 30/4/2011]
Tidak lama dahulu, beberapa pengkaji telah menjumpai satu kaum yang tinggal di tepi sebuah tasik di pedalaman Jepun. Kaum ini begitu jauh dari pembangunan dan masih mengamalkan cara hidup tradisional. Bahasa kaum ini tidak mampu difahami oleh para pengkaji tersebut dan bahasa mereka tidak pula punya persamaan dengan bahasa Jepun mahupun bahasa-bahasa sekitar. Namun anehnya, para pengkaji tersebut mengesan tiga perkataan yang memungkinkan hubungan mereka dengan satu bangsa lain. Perkataan itu adalah : mata, batu dan air.


Di laut sekitar Okinawa, berdekatan Pulau Yonaguni, telah dijumpai sebuah struktur piramid menyerupai ziggurat di dasar laut! Piramid ini terletak kira-kira 100 kaki ke dalam laut dan mempunyai gerbang, 
tangga dan jalan berturap batu. Pakar mengatakan usia piramid ini berdasarkan ujian radiokarbon ialah kira-kira 8000 tahun Sebelum Masehi, dan peradaban Jepun ketika itu hanyalah berdasarkan cara hidup memburu binatang dan mengumpul makanan untuk sara diri.

Peradaban piramid di Mesir bermula kira-kira 5000 tahun selepas itu. Siapakah yang membina piramid ini? Satu penemuan yang masih dirahsiakan oleh para pengkaji ialah :tulisan mirip tulisan Rencong telah ditemui di barat daya struktur itu terukir di 'hall chamber' di sebelah dalam piramid, yang merupakan 'access denied' atas sebab-sebab yang tidak munasabah oleh pihak-pihak tertentu.


Jim Mower, seorang ahli arkeologi di Universiti College London telah menimbulkan pandangan bahawa sekurang-kurangnya usia peradaban dasar laut Okinawa itu menjangkau 10,000 tahun dan peradaban ini kalau tidak melebihi sudah pasti setaraf dengan peradaban Mesopotamia dan Lembah Indus. Ahli arkeologi itu juga mengatakan bahawa "ini telah mengubah banyak pandangan tentang peradaban Asia Tenggara". Perhatikan, beliau tidak berkata tentang 'peradaban Asia Timur'.


Saya merasakan semua orang sudah tahu tentang satu keris purba yang ditemui di sebuah kuil purba di Okinawa. Ya...Okinawa lagi.

MISTERI GEN BANGSA MELAYU

Sebab itulah, tidak berapa lama dahulu beberapa penyelidik di Mistis Organization telah berusaha menghubungi seorang gadis yang juga seorang prodigi senyap dalam bidang sejarah di Malaysia. Gadis ini memiliki ciri-ciri kehidupan seperti beberapa prodigi terkenal dari gen bangsa misteri ini ; Adiputra, Sufiah Yusuf (kedua-duanya prodigi matematik ketika kanak-kanak) atau Ainan Celeste Cawley (prodigi kimia) sekadar menamakan beberapa contoh popular. Di Singapura, telah acapkali lahir prodogi-prodigi Melayu seperti di Nanyang Technological University, dan kisah seorang pemuda Melayu yang mendapat cGPA 4.00 dalam Fizik di Eropah.

Mistis Organization telah memantau gadis ini sejak dia berusia 12 tahun dan mula membuat kajian bagaimana beratus-ratus prodigi Melayu yang menunjukkan pencapaian luar biasa ketika kecil, mula menyusut bakat luarbiasa mereka apabila dewasa. Ingatkah saudara saudari akan Mohd. Shukri Hadafi, ketika kecilnya pada usia tiga tahun sudah mampu membaca suratkhabar. Mohd. Shukri Hadafi pernah menjadi anak angkat Prof. Diraja Ungku Aziz dan muncul dalam filem Menanti Hari Esok arahan Jins Samsuddin pada tahun 1977. Namun kehidupannya selepas itu menempuh hari-hari gelap dan akhirnya menjadi seorang penagih dadah.

Perlukah selepas ini saya menceritakan kepada anda, tentang Sufiah Yusuf? Ada sekumpulan pemikir di sebelah Barat telah mengkaji kemungkinan kacukan gen Melayu dengan mana-mana bangsa akan memudahkan lahirnya prodigi-prodigi luarbiasa bertaraf dunia. Mereka telah mula menyedari bahawa kacukan gen Melayu dan gen bangsa lain adalah kunci kepada 'manusia-manusia mutan' masa hadapan. Mereka telah mula memilih beberapa anak-anak muda dan melatih mereka serta menghantar mereka untuk cuba memikat gadis-gadis Melayu. Mengapa gadis Melayu? Kerana percubaan sebelum ini menghantar gadis-gadis mereka untuk membuat hubungan dengan lelaki Melayu menemui kegagalan, ada diantara gadis-gadis mereka 'dipaksa' mempelajari agama Islam dan ini berakhir dengan kes perebutan anak atau penceraian. Anda tahu pada era mana terdapat kekerapan kes-kes lelaki Melayu menghadapi kes perebutan anak dengan wanita asing bukan? Ya, dan saya ingin tekankan tentang 'sebab-sebab wanita-wanita asing itu begitu degil untuk mengambil anaknya dari gen Melayu itu, lari ke negaranya'. Saya boleh terima alasan ini ; kasih sayang seorang ibu.

Gadis ini mampu membaca sejarah Sriwijaya 500 tahun sebelum Masehi dan menterjemah tulisan-tulisan Mesir Purba dan maksud-maksud di dalam The Egyptian Book of The Dead, The Black Book dan The Golden Book of Scarab Ankh. Untuk mengetahui sejarah Melayu lebih 1000 tahun sebelum Masehi, terpaksa mencarinya di dalam kitab-kitab paling misteri di dunia The Mummy dan piramid yang menakjubkan!

Jika orang Melayu yang dungu berusaha memadamkan sejarah bangsanya sendiri, saya nasihatkan anda akan menemui kegagalan paling pahit kerana orang Mesir Purba, Phoenicia, Assyria, Babilon dan sejauh Viking di utara Eropah...mereka ada menyimpan jejak sejarah Kemelayuan yang paling misteri. Jika anak-anak Melayu yang bingung dan orang lain yang cemburu cuba membakar 'Sejarah Melayu'...malangnya 'Sejarah Melayu' telah di'fotostat' banyak-banyak dan diberi kepada bangsa-bangsa lain. Sepertimana Maharaja Sriwijaya telah menghantar keturunannya untuk membina berpuluh-puluh negarakota untuk mengekalkan survival dan hegemoni, maka sejarah Kemelayuan telah disimpan kemas dalam lipatan sejarah bangsa-bangsa lain untuk tujuan yang sama.

MELAYU - THE LOST TRIBE


Ketika Ptolemy, seorang ahli geografi Yunani melukis peta semenanjung Tanah Melayu,beliau telah menamakan semenanjung ini 'Golden Chersonese' yang bermaksud Semenanjung Emas ketika manuskrip-manuskrip India Purba menamakan tanah ini sebagai 'Suvarnabhumi' iaitu Tanah Emas. Sebuah manuskrip Yahudi Purba menceritakan sumber bekalan emas untuk membina negarakota Kerajaan Nabi Sulaiman diambil dari sebuah kerajaan purba di Timur Jauh yang dinamakan Ophir.

Kajian dari manuskrip kuno Firaun Mesir dan hieroglif di dinding-dinding kuil telah mendapati bahan pengawet, kapur barus dan rempah-rempah untuk upacara ritual mengawet mayat diimport dari sebuah kawasan di sebelah Nusantara ini. Apa yang terjadi di Nusantara beribu tahun yang silam? Benarkah ketika Firaun-Firaun Mesir sedang membina Piramid, bangsa yang tinggal di Nusantara masih bercawat dan melukis gambar monyet di gua-gua? Nampaknya perdagangan rempah telah berjalan beribu tahun dahulu malah bangsa misteri di Nusantara telah mampu mengeksport emas dikala kerajaan lain hanya mampu memperdagangkan kendi-kendi, gendang dan seramik purba.

'The Lost Tribe' adalah Bangsa Gunung (Malai) yang telah lama meninggalkan Tibet ; bergerak ke arah Timur ke satu destinasi yang tidak diketahui. Illuminati ingin benar mengenali bangsa ini. Kerana di dalam kitab-kitab Yahudi Kuno dan manuskrip-manuskrip suci ada menceritakan bangsa yang hilang. Juga Bumi Mala. Pada mulanya Yahudi Zionis menyangkakan Red Indian Amerika adalah ibu bagi segala orang-orang Manasseh 'the lost tribe'. Tetapi kesemua keputusan DNA adalah negatif. Prof Ralph Olssen kemudiannya mengkaji secara mendalam tentang Book of Mormon (yang diselewengkan dari satu manuskrip kuno) dan membuat kajian DNA sekali. Keputusan beliau adalah, ibu bagi segala keturunan Manasseh adalah orang-orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu.

Mengikut manuskrip kuno yang diseleweng menjadi Book of Mormon itu lagi, sebahagian daripada Melayu Semenanjung (termasuk Selatan Thai) juga adalah dari keturunan Bani Israel, iaitu dari kumpulan Lehi (iaitu terus dari Manasseh, yakni anak kepada Nabi Yusuf a.s. Nabi Yusuf mempunyai dua orang anak sahaja, iaitu Manasseh dan Ephraim).

Namun Mala bukanlah bangsa asal. Mala mempunyai 'benang-benang merah' dengan bangsa Scythia. Scythia merupakan bangsa asas kepada semua puak Eskimo, asli Yunan, asli Dai, asli Taiwan, hingga ke ke kaumAinu di Jepun dan suku misteri di pulau-pulau Jepun sebelum kedatangan kaum Yamato (kaum dominan Jepun pada hari ini) Lembah Mekong, Tanah Melayu, Borneo, Sumatera, Jawa, Sulawesi, Filipina, Pasifik , Madagascar dan Amerika Latin.

Scythia merupakan sebuah bangsa nomad berkerajaan yang berasal daripada Asia Tengah (ingat Teori kapak Tua dan bangsa Kambuja?) berhampiran dengan Laut Hitam. Kaitan antara Melayu dengan Scythia telah dirumus oleh seorang arkaelogis Eropah di sekitar tahun 1830an lagi. Maka ada kemungkinan Scythia merupakan bangsa asal daripada Nabi Adam a.s. Ini kerana Nabi Adam a.s. mempunyai 22 pasang anak, atau bermaksud 22 bangsa asas (kemungkinan dari kajian setakat ini).

'The Lost Tribe' telah bergerak ke 'Promised Land'.Semua puak Yahudi yang 12 (puak Yahudi asli yang pernah mengikut Nabi Musa a.s dan terlibat pada peristiwa di Padang Pasir Sinai) telah dikenalpasti oleh Yahudi Zionis (Yahudi ke-13 iaitu Yahudi campuran dari kaum Satanic-The Khazar dan Ashkenazi) namun masih terdapat satu puak Yahudi yang diketahui mereka mengamalkan ajaran Nabi Ibrahim dan Nabi Yusof, ajaran wahyu dari kitab Taurat. Pada istilah hari ini, mereka adalah orang-orang Yahudi Islam yang hilang dari rekod Illuminati dan Zionis.

Imbauan : Raja kepada segala Raja di Timur ialah empayar agung Melayu. Betapa hebatnya Raja bagi segala tamadun Timur ini apabila mereka terkenal dengan gelaran Raja Lautan dan Raja Daratan. Di mana-mana negeri-negeri yang berada dalam naungan mereka :

ada yang digelar tanah penghujung dunia,
ada yang digelar Semenanjung Emas,
ada yang digelar Survana Bumi,
ada yang digelar Golden Chersonese,

Bayangkanlah, hinggakan hamba-hamba di istana mereka juga mampu dihiaskan dengan emas. Ini belum lagi dibincangkan tentang sistem matawang mereka, kerana bangsa Melayu sebenarnya gemar berniaga dengan menggunakan emas, tetapi ke mana perginya semua rekod-rekod agung ni? Kemana perginya senjata-senjata canggih Melayu? Di mana perginya armada-armada laut Melayu yang besar gedabak dengan nama jolokan “JONG". Adakah ianya jauh lebih lebar dari kapal Laksamana Cheng Ho? Rekod sejarah yang benar ini semuanya selamat disimpan dalam arkib-arkib museum terkenal di Eropah dalam genggaman ejen sulit yang bertopengkan sang penyelamat. 


Mereka menubuhkan kerajaan BUNGA di tebing-tebing pergunungan. Kerana itu istilah Banjaran HiMalayakekal hingga ke hari ini… Mengenangkan bangsa gunung yang hebat lagi kuat dengan rajanya.

Jika anda sedar, bangsa Melayu-lah bangsa yang paling gemar menanam bunga-bunga di halaman rumah. Bunga sebenarnya terlalu sinonim dengan bangsa ini. Berhentilah menjadi goyyim kerana anda bukanlah sebuah robot ciptaan ejen Yahudi yang bertopengkan sang penyelamat. Tetapi anda sebenarnya adalah seorang pejuang yang dilahirkan sebagai bangsa Melayu dibumi Mala ini.

Bangsa Melayu juga merupakan bangsa terawal membina tugu-tugu kota yang merentasi dari :

UTARA (kemboja, cempaka, melati, petani, langkasuka, cermin, segenting)
TENGAH (kelantan, pahang, johor, melaka, kedah tua, selangor)
TIMUR (funan, okinawa, sulu,)
SELATAN (sumatera, riau, jawa)
Begitu hebatnya tamadun agung Melayu itu yang hanya segelintir sahaja para pewaris diraja yang tahu. Rekod tamadun ini berjaya disembunyikan oleh golongan Iluminati sehinggakan hampir kesemua teknologi Melayu dahulu kala berjaya disimpan di arkib-arkib tersohor dunia di Eropah. Tidak cukup dengan itu, tinggalan sejarah yang agung ini turut dikaji di dalam makmal-makmal oleh pengkaji logam. Bolehkah anda bayangkan bagaimanakah laksamana-laksamana dan pendekar-pendekar Melayu boleh sampai ke Hawaii dari semenanjung kepulauan cebu tanpa sesat dengan hanya berpandukan sejenis alat apungan dari cerdik pandai anak Melayu.

Dibawah ini pula adalah beberapa buah gambar yang telah berjaya dirakamkan oleh Gary Hagland (underwater photographer), Tom Holden (videographer) dan "C" Hagland (underwater videographer) :



















MELAYU DAN YAHUDI

Tahukah anda bahawa Yahudi (Zionis) kini sedang giat mengkaji tentang satu bangsa yang hilang?. Mengikut daftar bangsa yang hilang di dalam Kitab Yahudi Kuno, terdapat 12 puak Yahudi di masa lalu :

1. Reuben
2. Simeon
3. Levi
4. Judah
5. Issachar
6. Zebulun
7. Dan
8. Naphtali
9. Gad
10. Asher
11. Joseph
12. Benjamin

Di dalam 12 puak yang hilang ini, hanya keturunan Nabi Yusuf a.s. sahaja yang hilang daripada rekod Yahudi. Keturunan Nabi Yusof a.s menurunkan dua puak yang lain iaitu Manasseh dan Ephraim. Mengikut satu kitab Yahudi, satu ‘lost tribe’ Bani Israel (yang mendapat petunjuk ILAHI, iaitu beragama Islam) akan membunuh Yahudi Zionis di Palestin. Di dalam kitab Yahudi kuno yang lain pula, ada mencatatkan golongan Manasseh (anak kepada Nabi Yusuf a.s.) bakal menyembelih Yahudi jahat (Zionis/Yahudi Kabbalah) di Palestin. Setelah Yahudi membuat pencarian, terdapat banyak puak golongan Manasseh di sebelah timur.



Kajian projek genome oleh Rabbai Jacobovici telah dilakukan untuk mengesahkan hipothesis Dr.Ralp Olsen berkenaan Israel DNA variant dalam Bangsa Mala (rujuk www.mormonslocation.com). Projek genome itu dijangka lengkap dalam tempoh 5 hingga 10 tahun akan datang khusus untuk lost tribe disebelah South East Asia region.


Wallahualam...

Sumber TerBAIK!!




66 comments:

  1. maknanya kalau hipotesis orang Yahudi betul, kita orang Melayu akan berdepan dengan kekejaman Yahudi la kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah memang diserang dah, guna serangan minda. Kita saja yang tidak sedar

      Delete
  2. Yang pasti agama Islam dah jelas tentang skop tentera dgn skop tugas mereka tidak boleh membunuh orang awam, kanak2 & orang tua>>> ha ingat ye.. tu hak yang kene jaga. Bila nak hak kita dijaga maka kita kene jaga hak agama lain juga. Nabi pesan mainkanlah peranan dimana anda berada. maksudnya.. jika kita anak... jadi anak yg baik, jika remaja.. jadi remaja yg baik dan seterusnya, wassalam. kajilah agama sendiri dan jangan sesekali menjualnya. malu bila orang israil nanti kata kat kita kamu jual agama kamu dan kami membelinya, renung2kan. syukur dgn agama Islam yg kita warisi dan perkemaskan dan percantikkannya. < salam syg >

    ReplyDelete
  3. Lbh krg mcm tu. . .allah lebih mengetahui.

    ReplyDelete
  4. Huuuu..meremang gak bulu roma bc aritkel ni..

    ReplyDelete
  5. kita yang akan sembelih depa.....

    ReplyDelete
  6. melayu tak hilang d dunia.....

    ReplyDelete
  7. Emm..plik..npe mlayu?npe xmsyrkt len kt dunia nie?jgn bt cite nt binasa..tp pape pn perang apabila diserang..2 yg di ajar dlm islam.allahualam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kn saudara kita di palestin dh diserang...2 x dnamakan serang ke klau dh 1st awal muharram yahudi dah serang ngn beratus2 srangan udara..2 dikira serangan x???2 smua saudara kita..kita sekarang bukan nk pertahankan negara...tapi pertahankan agama...pertahankan saudara2 seagama yg ditindas di palestin..kita wajib brtanggungjawab if kita rasa kita ni Islam....yahudi dh lama declare war....so,kita harus bersedia n smangat utk hncurkan mereka...mulai saat ni...sy seru semua marilah kita mula berjuang...kerana masa sudah tiba dan mereka menanti kita...bjuanglah atas dasar cintakan Islam dan patuh trhadap Allah..dan plg pnting atas khormatan para2 nabi dan para2 rasul kita...insyaAllah kita akan dibantu dan dipermudahkan...Allahuakhbar!!! Allahuakhbar!!! Allahuakhbar......!!!!!!!

      Delete
  8. melayu bani jawi. bani yg hilang.. dah lama aku dengar pasal ini dari mursyidku. tak sangka lak yg yahudi kaji pasal bani ni. maknanya mmg ada sbb. bangsa melayu akan bangkit menegakkan islam dibumi ini sesuai dengan janji tuhan.. aminnn... rasulullah tolong kami..

    ReplyDelete
  9. XLEH NAK SHARE KE BENDA NI..XDE LINK NGAN PAPE PUN..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada..saya ada letakk button share di setiap bawah pos..mohon semak yer

      Delete
  10. Maknanya, orang Melayu ni keturunan Yahudi lah yer....

    ReplyDelete
  11. walau bagaimanapun yahudi zionis harus ditentang habis-habisan kerana merekalah yang merosakkan peradaban tamadaun pada zaman ini dan mereka jugalah yang akan menghancurkan agama islam...bersatulah kita semua dalam usaha memusnahkan bgsa laknatullah ni...jihad fisabilillah!!!Allahuakbar!!!

    ReplyDelete
  12. bangga jdi orang melayu

    ReplyDelete
  13. Org melayu nie istimewa..punya wajah seluruh umat dunia..putih hitam kelabu mata sepet mat saleh bangla....mcm2 ada...tp bangsa lain di dunia sama ja..jepun satu wajah ja...org puteh pun sama..india mcm tu jgk...mgkin jugak betul kajian tersebut..

    ReplyDelete
  14. OKeh, kalo betul la nih, aku nk cari pompan islam omputih --> dpt anak kacuk --> anak tu jd mutan power eg superstrengh akn dtg --> lawan n sembelih yahudi.

    p/s: gurauan je ni, ap2 hal BANGGA JADI MELAYU.

    ReplyDelete
  15. Klu bajau kira melayu ke? Tp klu Zionist tu, bg lesen bunuh aku bunuh..sumpah demi allah

    ReplyDelete
  16. Terima kasih Tuhan atas pembongkaran etnik melayu sebenar...... Siapakah pemimpin melayu yg mampu mendidik bangsa melayu utk layak membunuh Yahudi? Adakah kita bergantung dengan kekuatan yg ada ni nak berdepan teknologi yahudi? Mesti dan kekuatan yg luar biasa yg mampu dan dapat menewaskan yahudi bukan?Kehebatan Rasul2 dan Nabi2 d zaman mereka memiliki kekuatan Roh @ teknologi Roh berdasar taqwa d dalam hati mereka yg mereka cinta, rindu dan takut dgn Tuhannnya serta mampu utk memindahakan Rasa2 itu kepada pengikut2nya....Sudah lahirkah Pemimpin melayu yg bertaqwa yg lahir dri sistem Tuhan bukan dri sistem kehidupan sekarang yg byk d catur oleh Yahudi? Jika sudah lahir @ ada....siapa dia? D mana dia?.....kita sama2 memohon dan berdoa kpd Allah agar di datangkan segera Pemimpin MELAYU yg berTAQWA utk membela bangsa melayu sendiri dan menaungi bangsa lain2 d dunia ini dgn penuh aman, damai , harmoni serta berkasihsayang dengan ertikata lain Bangsa Melayu menjadi empayar islam di masa hadapan.....Allahuakbar

    ReplyDelete
  17. org yahudi tgh aim org melayu ker..ni yg risau ni..hanya Allah maha mengetahui..

    ReplyDelete
  18. Hmmm dah pernah baca but then saya tak boleh percaya 100%, anyway nice infos :)

    p/s: saya tak kisah kalau saya dan melayu lain keturunan Yahudi, yang penting Agama dan kepercayaankita pegang sekarang adalah Islam. :) Saya bersyukur jadi orang Islam.

    ReplyDelete
  19. Pernah dengar kisah nie dan memang ada kebenaran nya kalau kita ikut logik akal.

    ReplyDelete
  20. inilah yg dinamakan BANI JAWI...

    ReplyDelete
  21. Selalu dengar orang tua2 aku bercerita dari kecil sampai sekarang,, bangsa yahudi/america/eropah takut dengan bangsa melayu ,, lepas baca artikel ni ,, aku rasa betul juga apa yg dikatakan mereka ... dan orang tua2 aku kata ,, yahudi/eropah/america semua ni gerun dengan seorang pemimpin yg bertanggungjawab mmperkenalkan bangsa MELAYU NI iaitu Tun Mahathir ....knpa tun mahathir? ,, itu mungkin ada jawapan dri beliau dan Allah swt ... Allahuakbar!

    ReplyDelete
  22. Patutla hang tuah ckap "melayu tak akan hilang di dunia"

    ReplyDelete
  23. is it true? i need a concrete proof to fight wif other nation

    ReplyDelete
  24. ada benarnya artikel ini sebab saya pun pernah dengar dari tuan guru yg beri kuliah suatu ketika dulu...........walau apapun kita kena perkuat luaran lbh2 lagi dlman........baru boleh menentang kuffar...saya memang dah lama dengar yahudi aim bgsa kita yang amnya beragama Islam....mereka cuba masuk mll thai,singapura,pulau pinang,melaka tetapi semua ALLAH selamatkan kerana di bumi MALAYSIA masih ramai yang umpama UWAIS AL QARNI yang tak terkenal di bumi tapi sgt terkenal di langit....dia yg tak pernah mendoakan untuk dirinya sendiri dan individu tertentu tetapi doanya yang di dengar Tuhan sentiasa ditujukan untuk semua ....kita semua ini siapalah di sisi ALLAH dan siapalah kita ni di sisi seluruh para malaikat....seluruh isi langit......wassalam....

    ReplyDelete
  25. ada benarnya artikel ini sebab saya pun pernah dengar dari tuan guru yg beri kuliah suatu ketika dulu...........walau apapun kita kena perkuat luaran lbh2 lagi dlman........baru boleh menentang kuffar...saya memang dah lama dengar yahudi aim bgsa kita yang amnya beragama Islam....mereka cuba masuk mll thai,singapura,pulau pinang,melaka tetapi semua ALLAH selamatkan kerana di bumi MALAYSIA masih ramai yang umpama UWAIS AL QARNI yang tak terkenal di bumi tapi sgt terkenal di langit....dia yg tak pernah mendoakan untuk dirinya sendiri dan individu tertentu tetapi doanya yang di dengar Tuhan sentiasa ditujukan untuk semua ....kita semua ini siapalah di sisi ALLAH dan siapalah kita ni di sisi seluruh para malaikat....seluruh isi langit......wassalam....

    ReplyDelete
  26. terbaik!! (tetiba rasa minat sejarah)

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju.. bab sejarah mcm nie aq sokong.. :D

      Delete
  27. X terkata dan masih berfikir sama ada ini bukti saintifik atau masih di peringkat teori

    ReplyDelete
  28. Sebenarnya dah lamer dah cerita nih,cuma terselimut dari pengetahuan kita,negara Thailand mempunyai simpanan sejarah tentang org Melayu kerana mereka merupakan antara kerajaan tertua yg mempunyai hubungan antara kerajaan yg paling lama ngan Tanah Melayu,dan arkib di Britain masih menyimpan sejarah2 Tanah Melayu dari dahulu lagi(pasal nak rahsiakan something about our Malay)dan mereka takkan berikan balik kepada Malay,itu hakikatnya.Pasal Malay pada masa silam merupakan pahlawan paling gagah serta inovatif dan berkemahiran...kenapa inovatif?Ingat senang ker nak buat lekuk kat keris tu...dan harus diingat,keris tu sebenarnya bukan lah senjata primer semasa berlawan...sebenarnya senjata primer Malay adalah lebih canggih.Saya tgh carik kesahihan senjata primer tu...aper2 nanti saya maklumkan..tapi perkhabaran yang tak disahkan lagi,tapi Thailand sebenarnya dah tahu senjata primer Malay masa purba...pasal diorang pernah ader hubungan diplomatik ngan kerajaan Melayu Tua..
    Dan satu lagi,kenapa Portugis tak direct serang trus Melaka pada 1511 dengan armadanya?Sedangkan diorang ada senapang..meriam dan segalanya...tapi diorang menggunakan rakyat yg bernama Si Kitul untuk memecah belahkan kekuata tentera Melaka pada masa tu?Ini kena kaji...dan satu lagi,semua masyarakat dunia tidak pernah claim bahawa merekalah orang pertama yg mencipta senapang atau pistol..baik Omputeh,Sepanyol ker,Portugis ker,Belanda ker,Briton ker...kenapa?Cuma belerang jer yg kita tahu penemunya...iaitu org Cina China...pelikkan?

    ReplyDelete
  29. melayu bukan yahudi, lost tribe adalah topeng kajian yahudi utk mencari anak isteri nabi ibrahim ke tiga (qatrah)nabi allah ibrahim mempunyai 3 isteri, satu isteri melahirkan bangsa arab, satu yahudi & yg satu lagi bangsa melayu.Bangsa melayu ini yg di cari keran bangsa ini di bawah pimpinan seorang wali Allah yg akan menjadi pentadbir dunia akhir zaman juga yang akan bersama peminping agung menhenyak yahudi.
    banyak yg perlu di bincangkan bersama kita ( penulis nblok & artikal pasal melayu) utk melihat atau memahami betul2 pasal melayu demi kebaikan bersama. perlu ada satu usaha kearah pertemuan ini tidak hanya sekadar menulis di net. ada berita yg mnengatakan usm sedang ura ura mengadakan seminar melayu elok lah saudar penulis blok membentang hasil dapatan tuan ini di seminar tersebut kalau seminar ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus benar pendapat saudara.

      Delete
    2. qatrah mende?...keturah laa~pegi tengok balek kt google taip ALTER TERAHSIA BANGSA MELAYU..kt situ baru tau asal usul kite nie...neway, aku bangga jadi orang melayu yang beragama islam~gogo chaiyok

      Delete
  30. saya pernah membaca dahulu bahawa akan bangkit satu bangsa dari timur jauh (asia tenggara) yang akan membunuh kejahatan yahudi dan membebaskan palastine dibawah pimpinan Imam Mahdi..bangsa itu adalah Bani Jawi(Melayu)...Rasanya romawi(eropah) dah lama tahu sebab tulah dia sembunyikan segala kebenaran kehebatan bangsa jawi dahulu spt merong mahawangsa (yg dikhabarkan dongeng) dan melayukan pemikiran kita dgn cerita pak kaduk , pak pandir dsbg bagi memberitahu bahawa kita adalag bangsa yg bodoh dan lemah dan terus tidur kerana jika kita terjaga bererti berakhirlah penguasaan dan kejahatan mereka..Maka bangun dan sedarlah dari tidur wahai bangsaku..

    ReplyDelete
  31. Saya pun..tetiba minat pulak sejarah...macam nak kaji je...betul ke ni? Tapi apa yang menyedihkan melayu kita hari ini berpecah belah...ada melayu yang bertopengkan agama...bersekongkol dengan orang2 yang hendak menjatuhkan hak anak melayu dan menghapuskan agama islam sebagai agama rasmi...masih lagi yang buta tentang hal ini. Banyak suntikan dari Yahudi pada golongan ini...
    Saya hairan...betapa bodohnye kita jika masih buta hati menyokong mereka... tolong la anak-anak melayu, tolonglah bersatu hati...

    ReplyDelete
  32. Arwah atuk pernah cerita yg kaum melayu dan kaum maldives ialah kaum yg istimewa kerana dilahirkan terus beragama islam. Hanya 2 kaum atau puak yg ade di dunia ni yg lahirnya terus sebagai seorang islam secara fitrahnye. Memang kaum yahudi dah buat kajian salah silah orang melayu sejak zaman pemerintahan inggeris. Kita dimerdekakan oleh mereka dan mahu melihat kemampuan sebenar pemimpin dari kau melayu utk memajukan negara. Ternyata ianya memakan diri mereka kerana bekas2 perdana menteri msia membuktikan Teori dan sangkaan mereka mengenai orang melayu tepat dan mereka mula menghantar ejen2 mereka utk memecah belahkan org melayu agar tidak bersatu. Propaganda mereka bermula sejak zaman dato onn jaafar yg sgt radikal pada ketika itu sehingga lah kepada pemimpin sekarang. Ajen2 mereka adalah dikalangan anggota2 perwakilan CHOGM terutama great britain. Keturunan di raja

    ReplyDelete
  33. ALHAMDULILLAH..IS IT FOR REAL..MElayu akan bantu Palestine tumbangkan yahudi...Subhanallah...

    ReplyDelete
  34. yang pntg ..melayu akan jadi tentera yang paling besar bila imam mahdi akan muncul....

    ReplyDelete
    Replies
    1. subhanallah.. meremang baca artikel ni.. saya selalu terfikir, kita di malaysia seperti tertidur dgn arca dunia yg dibentuk org luar.. bila pula kita akan bangkit dgn dunia kita sendiri.. sekadar Dato M. seorang x memadai.. saya yakin pasti akan tiba masa bangsa kita akan bangkit seorang demi seorang.. bukan dalam dunia hiburan, tapi sebagai ilmuwan dan pemimpin dunia.. malaysia satu-satunya negara berbilang kaum yg aman. malah bahasa melayu merupakan bahasa paling mudah difahami didunia.. jadi saya percaya kita dah ada resipi utk satukan dunia, bangkitkan islam, kemudian hancurkan yahudi demi keamanan..

      Delete
  35. aku ISLAM berbangse melayu, tu yg aku tau....
    jgn dibangge pd bangsa... banggakan pd agama~

    ReplyDelete
  36. mencari dan mengetahui asal usul adalah penting pada saye sebab itu membentuk genetik kiter..genetik ini membuat kiter tahu kelebihan kiter..dan biler kite dah tahu kelebihan kite...boleh digunakan untuk apa2 sajer..sebab tu yang mengkaji banyak yahudi nasrani utk tahu bende2 nie...kehebatan itu adalah kelebihan jadi ambil tahu adalah penting.....semoga Yahudi Zionist terhapus dari bumi ini...bangsa yang Allah s.w.t nyatakan dengan jelas lagi menyuluh..SYAITAN YAHUDI DAJJAL AKJUD MAKJUD DAN SEKUTU MEREKA MUSUH UMAT SEJAGAT .....ALLAH HU AKBAR........janji tetap janji hanya menunggu masa sahaja..semoga kemenangan sentiasa dengan Umat Rasulullah .... xkira bangsa xkira kulit ISLAM adalah ISLAM......xkira dimane sahaja saya mendoakan AGAMA ISLAM dan UMAT ISLAM SELAMAT SEJAHTERA AMIN:)

    ReplyDelete
  37. Ni melayu beribu tahun dulu...mlyu skg ni ? byk yg kite perlu ubaah dulu klo nak jd bngsa Gemilaaang...

    ReplyDelete
  38. Tak boleh bangga dengan keturunan or bangsa. Agama penting. bersatu dan perlu tumbangkan musuh! !

    ReplyDelete
  39. Bangsa Melayu perlu bersatu hati dahulu untuk menjadi kuat. Perlu lebih maju dari serba serbi pembangunan. Tetapi masih ramai diantara kita yang leka. Jadi bangkitlah menjadi satu tamadun Melayu yang baru dan berjaya. Semoga Allah Taala memberi kita jalan untuk berjaya serta membimbing lain-lain bangsa didunia ini.

    ReplyDelete
  40. kita tengok masa krisis ekonomi.. kepintaran orang melayu.. negara dapat diselamatkan

    ReplyDelete
  41. ahhh sudah lah.. melayu sibuk porno je sekarang ni.

    ReplyDelete
  42. ini...ini...ini..
    INI EPIK TROLLING!!!!!
    CAYA LAAAA>>>>>

    ReplyDelete
  43. sebenarnya apa yg yahudi dapt kalau merosakkan sesuatu bngsa?mereka nk memusnahkn islam , lagi satu the lost tribe tu dah dijumpai dah pun di afghanistan oleh sekumpulan pengkaji yahudi, kaum pashto,nama kaum di sana pon sama dengan nama2 kaum yahudi, mereka inilah tentera imam mahdi, ini kerana tentera imam mahdi berasal pada suatu tempat yg dipanggil khurasan,dan kaum yg tggl disitu ialah kaum pashto majoriti nya kaum lain terlampau sedikit atau tiada langsung...hmmm

    ReplyDelete
  44. bru ade smangat ;-)

    ReplyDelete
  45. wallahuallam , cume mahu nasihatkan saudara,saudari semua ambek iktibar dengan post nie walaupun ade yg percaya atau x ... sedarlah kita skrg diperbodohkan oleh agensi2 tertentu dan melayu juga sibuk menjatuhkan sesama sndiri ... maseh engat kah ? bahawa dahulunya kita nie salah satu negara yg amat cemerlang dlm semua bidang ..

    ReplyDelete
  46. buang masa je nak bangga . betul bangsa melayu yg akan hentak yahudi ? cuba cermin diri kita sendiri dulu . kalau ikut logik akal sanggup ke kita nak bunuh orang ? attitude kita ni molek sangat ke ? solat kita ni cukup lima waktu tak ? konfim la tak . hisap rokok tak ? konfim la isap . sedangkan orang alim melayu sendiri hisap rokok yg terang2 haram . tengok blue tak ? konfim la tengok . merempit takyah cite la . bile direnung balek , bangsa kita ni bagus sangat ke ? melayu nak hentak yahudi ? sedangkan melayu sendiri berpecah belah . solat lain2 imam . robohkan masjid , rasuah , cop orang lain kafir , hadoih ni ke bangsa hebat ? jauh lagi perjalanan kita untuk menjadi hebat . betulkan diri sendiri dulu . jangan nak sibuk sangat pasal politik dan sebagainya . taksub sampai lupa diri . saya tak menolak kebenaran kajian ni cuma ingat satu benda je , yang hebat tu melayu dulu . melayu skarang ? renung2kan

    ReplyDelete
  47. Cuba kaji sejarah tanah melayu sebelum 1511 pelik nama golongan melayu xdak sebelum ia dijajah.. Atau sejarah ini dihapuskan oleh sebab sesuatu.. Kalau lihat kaum lain semua ada sejarah tertentuu..Tapi tanah melayu y lebih detail tiada .

    ReplyDelete
  48. abes mcm mane plak ngn citer dajjal trun kt khurasan at the 1st place? korang nie jgn pandai tembak kalo xde wat kajian ke ape ke...pegi gugel tgk ALTER TERAHSIA BANGSA MELAYU...imam mahdi datang dari timur...name dye plak same mcm rasul n nabi kite, muhammad bin abdullah...cube korang pk balek mane dapat ayat amuk tu?? dalam bangse laen ade ayat tuh?? keturah melahirkan 6 orang anak. 6 6 pegi the promised land just dalam genesis...aku bukan nak ckp ape tapi kaji elok2 baru tembak...gunekan otak n akal fikiran utk buat sesuatu jgn maen tutuh je

    ReplyDelete
  49. orang melayu nie sebenarnye lagi hebat dari viking or orang gasar, mane2 bangse pun takut ngn melayu dlu...tp dibodohkan oleh omputeh ckp malas laa, bodo laa pe la...tapi kalo tengok sejarah melayu asalnye dari nabi ibrahim a.s~

    ReplyDelete
  50. HEBATNYA BANGSA JAWI @ MELAYU ni..

    Disebut Bani "tha" "mim"
    Bani = bangsa
    "tha" = Tanah
    "mim" = Melayu
    >=BANGSA TANAH MELAYU

    Akan tiba masanya Melayu Islam yg sebenar2 MELAYU & ISLAM bangkit... Masa tu tiba2 je Jemaah Bani Tamim ni ramai entah dr mana datang?? Sebenarnya sudah ada cuma masanya belum tiba...

    Sama2lah kita didik Akhlak anak2 kita dan pesan anak2 kita didik cucu kita perkara yg sama mudah2an mereka termasuk dalam golongan Bani Tamim dan pengikut Imam Mahdi..

    SAMA2LAH KITA GILAP SEMANGAT ANAK BANGSA & AGAMA

    -Mat Kedah

    ReplyDelete
  51. Salam Sejahtera semua..

    Di dalam zaman moden ni makin ramai melayu yang semakin hilang identiti (peradaban dan budaya melayu) disebabkan pengaruh barat & perancangan HALUS YAHUDI..

    Tapi usah dirisaukan, di dalam keruntuhan yg berlaku dlm masyarakat melayu, masih ada satu kelompok masyarakat yang diDIDIK supaya menjaga dan kasih akan PERADABAN & BUDAYA melayu yang semakin dilupakan..
    Sampai masa kita tonjolkan semangat Juang Panglima Melayu.. Kalau zaman kita xsempat InsyaAllah anak cucu keturunan kita yg akan merealisasikannya...

    DIDIKLAH MULAI HARI INI UNTUK PERANCANGAN MASA DEPAN..

    CARILAH GURU YANG MURSYID LAGI SIDDIQ

    Allahuakbar!!

    -Pengikut Perjuangan Hakiki (PPH)

    ReplyDelete
  52. kalau betul semua ni... kite kene dapatkan semula kegemilangan kita dulu yang telah hilang dalam sejarah... dapatkan semula kegemilangan itu.... dan angkat bersama dengan kesucian agama kita... agama ISLAM!!!!!!

    ReplyDelete
  53. Bersyukurlah kita Melayu berkuturunan nabi Yusuf yang hebat dan ada sejarah yang hebat Bangganya.

    ReplyDelete
  54. Bersyukurlah kita Melayu berkuturunan nabi Yusuf yang hebat dan ada sejarah yang hebat Bangganya.

    ReplyDelete