Friday 14 December 2012

Filled Under:

PANAS : Ustaz Don Mungkir Janji


Sejak muncul dengan program 30 Minit Ustaz Don di TV Alhijrah, ramai yang menyukai gaya penyampaian dakwahnya yang bersahaja. Lantas nama ustaz kacak ini semakin meniti di bibir masyarakat.
Maka, tidak hairanlah ramai pihak ingin menjemput Ustaz Don di dalam program mereka bagi mendengar sendiri ceramah disampaikannya.

Namun ada pula cerita yang tak berapa sedap didengar apabila ada pihak mendakwa yang ikon baru dakwah ini telah memungkiri janji.

Pendakwah berusia 28 tahun itu sepatutnya menjayakan program anjuran sebuah jabatan di Kuala Lumpur, semalam, tetapi dibatalkan di saat akhir. Sedangkan, kata persetujuan telah dicapai dan 300 tetamu sudah menanti tetapi bayang Ustaz Don tidak kelihatan.

Menerusi kenyataan yang diberikan oleh pembantu peribadinya yang dikenali sebagai Mirza kepada akhbar Sinar Harian, dia tidak menafikan kejadian itu sememangnya berlaku.

Bagaimanapun Mirza menjelaskan, Ustaz Don tidak terlibat dalam hal itu dan kesalahan berpunca daripada dirinya sendiri.

Kata Mirza, mulanya tarikh itu telah dipilih tetapi kemudiannya dia mendapati tarikh itu bertembung dengan komitmen lain. Mirza cuba berhubung dengan penganjur dan memberitahu hal tersebut. Malangnya dia tidak sedar yang dia telah tersilap menyalin nombor penganjur membuatkan pihak penganjur tidak mendapat makluman itu.

"Saya sudah pun meminta maaf kepada penganjur dan menjelaskan hal yang sebenar. Saya harap dengan penjelasan ini akan membersihkan nama Ustaz Don kerana dia tidak bersalah," katanya.

Dalam pada itu, Mirza menolak anggapan sesetengah pihak bahawa Ustaz Don sudah mula 'demand' dan mengenakan bayaran tertentu untuk menjemputnya.





1 comments: