Friday 14 December 2012

Filled Under:

Polis Banteras Cubaan Potong Kemaluan, Bunuh Justin Bieber


Bintang sensasi dunia, Justin Bieber dilaporkan sedang menjadi buruan sekumpulan pembunuh di New Mexico yang merancang untuk membunuh bintang berusia 18 tahun itu.
Walau bagaimanapun cubaan itu gagal malahan salah seorang daripada mereka telah membuat pengakuan mengenai rancangan itu kepada pihak polis.

Memetik kenyataan dilaman berita Mexico, KRQENews, suspek bernama Dana Martin - yang sedia mempunyai rekod jenayah atas kesalahan merogol dan membunuh seorang gadis berusia 15 di Vermont pada tahun 2000 telah mengupah rakannya Mark Staake ketika bertemu rakannya itu semasa di penjara Cruces Las dan anak saudaranya Tanner Ruane untuk menjalankan pembunuhan tersebut.

Mengikut perancangan, mereka sepatutnya akan membunuh Justin Bieber ketika penyanyi yang popular dengan lagu Die In Your Arms itu mengadakan konsert di Madison Square Garden, New York bulan lepas.

Dana, yang dilaporkan mula fanatik terhadap Justin Bieber malah dia mempunyai tatu nama penyanyi itu di kakinya, memberitahu pihak polis tentang rancangan untuk menculik Bieber dan pengawal peribadinya. Suspek juga mengaku merancang mahu mencekik penyanyi itu. Dia juga memberitahu yang Tanner Ruane juga merancang untuk memandulkan kekasih kepada pelakon remaja Selena Gomez itu.

Staake telah ditangkap di Vermont. Tidak lama kemudian, Ruane pula ditangkap di New York dan pihak polis turut menemui sepasang gunting dalam keretanya.





0 comments:

Post a Comment