Monday 24 December 2012

Filled Under:

Haram Rezeki Pelakon Yang Tidak Menutup Aurat

Figura yang berstatus ‘pendakwah selebriti’ di gelanggang pentas ceramah politik ini iaitu Abby Abadi diyakini terkenal dengan pandangan kritisnya.
Bahkan rakan-rakan artis yang pernah sama-sama berjuang didalam cabangnya yang sama suatu ketika dahulu tidak terlepas dari menerima tempelan lantangnya. Ini termasuk satu lagi dakwaanya yang mengatakan pelakon yang bersentuhan bukan muhrim dan yang tidak menutup aurat adalah haram rezeki yang diperolehinya.

Ujar Abby “Bila kita tidak menutup aurat, bila kita bersentuhan secara sengaja dengan yang bukan mahram rezeki kita itu adalah haram. Haram rezeki kepada pelakon-pelakon yang berlakon tanpa mengikut syariat Islam itu sebenarnya.

“Kita boleh lihat sendiri contohnya macam apa yang ada dalam TV tu, dengan cara berpakaianya dengan cara pergaulanya dan juga asik menonjolkan cerita cerita yang tak sepatutnya dipertontonkan. Sampai dalam filem boleh berkemban dan berpeluk sakan, macam tak ada yang melarang.”

Jelas Abby lagi jika dahulu dia agak memilih untuk tidak melakonkan babak-babak yang tidak sepatutnya dilakonkan seperti babak memerlukanya didukung dan seumpamanya tapi keadaan seperti itu pada ketika ini seperti tidak dikawal tingkah laku para pelakon tersebut.





19 comments:

  1. so dulu2 time dia berlakon sblm brhijrah itu adalah pdptn haram...? ada2 saja...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setiap pekerjaan yang melanggari syariat Allah swt, pendapatanannya dikira haram, sama ada sengaja atau paksa rela..wallahualam..mzb

      Delete
  2. hanya ALLAH yang leh tentukan halal atau haram rezeki seseorang itu....cukup cukup la ABBY bosan aku tengok komen ko tu....ada jek yg tak kena...jangan suka suka hati kata rezeki org tu haram yg ni halal...ingat hanya ALLAH yang leh tentukan semua tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye Allah yang tentukan halal haram, tapi sume tu Allah da bagitau dalam Al-Quran dan melalui pesuruhNya Nabi Muhammad SAW (Hadith) takkan ko tak belajar kot perkara basic camni.....adui....

      Delete
  3. dengar lah nasihat walaupun dari pelacur :)

    ReplyDelete
  4. dengarlah nasihat orng walaupon dari pelacur

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah tau dia pelacur,nak bagi nasihat lagi,tak nak gua dengar,bro cari lah orang lain nak jadi kan example.

      Delete
    2. dah kerja pelacur boleh bagi nasihat lagi,bro cari lah example lain.

      Delete
  5. sebelum nk ckp kt org cermin la diri tu dulu.

    ReplyDelete
  6. artis skrg cari publisiti murahan dgn menggunakan agama..
    abby ni ustazah mee segera... xde ilmu..main bedal je nk ckp.. kalo nk tegur tu biar berlapik..jgn maen sental jer.. ko pn pnh jd penyanyi dl kan... so makan gak benda haram.. ape salahnya ajak mereka bertaubat..bknnye mengaibkan.. ape confirm ke ko tu masuk jannah? patutla norman ceraikan ko.. ko tu loghat!!

    ReplyDelete
  7. Siapa kita hndk menghakimi org lain? Siapakah kita hendak menjatuhkan hukuman pd org lain? Siapakah kita untk mencaci kburukan org lain? Dah smpurna sgtkah kita??? Pdal kta jga sma kta jga hamba ALLAH..

    Jgn kta terlalu mghina org akn masa silamnya... mgkin org itu murah hrga dri pd msa silamny...tp mgkin xmustahil 1hari beliau akn jd soleh atau solehah dr kita..

    Knapa kta xblh mnrima perubahan yg baik ke atas diri sesorng?? Apa yg buruk apa yg aib apa yg dosa itu jga la sntiasa d sbut2 d ungkit2... xsdrkah kita mngata itu pun berdosa jga... sptutny kta memprktakn mengnai perubahnya.. dn besyukur atas perubahny krna org itu mahu berubah kearah yg baik...


    ReplyDelete
  8. x boleh dia ckp cam2..

    ReplyDelete
  9. betol la ape die ckp ,,dh belakon ,,kalau bab pegang tangan tu walaupon berlakon ,,yee pegang betol2 kan ,,so ? x dosa bagi yang bukan muhrim ? belakon patu dapt duit kerana belakon ,,sumber haram ,,duit nye pon haramm leeee,,basic

    ReplyDelete
  10. Amik ko abby...!pegilah blajar ilmu lg.erm

    ReplyDelete
  11. kepada yang tak setuju tu, fikirkan dari segi positif apa yang abby tu cakap. betul ape dia cakap, dah terang2 dalam ISLAM apabila seorang lelaki bersentuhan dengan perempuan bukan mahram, HARAM hukumnya....lagi lah kalau kita jadikan ia sebagai sumber pendapatan kita....amacam? kite kalau orang lain pegang bini kita, dah kompom2 kite marah kan...alasannya bukan mahram. so, why not kite amik pengajaran dari apa yang abby kata..... perkara basic ni bro.....abby bukan mention nama sesape pon...cuma dia nak peringatkan kat artis2 kite je...tanggungjawab dia dah selesai.....kat SANA nanti, pepandai kite la nak jawab camana....abby da lepas, kite bila lagi? Orang jahat kalau dah tobat bole je jadi baik kan? amacam?

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju dengan Ben Daud tu.Biasalah untuk buat kebaikan banyak yang membangkang.

      Delete
  12. Tiada yg sempurna d muka bumi ini melainkn Allah,
    tiada satu pn yg pernah tlepas dr ksilapan masa silam,
    pengalaman mngajar sseorg mnjadi lebih dewasa,
    masa silam ialah sejarah,
    dan sekarang adalah masa depan,
    smoga prubahan yg blaku mnjadi contoh kpd yg lain mngikut kearah kebaikkn...
    Lidah adalah senjata yg paling tajam yg juga boleh mndatangkn dosa apabila kita tidak mnjaganya...
    renung2kn »_«

    ReplyDelete