Monday 24 December 2012

Filled Under:

Terkini : Gambar Pertunangan Syafiq Yusof


KUALA LUMPUR - Anak kepada pengarah filem terkenal tanah air, Datuk Yusof Haslam, Syafiq Yusof mengikat tali pertunangan dengan rakan kolejnya, Aeisyah Zainal di rumah tunangnya di Gombak, Selangor semalam.

Pada majlis tersebut, Syafiq, 20, yang juga seorang pengarah filem sudah dua tahun menjalin hubungan cinta dengan Aeisyah, 20, memberi tunangnya sebentuk cincin yang disarungkan oleh ibunya, Datin Fatimah Ismail beserta tujuh dulang hantaran.

Pihak perempuan pula membalas dengan sembilan dulang hantaran.


Syafiq yang mengarahkan filem berjudul Sam berkata, dia dan tunangnya merancang untuk mendirikan rumah tangga dalam tempoh setahun hingga dua tahun dari tarikh pertunangan mereka.
"Syukur kerana majlis pertunangan berjalan dengan lancar. Saya harap agar pertunangan ini sampai ke jenjang pelamin.

"Insya Allah sama ada hujung tahun depan atau 2014 kami akan berkahwin," ujarnya gembira ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Sumber: Kosmo




14 comments:

  1. tunang jer..mana boleh amik gambar sama sama?haram bodoh!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. abis tu, kalau yang kapel ambik gambar same2 tak haram?

      Delete
    2. dari mana ko belajar ko ambil gambar dengan tunang haram bukan dorang bersentuhan pun bangang babi

      Delete
  2. Wau hebat kau teruskn jatuhkn hukum kt org...ilmu kau msti dh confirm masuk syurga kn

    ReplyDelete
  3. Hmm tapi nak bodoh bodohkan org pun salah. Nak tegur cara baik tak boleh ? Takde bahasa yg lagi cantik ke sedara. Maaf

    ReplyDelete
  4. Bukan die amek gamba peluk2. Die sentuh pn tak la..kau yg bongok...

    ReplyDelete
  5. Yang dok maki tu dengki ler tiew....

    ReplyDelete
  6. tunang mcm nikah ajow.... kayo2...

    ReplyDelete
  7. Yang Rasulullah suruh sembunyikan pertunangan, dihebohkan pernikahan

    ReplyDelete
  8. itu pun nk gadoh!!

    ReplyDelete