Monday 31 December 2012

Filled Under:

Sunyi Apabila Tidur Seorang Diri Di Katil – Raja Azmi

Fuh ~~ Meremang bulu roma Abang Nara membaca kata-kata yang dituturkan oleh Raja Azmi ini. Agaknya inilah yang dirasai oleh kesemua janda dan duda di seluruh dunia. Iyerlah, setelah sekian lama tidur berdua, tup-tup tiba-tiba tidur seorang diri, pasti kesunyian melanda jiwa raga. Tak gitu?
Untuk pengetahuan anda, sudah genap 6 bulan Raja Azmi berpisah dengan Jalani Sidek. Berusia 53 tahun, Raja Azmi meluahkan rasa sunyinya kepada Mstar Online:-
Sebelum ini, tidak rasa sangat tetapi sejak akhir-akhir ini rasa sunyi semakin menebal pula terutamanya apabila saya hendak tidur. Pada 27 Disember lalu, genap enam bulan saya dan suami (Jalani Sidek) berpisah. Saya semakin sunyi apabila tidur seorang diri di katil.
Diharap ada lelaki yang sudi mengisi kesunyian Raja Azmi sekaligus melamarnya menjadi isteri. Tak baik dibiarkan sunyi lama-lama. Sama-samalah kita doakan agar Raja Azmi cepat-cepat bertemu jodoh kembali dan hilang segala kesunyian yang melanda dirinya.





5 comments: